24 Dec 2013

SIAPA YANG PATUT MAKAN OMEGA GUARD NI..??




ninnn diaa ghopee botoii omegaa.. ada 90 capsule.. anak wani yg sulong kunyahhh steadyyyy je.. hehe.. ok.. yang menjadi persoalannyaaa.. kat mana bulu ayam tok..??? hahaha.. ni penangan maharajalawak mega la ni.. jep sepahtu,, adehhh.. peninggg arr.. ok sambung balikk.. sape je yg patut makan omega ni..?? cekidauuuu...

SIAPA JE BOLE MAKAN OMEGA GUARD NI..



1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus
12. orang yang ingin menurunkan berat badan
13. orang yang sakit sendi


KELEBIHAN OMEGA GUARD..



1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 

    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)



2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 



3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 

    ketumpatan minyak hati ikan.



4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.



5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.



6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 

    berteknologi terkini



7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 

    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 

    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.
ANTARA MANFAAT OMEGA GUARD

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon pms wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil- membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak- kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang

20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan

22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik

23. Memelihara fungsi-fungsi sendi

24. Mencegah penyakit gout


Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

15 Dec 2013

KETAHUI FAKTOR KENAPA VITAMIN TIDAK BERKESAN


Assalamualaikum .hari ni sy nak lontarkan satu soalan kepada semua. pernahkah anda mengalami situasi di mana anda tidak merasakan apa2 kesan kepada diri anda apabila anda mengambil vitamin? dlm erti kata lain, anda rasa vitamin tu tak menjadi la...huhu. sudah pasti anda tertanya2 kenapa kan...  ok, oleh itu, marilah kita sama2 ikuti perkongsian di bawah ini untuk menjawab segala persoalan anda itu. credit 


_________________________________________________________________________

saya nak berkongsi beberapa tips kenapa pengambilan vitamin tidak berkesan...Terima kasih kepada Kak N di atas perkongsian ini:). Jom kita baca bagi menambah ilmu kita...

Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah...berkat istiqamah [ amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.

Namun ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.


Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.


Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Yang terbaik, 1 liter perlu diambil bagi berat 25kg. Tips ni juga untuk orang nak kurus...Jadi kalau kita berat 50kg, air yang diperlukan oleh badan ialah 2liter sehari...iaitu 2 liter ni diminum dalam masa 24jam:)






2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.


Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak  tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air.

Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.



3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.

Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.


4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.


5. Pantang larang makan vitamin.

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan. Alfafa juga tidak boleh diambil oleh pesakit SLE..


TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Sila call pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susuibu.

________________________________________________________________________


ha.. fakta dan panduan yang sangat berguna kan? sbb itulah, kalau sape2 yg brtnya saya kenapa dia rasa vitamin tak bg apa2 efek pada dia, saya akan terus bertanya, air cukup x? mkn ikut jadual x? minum skali ngan teh ke? dan bla3..haha. tny bukan sbrg tny tau, tny sbb kita mmg ade guideline yg perlu diikut.. NAK CANTIK NAK SIHAT KENA LA USAHA.. okey la.. dah kul 12 dah ni.. rabak mata.. tidur 5jam.. tak pe la.. ummi sy cakap nak berjaya kene korban masa.. kann.... moh la kita p tidoq.. bahasa campur2.. hehe..

~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

VITAMIN YANG TIDAK DIGALAKKAN UNTUK IBU HAMIL






Assalamualaikum,.. jam dah 11.51malam.. baru nak update blog.. anak bapak sume dah tido.. tinggai anak dara sorg ni teman mak update blog..


malam ni ringkas je . just nk summarizekan tentang list of supplement yg x boleh diambil oleh preggy mommy. sbb ramai jugak yg msg sy, tny kalo preggy bleh amek alfalfa x? kalo preggy x leh amek vit e ke?

ok, disini, sy akan listkan dan akan terangkan serba sedikit mengapa x boleh ye :)

yang ibu mengandung patut avoid ialah (kecuali dengan recommendation doktor):

  • Alfalfa complex
  • DTX complex
  • Collagen powder 
  • Caratomax
  • Garlic complex
  • Herblax
  • Lecithin
  • nutriferon
  • Vitamin E complex
  • GLA complex
  • Vivix
wah wah, bnyknye x leh amek.. nak wat camane, kalo sayang baby dlm perot tu, jgn ngengade nak makan vits2 yg I listkan kat atas ye..hehe. mostly vitamin2 kat atas ni bersifat antioksidan mcm Vit E, caratomax, GLA dan nutriferon.

Ade jugak yang panas mcm Garlic, , alfalfa, Vivix. So, mmg xboleh la utk ibu preggy, bimbang takut bagi kesan pada baby. Walau bagaimanapun, jika ade keperluan utk mengambil, anda boleh rujuk kepada doktor anda. mungkin mereka lebih arif untuk menentukan setiap keperluan tubuh badan anda. Di sini, saya juga listkan vitamin2 yang dicadangkan jika anda adalah ibu mengandung.

  1. ESP Soy Protein Isolate Powder
    - ni protein soya utk bg energy dan baiki sel2 rosak. Soya non-GMO ni sgt bagus tau, rasa pun sedap. Ade a few customer yg kata kulit baby jadi halus and gebu bila amalkan makan ESP time preggy
  2. B-compleks with acid folic
    - of koz bcompleks juga utk energy, dan antistress. Preggy kan penat, kdg2 leh jadi stress kan. Kandungan acid folic jugak sgt penting untuk perkembangan saraf, sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang2 bayi kita tau. saya pernah dgr, dulu ada satu kempen Amerika Syarikat untuk memberikan kesedaran kepada wanita mengenai kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu hamil.
  3. Vitamin C
     
    - ha..vit C ni pun penting utk imunisasi dan penjagaan kulit. Kadang2 ade yg preggy jadi naik jerawat, kulit kusam dsb. sbb perubahan hormon. tapi jgn risau, vit C ni ade. Ops! ade yg tny, bukanke vit C jugak antioksidan? x bahaya ke kalo preggy makan? hehe, vit C xpe, sbb kadar antioksidan dia taklah setinggi vit E dan A! boleh amek ye =)
  4. Vitalea with Iron formula
    - ha.. ni pun penting sbb ade smua kandungan vits dlm small amount. Ade iron formula utk bantu pembentukan hemoglobin dlm darah. Sape2 yg ade mslh low Hb. sgt la high recommend amik Vitalea ni
  5. Ostematrix
    - ni adalah pil kalsium, magnesium dan Vitamin D. Kalsium sgt penting utk yg preggy sbb masa ni bnyk kalsium kita diserap baby. Sbb tu la badan pun jadi sakit, kdg2 gigi pun rosak, sbb kalsium rosak. yg paling penting masa nak meneran anak tu, bayangkan sepenuh tenaga dan kudrat diguna sampai bg effect kat tulang2 dan urat2 kita. kna bnyk kalsium la, kalo x tulang cepat reput.
  6. Omega Guard
    - Ini biasa diambil pada trimester 2 dan 3. biasalah..utk otak bayi. kita nak baby kita bijak kan??? so, ambillah omega..hehe.. berat badan pun tak naik mendadak sperti kebiasaan..

~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525
 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

13 Dec 2013

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG: KENALI GOUT DAN RAWATAN BERSAMA SHAKLEE

Assalammualaikum. terima kasih pada yg sudi baca blog wani yg tak seberapa ni...alhamdulillah hari ni sideline wani slamat melahirkan baby girl comeyy.. Tahniah kak fa.. start memula amik SET KESUBURAN SUAMI ISTERI.. Lepas tu SET KEHAMILAN.. Laa ni dah bersalin terus sambung SET BERPANTANG.. Betul-betul baby shaklee ni.. hehe.. Selamat berpantang kak fa..

okey... hari ni saya nak share sesuatu yg serius sket..kali ni saya nak bawa anda mengenali penyakit GOUT, kesan, tanda, kompilasi dan rawatan alternative utk penyakit GOUT ini..


Apa itu sakit GOUT

Pengenalan
  • Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
  • Kegemukan
  • Darah tinggi
  • Hiperlipidemia
  • Diabetes
Siapa yang berisiko ?
  • Lelaki
  • Wanita menopos
  • Obes / berat badan berlebihan
  • Makanan berprotein tinggi yg diambil secara berlebihan
  • Makan makanan dari organ dalaman haiwan seperti hati,limpa dsd.


Rawatan
  • Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
  • Rawatan serangan akut
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.
  • Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)


  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
    Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
    Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Rawatan Jangka Panjang
  • Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
    Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Pemakanan
  • Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
    ELAKKAN MAKAN
    KURANGKAN MAKAN
  1. Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  2. Ikan bilis, kembung, sardin
  3. Daging cincang
  4. Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  5. Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  6. Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  7. Peanuts, lentil, beans and peas
  8. Poultry
  9. Roti jagung dan bijirin
Pencegahan
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
  • Minum banyak air 
 sumber : Lifeline

SET GOUT SHAKLEE






Alfalfa

Detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Anda perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.

Performance Drink

Memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detox.

1. Menyokong keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.


2. Bertindak sebagai 'kusyen': Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan


3. Memelihara tisu penyambung yang sihat: Zinc, copper, manganese and vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi dengan membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.




Pengambilan Omega akan mengurangkan radang pada sendi, bengkak sendi dan kekakuan pada sendi. Selain itu, pengambilan Omega juga mengurang risiko sakit parkinson


~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: Wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

10 Dec 2013

APA ITU ALZHEIMER




Alzheimer
atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri.


Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.


Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga.


Penyakit Alzheimer yang menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala pesakit.


Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat.


Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia. ``Bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus menghidap penyakit ini dan risiko ini meningkat dua kali ganda setiap lima tahun, kata Pakar Psikogeriatrik, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Esther Ebeenezer.

Kajian menyatakan bahawa neuroinflammation memainkan peranan dalam penyakit Alzheimer. Ahli-ahli sains menunjukkan bahawa kedua-dua jenis sel-sel otak bukan neural menjana plak beta-amiloid, yang merupakan sebahagian daripada perkembangan penyakit Alzheimer.


Antioksidan adalah bahan yang dapat melindungi sel daripada tekanan oksidatif, kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Maka rawatan dengan antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas boleh menjadi satu cara untuk mengekang perkembangan penyakit ini.




Vivix Shaklee suplemen terbaik merawat Penyakit Parkinson

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.


Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Apakah sebenarnya Vivix ini?

  • Memperbaiki DNA.

    setiap hari, tubuh kita mengalami kerusakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut. 
    Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

  • Memperbaiki tenaga sel.


    Semakin tubuh kita mengalami penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

  • Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti (kekebalan) dan sendi.


    Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

VIVIX merupakan tonik anti-penuaan untuk berbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, alzheimer dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan secara cepat.

Selain itu,




Kaitannya dengan OMEGAGUARD ni?



Omega 3 bukan sahaja penting untuk perkembangan memori bayi dan kanak-kanak, tetapi omega 3 juga dapat mengurangkan risiko alzheimer  yang semakin tinggi peratusannya dikalangan warga tua malahan dikalangan dewasa.


Peranan Omega 3 Lambatkan Alzheimer


  • Sebenarnya penyakit alzheimer atau nyanyuk tiada penawar tetapi kita boleh melambatkan kehadiran nyanyuk itu melalui pemakanan yang sihat, rajin bersenam dan mengurangkan stress.

  • Berdasarkan hasil kajian Framingham, seorang dewasa yang mengambil hidangan asid lemak omega 3 secukupnya iaitu 2-4gm setiap hari, tubuhnya mempunyai cukup kandungan DHA yang membantu menurunkan kebarangkalian untuk mendapat penyakit Alzheimer atau nyanyuk sebanyak LEBIH SEMBILAN TAHUN berbanding orang yang tidak mengambil cukup omega 3.

  • Memang best info ni. lagi satu, setiap kapsul Shaklee Omega Guard mengandungi 1000mg Omega 3 yang mana pengambilan sebanyak 3 kapsul Shaklee Omega Guard setiap hari dapat menampung keperluan harian omega 3 bagi orang dewasa.

  • Selain itu, mungkin ramai yang berfikir asid folik penting untuk bayi, kanak-kanak, ibu menyusu dan ibu mengandung. Sebaliknya orang dewasa pun amat memerlukan asid folik untuk melambatkan Alzheimer. Asid folik menurunkan homosistein dan meningkatkan fungsi kognitif manusia.
 

Oleh itu, ambillah Shaklee Omega Guard dan juga B Complex (lengkap dengan asid folik) untuk menyokong kekuatan memori anda dan juga melambatkan Alzheimer.

sila hubungi wani untuk konsultasi pemilihan produk yang bersesuaian untuk anda..

~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

NAK KURUS DENGAN SIHAT

Assalammualaikum.. jam menunjukkan pukul 11.53 malam.. fuhh.. anak sulong segar mata lagi sambil makan cheese cake leleh. maknye turut terbabit makan 3-4sudu.. adehhhh.. lemak oh lemak.. sedap mmg sedap.. sat lagi ngap sebiji omega.. kenapa omega...? OMEGA termasuk dalam slimming set tau..jangan tak tau..






Untuk kuruskan badan, kita semua perlu lalui 3proses utama ataupun 3proses asas. Ramai yang tak berjaya kuruskan badan setelah makan pelbagai produk dan setelah mencuba pelbagai cara. Jadi, 3proses utama ni perlu kita lalui untuk pastikan usaha kita membuahkan hasil yang kita impikan. Apa 3proses tu? Meh wani terangkan pada anda semua..

BAKAR

OMEGA GUARD ATAU LECITHIN
Dalam proses membakar lemak dan memecahkan lemak serta menghalang penyerapan minyak dalam badan, Shaklee menyediakan 2pilihan vitamin yang mana kedua-dua vitamin ini boleh diambil oleh semua. Tidak kira ibu menyusukan anak atau tidak.


 OMEGA GUARD dan LECITHIN adalah pilihan terbaik untuk membantu proses bakar. Omega Guard mampu membuatkan anda rasa kenyang lebih lama. Dimana ia berfungsi sebagai agen yang mampu membuatkan anda kurang selera makan selain daripada membantu memecahkan lemak.


Lecithin pula, berfungsi sebagai pelarut kolestrol dan lemak-lemak tepu yang lain. Lecithin menyebabkan lemak terapung dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat semula pada badan.

DETOX / BUANG
HERBLAX ATAU ALFALFA
Proses Detox sangat penting untuk semua yang nak turunkan berat badan. Untuk anda yang masih tak tahu apa itu proses Detox, Detox ni adalah satu proses untuk membersihkan usus. Melalui proses detox ni, segala toksin dalam badan, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus akan dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

Selepas kita membersihkan usus kita, barulah segala nutrien yang baik akan mudah di serap kedalam badan pada tahap maksimum. Jika anda mengalami masalah sembelit, HERBLAX adalah pilihan terbaik. Tetapi,  HERB-LAX tidak sesuai di makan oleh ibu yang menyusukan bayi. Tapi jangan risau..ibu menyusu tetap boleh melalui proses detox yang lebih lembut dengan penggambilan ALFALFA

Ibu yang menyusu boleh dapatkan lebih maklumat dan cara pengambilan yang lebih berkesan selepas pembelian dari wani. Wani akan syorkan yang terbaik untuk anda..Apabila usus dibersihkan dan dicuci sepenuhnya, ini dapat mengelakkan perut buncit. Selain daripada memudahkan penghadaman.

BINA / PROTIEN

ESP ATAU CINCH SHAKE
Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga 35%. Selain itu, protein juga membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan meningkatkan perkembangan otot. Lebih menarik, protien mampu menjaga nafsu makan kita dan menjaga otot supaya bebas lemak.


Shaklee menawarkan 2produk yang mengandungi Protien terbaik sebagai makanan tambahan untuk anda yang ingin menguruskan badan.CINCH SHAKE adalah antara minuman protien berperisa yang sedap dan hanya sesuai diambil oleh ibu yang tidak menyusukan bayi.


Kandungan kalori Cinch Shake yang terlalu rendah dikhuatiri akan mengganggu tumbesaran bayi. Jadi, untuk anda ibu-ibu yang menyusukan anak.. ESP atau Energizing Soy Protien adalah pilihan terbaik. Selain daripada membantu ibu dalam ushaa menguruskan badan, ESP juga membantu memperbanyakkan susu ibu dan membantu ibu memekatkan hasil susu perahan.

SAYA JUGA MENYEDIAKAN SET SLIMMING BAJET UTK ANDA..
KONSULTASI TENTANG PILIHAN PRODUK SHAKLEE  YANG BERSESUAIAN  
UNTUK ANDA SECARA PERCUMA..

~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: Wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

3 Dec 2013

KHASIAT EPAL





KITA bukan tidak biasa dengan epal malah ia boleh didapati di mana saja, baik di pasar raya mahupun di pasar malam.


Harganya juga berpatutan, bergantung kepada jenis dan asal usul epal.
Manfaatnya kepada kesihatan memang diperakui ramai cuma ramai kurang mengambil tahu khasiat buah ini.

Jika masih kurang percaya, berikut beberapa fakta mengenai epal:

*Penyelidik menyarankan epal sebaiknya dimakan begitu saja. Kajian membandingkan pengambilan epal dengan jus epal. Ia menunjukkan seseorang itu berasa kurang lapar dan lebih kepuasan apabila makan sebiji epal.

Menariknya, makan epal bersaiz sederhana kira-kira 15 minit sebelum makan boleh mengurang–kan pengambilan kalori sebanyak 15 peratus semasa makan.

Sebiji epal mengambil masa lebih lama untuk dikunyah manakala makan epal berserta kulitnya sekali menyumbang kepada pengambilan serat lebih tinggi.

Jus epal lazimnya kurang tekstur dan serat berbanding sebiji epal biasa. Malah jus epal kebiasaan–nya ditambah dengan gula.

Sebaiknya makan epal dalam bentuknya yang semula jadi.

*Mengekalkan paras gula dalam darah.

-Dipenuhi phytonutrien, epal boleh membantu untuk mengekalkan paras gula darah yang menyihat–kan
.
-Buah ini kaya dengan antioksidan yang membantu untuk mengurangkan penyerapan glukosa.

-Pectin di dalam epal pula membekalkan asid galacturonic kepada tubuh yang merendahkan keperluan badan terhadap insulin dan boleh membantu dalam menangani diabetes.

-Wanita yang makan sekurang-kurangnya sebiji epal sehari didapati 28 peratus berkurangan untuk mengalami diabetes jenis 2 berbanding mereka yang tidak makan epal.

*Menggigit dan mengunyah epal boleh merangsang pengeluaran air liur di dalam mulut, mengurangkan kerosakan gigi dengan merendahkan tahap bakteria.

*Saintis daripada Persatuan Penyelidikan Kanser Amerika mendapati
pengambilan epal boleh membantu untuk mengurangkan risiko kanser pankreas sehingga 23 peratus.

-Penyelidik di Universiti Cornell pula mendapati beberapa bahan triterpenoid yang diperoleh pada kulit epal mempunyai ciri menentang pertumbuhan sel kanser di dalam hati, usus dan payudara.

*Mengurangkan kolesterol.

-Serat larut di dalam epal mengikat lemak di dalam usus seterusnya merendahkan paras kolesterol.

-Banyak kajian mengaitkan pengambilan serat larut yang tinggi dengan pembentukan perlahan plak yang kaya dengan kolesterol di dalam salur darah.

*Menangani cirit-birit dan sembelit.

-Sama ada anda asyik membuang air atau langsung tidak boleh ke tandas, serat di dalam epal boleh membantu.

*Mengawal berat badan.

-Kebanyakan masalah kesihatan dikaitkan dengan lebihan berat badan termasuk penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi serta diabetes jenis 2.

-Untuk menangani berat badan dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan, doktor menyarankan pemakanan yang kaya dengan serat. Makanan yang kaya dengan serat boleh mengenyangkan tanpa mengambil terlau banyak kalori.

-Kajian di Brazil menunjukkan wanita yang makan tiga biji epal atau pear setiap hari mengalami pengurangan berat badan semasa berdiet berbanding wanita yang langsung tidak makan buah ini semasa berdiet.

*Meningkatkan sistem ketahanan tubuh.

-Epal merah mengandungi antioksidan digelar quercetin. Kajian terkini mendapati quercetin boleh membantu untuk merangsang sistem ketahanan tubuh terutama apabila kita dalam keadaan tertekan.

*Bagus untuk mata.

-Walaupun kajian sebelum ini agak bercanggah, kajian jangka panjang terkini menyarankan mereka yang mengamalkan pemakanan kaya dengan buah-buahan yang mengandungi antioksidan seperti epal, kurang berisiko 10 hingga 15 peratus untuk menghadapi masalah katarak.

*Perlindungan tulang.

-Penyelidik di Perancis mendapati sejenis flavanoid yang digelar phloridzin yang hanya didapati di dalam epal boleh melindungi wanita menopaus daripada osteoporosis dan boleh membantu untuk meningkatkan kepadatan tulang.

-Boron iaitu satu lagi kandungan epal, juga membantu untuk menguatkan tulang.

*Ada kajian menunjukkan kanak-kanak mengalami asma yang minum jus epal setiap hari memberi kesan baik dalam menangani masalah kesihatan itu, berbanding kanak-kanak yang hanya minum jus epal sebulan sekali.

-Kajian lain mendapati kanak-kanak dilahirkan ibunya yang makan banyak epal semasa hamil, mempunyai kadar asma lebih rendah berbanding kanak-kanak dilahirkan ibu mereka yang kurang makan epal.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jadi bagi yang nak berdiet, boleh menambahkan buah epal dalam rutin makan yee.. OH MY DIET..

>>>>> SET SLIMMING<<<<<
>>>>>SET KECANTIKAN<<<<<

mai mai pm wani ye utk dapatkan set yang paling kebabomm ni..

~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

2 Dec 2013

APA YANG BEST DENGAN OMEGA GUARD SHAKLEE NI...?


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
  • OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi.  **Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.
Melindungi Jantung Anda

  • Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
  • Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
  • Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
  • OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.


Siapa yang memerlukan OMEGA GUARD? 

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

Kanak-kanak
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke

~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525


 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

MAKANAN YANG MEMBAKAR LEMAK SECARA SEMULAJADI

Adakah anda mempunyai masalah berat badan?


Pasti anda akan berusaha untuk mengurangkannnya. Terdapat pelbagai cara yang boleh membantu anda untuk membakar lemak antaranya melalui senaman dan diet. Tetapi anda juga boleh turut membakarnya walaupun ketika anda makan. Antara makanan yang membantu untuk pembakaran lemak ialah..




(1) Bawang putih/merah- Bawang mengandungi antibakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang.



(2) Tomato- Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet.



(3) Putih telur- Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi.



(4) Lada- Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.



(5) Anggur- Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang.



(6) Lobak merah- Makanan ini mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak.



(7) Timun- Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi khasiat didalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihkan asid urik.

selama ni kita tak tau makanan ni boleh bakar lemak kan.. ape lagi.. boleh cuba la pasni.. sambil tu diselang selikan dgn set slimming shaklee yg ohsemmm ni.. mmg gabungan mantoppp..yang mana nak order shaklee amat di alu-alukan ye.. hubungi wani ok..019-2833710.. wani boleh pos ke seluruh Malaysia.. Buleh bah kalau kauuuu... zasssssss..




~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.