31 Jul 2014

Pengalaman Hamil Anak ke-2

Assalammualaikum.. hari tu dah cite sikit pasal pengalaman hamil anak sulong kan, so hari ni pengalaman hamil anak kedua pulak.. kalo ada sepuluh anak dah boleh bukak dokumentari dah.. muaaahaha.. saja nak cerita supaya lagi 20tahun bile baca blog ni balik teringat kat anak-anak yang dah besar panjang.. entah-entah dah kawen dah.. hikhik.. Lain anak lain ragam.. begitu juga saat kehamilan.. sangat lain.. lebih lagi berlainan jantina.. Laila dlu aktif jugak dalam perut tapi lemah gemalai skit la.. hok jatee ni huk alohh.. dah macam lari berpagar dalam perut..hehe

Kalau nak tahu wani hamil iskandar ketika Laila baru berusia 9bulan.. ^____^ wani mmg merancang nak baby lagi memandangkan fobia nak tunggu lama-lama ni.. so rezeki Allah bagi pada waktu yang tepat.. MasyaaAllah.. anak-anak ni membuka pintu rezeki kami sekeluarga.. Rezeki anak-anak datang satu persatu.. jangan la takut untuk mempunyai anak.. sesungguhnya jika di tanya apakah yang paling mengembirakan dlm dunia ni, maka tentulah saat melahirkan.. memori yang akan kekal hingga ke syurga..


Seperti biasa diawal kehamilan aktiviti muntah memuntahkan, tidur ketiduran.. hehe.. oleh sebab simtom sama cam anak sulong, wani ingat anak kedua ni pompuan jugak.. tak kisah la ramai anak dara leh tolong mak masak..kann.. wani scan baby setiap bulan sbb dlu wani penah ada keguguran sbb baby tak berkembang.. Alhamdulillah baby ni berkembang mekar dalam rahim..






Genap 4bulan wani pegi scan. Malam tu wani dah siap-siap ingat petua bidan ni. Tidur telentang sekejap-sekejap. Alhamdulillah esok paginya scan baik punye kangkang hero mak ni.. Terserlah kejantanan mu nak.. Bangga mak..hahha.. Seawal mengandung 4bulan, wani dah start cari set berpantang. Kenapa..? Sebabnya tak mo la jadi macam dulu tu. Makan jamu L**** F******* . Akhirnya kene marah dengan nurse sebab anak makin kuning. So kene stop makan serta merta. Huhu. Last-last badan lembik sebab tak de amik apeape supplement. 3minggu jahitan belom kering. Nangiss wooooo.. Dengan sembelit lagi. Sumpahhh sanggup beranak dari membuang T____T

Ok berbalik pada cite asal, wani gunakan kuasa pak google utk mencari set berpantang. Wani taip set berpantang kemudian keluar set berpantang shaklee, set berpantang jenama ni, jenama tu. Paling banyak adalah set berpantang shaklee. Pastu wani cuba google tentang produk shaklee dan testimoni. Seminggu lebih menggoogle, wani nekad nak cuba set berpantang shaklee. Jeless tengok testimoni orang boleh susukan anak sampai 2tahun, jahitan cepat kering, tenaga dan lain-lain. Suami pun cakap okey. So aktiviti order mengorder dilakukan.. Dari situ la wani kenal sifu wani kak erna. Wani join ahli terus sebab nak dapatkan harga ahli. Berbaloi sangat sebab bulan depan tu dapat cash rebate lagi. Manyak untung wooo.. hehe.

Okey sambung balik, wani  terus beli masa kandungan 6-7bulan gitu la. SET IBU HAMIL DAN SET BERPANTANG tak jauh beza. Cuma tambah 1-2jenis utk berpantang punya. So dari kehamilan wani dah makan shaklee.. Yang buat wani jatuh cinta adalah ostematrix. Kaki wani tak bengkak air, sakit pinggang automatik hilang dan paling suka krem kaki/ simpul biawak tengah malam langsung tak de. Sebelom tido 4biji wajib telan..

    

Baca lebih lanjut di SET KEHAMILAN SHAKLEE

Oh baru teringat. Masa wani mengandung anak lelaki ni, wani garangg cam singa suami cakap. hehehe. Masa mengandung anak perempuan wani sangat manja, nak tidur bawah ketiak suami la. Baju suami peluh-peluh pun sanggup cium. :p haha. Kelakar pula bila ingat balik. Pembawakkan budak. Korang ada cam ni jugak tak..?

Perkara yang bermain diminda wani selama berbulan-bulan adalah siapa nak tolong jaga Laila masa wani bersalin nanti. Kami ni masing-masing tak de mak. Adik beradik sibuk. Laila lak memilih. Last-last jiran sebelah yang tolong jaga. Dari saat anak lahir sampai laa ni tak pernah tinggalkan Laila kat sesapa.. Tak pernah berenggang. Kalo berjalan, beli barang, pegi pos, pegi mana-mana la mesti bawak Laila. Bayangkan perasaan tu nak berpisah sementara nak bersalin. Mak yang over nangis. T__T masa nak tinggalkan Laila. Malam-malam tido kat wad teringat anak kat rumah. Menangis lagi. Cenggeng tul. Ini la perasaan ibu yang tak pernah tinggalkan anak hatta sesaat. sob..sob..sobrii.. (sobri mana pulak sangkut kat cite aku ni) hehe

Seperti biasa, kesaratan bile dah hujung-hujung ni. Wani hampir 42minggu dah. Get ready nak induce. kiki. Kalo tak induce nanti 50 minggu pun belom tentu beranak. Ada yang tanya sakit tak masa nak induce tu, jujur wani cakap tak rasa ape pun. Doc seluk then siap. Rasa sakit lepas sejam. Sakit contraction la. Untuk cepatkan bukaan wani banyakkan berjalan. Berjalan 30minit rehat 10minit. Bukan berjalan terus pastu tak de rehat. Tak boleh gitu .Nanti takde tenaga lak. Wani dah siap-siap letak ESP , PERFORMANCE DRINK dan Mealshake. Semua ini utk tenaga. Bila wani dah rasa lain macam cepat-cepat bancuh. Alhamdulillah tenaga nak teran tu lain macam. Suami pun puji.. Wah mak steadyyy je teran. Pas bersalin masih rilex lagi, tak lembik cam beranak sulong. Mak senyum sampai telinga tau. haha.

Okla. Cite pengalaman hamil anak ke-2 ni lebih kurang sama cam anak sulong. Cuma cara melaluinya agak berbeza. Bagi ibu-ibu hamil tolong la jaga pemakanan anda. Banyakkan makan kurma, air zam zam, buah-buahan yang dibenarkan dan sayuran. Jangan lupa pengambilan vitamin. Cari Shaklee Independent Distributor yang sah ye.. Dapatkan konsultasi bersesuaian dgn anda.

 ~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

2 Jul 2014

MENU SAHUR ATAU SARAPAN RINGKAS TELUR DAN ROTI

Assalammualaikum. SELAMAT BERPUASA untuk semua org islam. Aih dah naik berabuk blog wani ni. Kebizian ya ampun.. Bapak wani tak sihat, jadi blog, fb dan lain-lain banyak tertangguh dlu. Tapi alhamdulillah order seperti biasa. Yakin rezeki Allah dah tetapkan untuk kita. Bukan sengaja tapi ada kewajipan yang lebih penting. Oklah ni wani saja-saja nak share masak paling malas tapi anak-anak suka sangat. Bapak budak pon suka. Mak pon lagi sukaaaa masak senang gini.. hahha. Femes dah kat fb sume. Ramai dah buat, wani je yg yang lambat.. kuikui

ok ini bahan-bahannya:

1.Roti yang dah belah petak. Ikut suka la nak petak ke, bujur sireh ke.. Cheese dan teloqq..

2. Panaskan kuali. letak roti pahtu boh teloq. Agak-agak dah masak letak cheese atas dia.

3. Pahtu letak balik kepingan potong tadi kat atas cheese tadi. Ada setengah orang terus angkat dan makan. Tapi wani goreng bawang skit dgn planta.

4.Goreng bawang dgn planta dan kobis racik halus walaupon wani punye racik tak berapa haluihh.. bubuh atas roti semua pahtu tuang sos ikot suka la nak banyak mana..



5. Tudia siap.. tu wani punya.. kalo anak-anak punye wani bakar atas bawah pastu potong 4.. cuma teloq dan cheese je.. senang anak-anak nak pegang dan makan..mak abah punye special skit.. hehe.. Ikot korang ler nak buat camne.. Kita yang buat dia.. okeyy.. rugi tak cuba.. senanggg bak anggg..kiki.. pejam mata pon boleh buat.. selamat mencubaa


~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.