27 May 2018

MEMBANTU TAMBAH SUSU BADAN DAN KEKAL BERTENAGA

Hai.. Assalammualaikum. Selamat Sejahtera. Hari ni hari ke 27 wani berpantang. Alhamdulillah masih diberi rezeki baby untuk menyusukan sepenuhnya tanpa campuran susu fm. Orang kata untung la kau banyak susu badan. Sebenarnya Wani bukan kategori susu badan melimpah ruah. Wani memang tak de pam susu buat stock. Wani pun bukan jenis bengkak susu melampau-lampau. Susu sekadar mencukupi keperluan baby sehari harian.

Wani kena terus makan makanan yang berkhasiat dan minum air dengan kerap.. Nasi memang wajib makan atleast sehari 1 kali. Kalau tak gigil lutut oii.. Haha.. Walaupon ini anak ke 5 wani , wani sentiasa cuba untuk menyusukan baby selama yang boleh.. Macam wani kata , wani bukan jenis susu badan melimpah ruah. Tapi wani sentiasa set dalam kepala, susu aku cukup untuk anak aku. Sentiasa positif. Jangan sesekali jatuhkan motivasi diri.

Wani tahu ramai yang macam wani. Bak kata orang , susu cukup cukup makan je. Oleh itu wani galakkan orang ambil supplement. Makanan tambahan yang bantu mencukupkan keperluan vitamin dalam tubuh. Baru la tubuh menghasilkan susu yang cukup dan mengenyangkan untuk baby.

SET MENYUSU (FULL SET)

TESTIMONI SET MENYUSU



Setiap satu vitamin ada kebaikannya tersendiri. Anak 5 ni perlukan extra tenaga. Jadi Full Set ni adalah pilihan wani. Bezanya, wani hold Alfalfa dulu sebab baby baru baik kuning. Nanti dah habis pantang atau baby dah 2-3 bulan baru ambil alfalfa.

Cara makan dia pon bukan sekali telan.. hihi. Tak ada bajet nak beli satu set? Tak de masalah. Boleh beli loose.. Ada dijual satu-satu. Wani boleh cadangkan vitamin yang bersesuaian dan yang kena dengan bajet anda. ^_^ Cara makan juga akan disertakan sekali selepas pembelian dibuat.

Paling best adalah ESP. Wani minum pada waktu malam. Mix dengan oat / nestum / tamar koko. Bantu meransang pengeluaran susu. Waktu malam susu kita akan produce lebih banyak dari waktu siang. Geleguk geleguk bunyi baby minum. Kita dengar pon syok je kan. Tak la baby meragam waktu malam. Dia kenyang. hihi.

TESTIMONI ESP





Menyusu cepat hauskan. Wani ambil PERFORMANCE DRINK juga. Bantu elak badan kering air atau dehydrate. Suami wani pon minum PD ni. Dia bekerja tengah panas, memang elok minum elakkan strok haba.. Bulan puasa nak elak haus yak amat, elok la standby PD ni. Sangat berbaloi.




 TESTIMONI PERFORMANCE DRINK






Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. 

Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.^_* 

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh hubungi seperti yang tertera dibawah :


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.


26 May 2018

PENGALAMAN BERSALIN DALAM KERETA

Hai. Assalammualaikum dan selamat sejahtera pembaca blog mak wani. Terima kasih sudi singgah blog mak ^_^.

Alhamdulillah mak selamat bersalin anak ke 5 pada 1 Mei 2018. Sekarang ni masih berpantang lagi. Anak-anak dah tidur , baru la mak berkesempatan nak menaip ni. Mak excited nak kongsi pengalaman berharga ni. Hihi.

Pada jam 2 petang hari Isnin 30 April, mak baru habis check up dan jumpa doktor dekat KK Batu 13 Puchong. Appoiment terakhir sebab mak dah overdue. Kalau ikut buku , due date mak 28 April. Jadi mak dah overdue 2 hari. Doktor kata sabtu kena ke hospital admit untuk induce..

Mak ok je sebab anak-anak sebelom ni memang semua induce. So memang dah get ready la mental fizikal untuk induce. Tabah la konon. Haha. Anak pertama dan kedua. Induce selepas overdue 9 hari. Jadi hampir 42minggu jugak la bersalin. Anak ke 3 & ke 4. Kembar. Jadi doktor bagi tempoh 38minggu sahaja.. Pagi induce. Petang bersalin dah. Alhamdulillah dipermudahkan.

Kali ni mak ingat mungkin cara yang sama juga. Tapi perancangan DIA lebih hebat.. Petang tu selepas balik checkup , mak pergi pos barang , cod shaklee, customer pickup shaklee kat rumah. Sangat buzy sebab hari tu closing Shaklee.. Dan orang terakhir datang pickup shaklee dekat rumah mak, hampir  jam 11 malam. Agen Shaklee dari Bangi restock untuk customer beliau. Kami berborak dipintu pagar dan beliau dok gosok perut mak. Tah apa dijampinya pon tak tau la. Hihi.

Selesai serah barang , mak pon masuk rumah dan bersiap-siap nak tidur.. Sambil-sambil tu layan tv kejap la kasi ngantok. Tapi.... perut start mengerass. Tu biasa la kan diakhir kehamilan. Tapi kali ni mengeras setiap 5 minit non stop.. Dan makin lama bertukar menjadi sakit contraction.. Haaaaa.. Masa tu mak detik dalam hati. Mungkin kali ni dapat merasa sakit normal. Sebelom-sebelom ni semua anak tak de sakit apa pon, berlenggang berkain batik datang serah diri induce..Huhu

Mak layan je contraction yang makin lama makin kerap.. Kalau sakit macam ni biasanya baru 2-3cm rasanya. Mak cuba ingat balik sakit contraction lepas induce. So agak-agak sendiri dah berapa cm bukaan tu. Haha.. Jam dah pukul 2 pagi. Kalau pergi hospital sekarang pon bukan boleh buat apa.. Kena tunggu juga. Baik tahan sakit kat rumah. Selesa sikit. Hihi. Sakit tu tak la kuat sangat. Boleh tahan lagi la.

Pukul 3 pagi. Tak selesa pulak baring je. Bangun jalan-jalan kat dapur. Kemas-kemas dapur , beg , siap-siapkan makanan dan vitamin Shaklee. Mak bancuh ESP , MEALSHAKES dan PERFORMANCE DRINK untuk bantu bertenaga sepanjang proses menahan sakit ni. Mak jamah roti sikit alas perut. Pastikan kita makan sedikit demi sedikit masa contraction supaya kita tidak kehabisan tenaga dan berlapar masa nak bersalin nanti..

Mak bersenam sikit kat dapur tu sambil contraction. Buat squad , control nafas , regangkan badan. Semua buat dengan perlahan je. Kasi badan relax dan kurangkan sakit contraction. Trust me. Lagi panik lagi sakit. Istighfar dan zikir sambil-sambil bersenam tu. Mak juga fikir anak-anak yang nak kena tinggalkan ni.. Sebak oii.. huhu..

Pukul 4 pagi , pertama kali turun tanda lendir + darah. Senyummmm terus mak. Tu tandanya mak akan bersalin tak lama lagi. Rasa nak lompat bintang je masa tu. Haha. Terus kejutkan suami bagitau dah turun tanda. Lepas tu mak suh dia tido balik.. hihi. Mak whatsapp adik ipar  bagitau mak dah turun tanda dan minta tolong datang umah jagakan anak-anak subuh nanti..Masa tu sakit anggaran konon baru 3-4cm. Korang jangan tiru ni, tolong pergi hospital tau. Huhu

Pukul 7 pagi mak kejutkan anak-anak bangun mandi. Suami mandikan sikembo. Kemas-kemas rumah sikit.. Mak buat kerja sambil pejam-pejam mata menahan sakit. Haha. Mak guna timer. Masa ni contraction 2 minit sekali.. Konon anggaran baru 4 cm.. Sakit yang masih boleh ditahan lagi. Haha.. Mak ni berharap sampai hospital terus masuk Labour Room. Jadi tak la lama-lama dihospital sebab suami kena jaga anak-anak pula.

Pukul 8 pagi , adik ipar sampai dgn anak-anak beliau. Siap belikan sarapan kami sekali. Tengkiu nana. Jasamu kukenang.. Hihi. Mak gagahkan diri juga suap sikit nasi goreng 5-6 suap. Lepas tu bancuh lagi ESP , MEALSHAKES dan PERFORMANCE DRINK.. Dah kenyang mengantuk la pulak. Haha. Ye la malam tadi pon tak tido. Jadi mak amik keputusan nak baring kejap. Pejam mata.. Rehatkan minda. Memang tiap kali mak beranak sebelom ni, mak ada fasa resting labour. Sila google. Kang menceceh lagi panjang pulak mak nak terangkan resting labour ni. Haha. Contraction kaw jugak la time tu. Mak target lebih 5cm dah kalau sakit macam ni.. Kihkih.. Gagahkan jugak pejam mata relax..

Terlelap dalam 2minit.. Tiba-tiba.. Rasa nak membuang ayor besorr.. Ah sudahhh.. Ni tandanya budak nak keluar.. Cepat-cepat suh suami start enjin kete. Vroommm terus pegi hospital. Baru 5-8 minit perjalanan...... Poppp.. Air ketuban pecah.. Maka bermula la kakiku di atas dashboard kereta. Turunkan seat dan pastikan posisi selamat dan selesa..

Mak bukan fake ok. Mak ada jerit jugak dalam kete..hahaha. Bukan la jerit terpekik terlolong tu , just jerit meneran dan cuba control nafas in outtttt.. in outttt.. Ha gitu. Memang dah rasa budak ni nak keluar sangat dah. Suami bukak double signal , lampu tinggi dan pecut tanpa batasan. Nasib la cuti hari pekerja, tak ramai sangat atas jalan. Ya Tuhan ,Terima Kasih.. kihkih.

Tetiba je dah sampai depan pintu PAC Hospital Serdang.. Suami berlari masuk bagitahu nurse.

"Bini saya dah pecah ketuban , dia tengah meneran dalam kereta"

Mak dalam kereta masih meneran.. Tiap kali meneran mak pegang kat bawah takut baby tergelongsor keluar.. Masa suami tengah panggil nurse tu, mak pegang bawah dan terasa rambut baby. Haaa.. nak keluar dah. Mak terus teran sekuat hati dan sambut keluarkan kepala baby.. Mak tarik nafas rilek kejap.. Nurse berpusu-pusu datang bawak strecher serta kelengkapan..

Mak suruh nurse pegang kepala baby yang dah keluar tu dan tolong tarik badan baby bila mak dah ready nak teran lagi. Sekali nafas yang panjang dan terannnnn... plupppp.. seketul budak keluar..haha

Uwekkkk uwekkkk uwekkk.. Nurse terus letak baby atas dada. Kemain menangis anak mak ni.. Nurse ambil gunting dan potong tali pusat..

"Ibu tenang ye. Saya nak potong tali pusat. Bismillah.."

"Ibu, ni baby apa?" Memang menjadi kewajipan mereka utk ibu melihat sendiri jantina anak dan mengesahkan.

"Baby boy" Jawap mak.

"Ok, kami nak bawak baby dulu ye untuk check"

"Baik.Terima kasih nurse" Berlalu pegi bawak baby mak. Mak masih dekat kereta lagi. Perlahan-lahan turun kereta dan naik atas strecher dan dibawa masuk ke Labour Room untuk keluarkan uri. Suami sempat snap gambo kete semasa mak dah tolak masuk ke labour room.. Siapa mabuk darah sila scroll laju-laju ye. Hihi.


Suami dah bawak pegi cuci car wash luar dalam semua.. Dah bersih.. Hihihi

Sekembalinya mak dalam labour room, Alhamdulillah.. Mak tak kena jahit. Hihi. Doc kata just intact. Macam luka kat kulit yang boleh baik sendiri. Tak perlu jahitan. Masa bersalin kembar dulu pon tak jahit. Legaa oii.  Hihihi.. Selepas keluarkan uri , nurse datang bawak baby untuk kasi cium. Sebab nak bawak baby ke NICU untuk check lebih lanjut. Baby dah berak dalam perut. Takut dia termakan najis.

Kami suami isteri dok borak-borak dalam Labour Room.. Tak sangka dah selamat bersalin dan semuanya berlaku dalam tempoh singkat..Tak perasan masa tepat kelahiran tu. Baby lahir anggaran pukul 9.45-10 pagi. Dalam surat beranak jam 10pagi doktor tulis.. Dikira bersalin dekat hospital juga sebab tali pusat dipotong oleh staff nurse.. Jika bukan nurse yang potong, baru la dikira bersalin ditempat lain..

Nurse dan doktor Hospital Serdang memang terbaik.. Terima Kasih semua pada staff-staff yang bantu sepanjang proses bersalin dalam kereta. Yang tolong tutup cermin depan dengan kain untuk elak orang nampak mak tengah berkaki di atas dashboard ni. Hihi. Yang tolong sambut baby, yang tolong sgalanya sehingga selesai. Terima Kasih banyak. Mak janji lepas ni kalau sakit contraction mak terus datang hospital. Hahaha


Baby Azahar. 3.53kg. Ni la muka budak yang nak keluar dalam kereta. Haha. Ni mak baru dapat tengok dia selepas 24jam bersalin. Mak dekat wad 1 malam sahaja. Esoknya mak dah discharge. Tapi baby stay NICU untuk antibiotik selamat 4 hari..


Ni dah bersiap-siap nak discharge dari NICU. Doktor kata semua ok dah.. Alhamdulillah tiada apa-apa masalah.. Syukur.. Maka bermula la berpantang yang mencabar dengan 5 orang anak. Haha. Kami tiada mak dan mertua. Jadi memang pantang sendiri dari anak sulong. Suami yang uruskan semua. Masak , membasuh , kemas umah , jaga anak-anak yang lain. Mak hanya uruskan diri dan baby sahaja. Terima kasih suami. Baru la mak tak serik nak beranak lagi. Kihkihkih.

MAKAN APA SEMASA BERPANTANG?

Dah tentu la SET BERPANTANG + MENYUSU SHAKLEE. Alhamdulillah. 3kali dah berpantang dengan shaklee. Sangat puas hati.. Dari anak ke 2 , kembar dan no 5 ni.


Oleh sebab ZINC out of stock, mak makan Vitalea double dos. Dalam vitalea ada kandungan zinc juga cuma tidak sebanyak dalam tablet zinc tu sendiri. Vitalea juga bantu tambah darah serta memberi tenaga. Vitalea adalah Multivitamin yang membantu mencukupkan keperluan asas vitamin seharian kita.. Makan bersama vitamin C. Serapan menjadi lebih maximum dan bantu mempercepatkan luka pulih.

Mak makan Vitalea dan Vitamin C sejurus naik dekat wad. Sebelom tidur mak makan Ostematrix 4biji. Mak bancuh ESP dengan tamar koko.. Minum suam-suam. Alahai sedapnya. Hihi. Bantu bertenaga dan bantu pengeluaran susu juga. Hisapan baby paling penting. Selepas tu susu akan keluar sebab dah ada demand dari baby (hisapan ) . Kita kena makan serta minum yang berkhasiat untuk bantu pengeluaran susu yang mencukupi untuk baby.

Insyaa Allah.. Setiap pembelian Vitamin Shaklee dari Mak Wani, akan disertakan cara makan yang bersesuaian dengan anda dan mak boleh share pelbagai tips serta berkongsi pengalaman.

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM65 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Pembelian 200uv point layak mendapat keahlian secara percuma dan cash back.

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian bolehWhatsapp @ telegram 019-2833710 wani.

Facebook : Noor Malawani

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.