31 Aug 2013
PETUA UNTUK HILANGKAN BEKAS KURAP
Petua Untuk Menghilangkan Bekas Kurap di Badan
Pilihan 1: Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila
kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit
kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang
kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula
dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu pada bekas kurap.
Pilihan 2: Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit
kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan
sehingga kering. Amalkan setiap hari.
Pilihan 3: Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa
helai daun kangkung dan tumbuk hingga lumat. Gaul santan bersama
kangkung dan sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga
kering. Amalkan setiap hari.
Pilihan 4: Ambil seketul kunyit
hidup dan ketuk dengan pisau. Sapukan bahagian kuning kunyit pada kulit
yang berkurap sebelum tidur. Amalkan setiap malam.
Pilihan 5:
Dapatkan 10 cawan daun jambu yang telah dicincang. Masukkan ke dalam
periuk bersama 2 liter air. Rebus selama 15 minit. Tapis air rebusan dan
tambahkan dengan air biasa secukupnya untuk dibuat mandi. Amalkan
setiap hari.
Pilihan 6: Ambil beberapa helai daun peria dan basuh. Ramas dan gosokkan pada bahagian kulit yang berkurap. Amalkan selalu.
APA ITU PCOS..? MENGANCAM KESUBURAN WANITA..
‘Polycystic Ovary’ (PCO) Mengancam Kesuburan Wanita Malaysia |
Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH ´Polycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut. Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap. Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak. TANDA-TANDA PENYAKIT PCO 1. Tidak Subur atau Mandul Kebanyakan pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin - masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak. 2. Haid Tidak Teratur Tanda yang biasa bagi pesakit PCO ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid. 3. Gemuk Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas. 4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan Wanita yang mengidap penyakit POC akan mengalami haid yang sangat sedikit - hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. 5. Tumbuh Rambut Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut - juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit POC ini. ![]() PUNCA PENYAKIT PCOS Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH - tinggi, hormon estrongen - tinggi, hormon progesterone - rendah, hormon progesterone - rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut. Penyakit PCO juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCO. Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCO. TUJUAN RAWATAN Tujuan pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari. ANTARA RAWATAN PCO 1. Mengawal Kegemukan (Obesity) ![]() Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik. 2. Meningkatkan Kesuburan Wanita Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti: a. Ubat subur Clomiphene Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda. b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda. c. Ubat Metformine Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sehingga enam bulan. 3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´ Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus. ![]() |
Merubah carahidup Memulihkan masalah haid o Menurunkan berat badan b o Pil perancang keluarga (COCP) o Metformin Metformin adalah ubat kencing manis digunakan untuk mengawal hormone androgen.Metformin bolih menggalakkan ovulasi dan mengawal haid. Mengawal simtom-simtom hyperandrogenism o Kosmetik seperti bercukur,mencabut,elektolisis o Ubat Anti-androgen bolih digunakan untuk rawatan jerawat dan hirsutism.Perlu diambil selama 6 hingga 9 bulan untuk menampakkan kebersanannya. Elakkandari mengandung semasa pengambilan anti-androgen. o Pil Perancang keluarga dapat mengurang hormone androgen. Contohnya ialah Diane.Selain dari mengurang simtom hyperandrogenism,ianya juga menyebabkan kitran haid teratur dan normal. |
ANDA SEDANG MENCARI SUPPLEMEN CALCIUM..??
Jika anda sedang mencari supplement calcium, pastikan ia mengandungi magnesium! Kenapa?
==> Magnesium ada mineral yg sukar utk disimpan didalam tubuh
==> Magnesium bantu menyerap calcium dan mengekalkannya di dalam tubuh
==> Magnesium bertindak dengan baik bersama calcium utk membina matrix tulang anda yg kuat dan kukuh (utk mengelakkan kerapuhan)
==> Magnesium dan calcium bergabung memberikan kesihatan yg lebih baik pada sistem cardiovascular anda
==> Magnesium dan calcium bergambung membantu mengatasi
masalah insomnia, ia memberikan anda tidur yang lena
JADIIIII???
DAPATKAN OSTEMATRIX SHAKLEE SEKARANG

JOM INBOX/PM WANI DI
FB: Noor Malawani (Waniz Vitamin)
PAGE: WANIZ SIMPLE SHOP
GMAIL: Wanizvitamin@gmail.com
SMS/WHATSAPP: 019-2833710
==> Magnesium ada mineral yg sukar utk disimpan didalam tubuh
==> Magnesium bantu menyerap calcium dan mengekalkannya di dalam tubuh
==> Magnesium bertindak dengan baik bersama calcium utk membina matrix tulang anda yg kuat dan kukuh (utk mengelakkan kerapuhan)
==> Magnesium dan calcium bergabung memberikan kesihatan yg lebih baik pada sistem cardiovascular anda
==> Magnesium dan calcium bergambung membantu mengatasi
masalah insomnia, ia memberikan anda tidur yang lena
JADIIIII???
DAPATKAN OSTEMATRIX SHAKLEE SEKARANG

JOM INBOX/PM WANI DI
FB: Noor Malawani (Waniz Vitamin)
PAGE: WANIZ SIMPLE SHOP
GMAIL: Wanizvitamin@gmail.com
SMS/WHATSAPP: 019-2833710
TIPS MENGATASI EYE BAG DAN DARK CIRCLE

Tips Kecantikan
------------------
TIPS MENGATASI EYE BAG DAN DARK CIRCLE
1.Cukup Rehat
Usah tidur lewat. Pastikan kamu mendapat rehat yang secukupnya.
2.Sudu Beku
Simpan sudu di dalam tempat beku peti ais anda untuk beberapa minit, kemudian letakkan belakang sudu di atas mata anda.
3.Uncang Teh
Uncang teh yang telah digunakan disimpan didalam peti ais untuk beberapa ketika. Kemudian letakkan uncang teh tadi di atas mata selama 25 ke 30 minit dan relakskan diri anda.
4.Krim Mata
Gunakan krim mata yang boleh merawat masalah lingkaran hitam pada mata yang terdapat di pasaran.
Boleh juga cuba kemudahan yang sedia ada seperti eye mask collagen
Tips Cantik Dengan Shaklee : Amalkan Vitamin Kecantikan atau Shaklee Collagen Powder. Anda pasti puas hati.
Hubungi kami untuk konsultasi.
JOM INBOX/PM WANI DI
FB: Noor Malawani (Waniz Vitamin)
PAGE: WANIZ SIMPLE SHOP
GMAIL: Wanizvitamin@gmail.com
SMS/WHATSAPP: 019-2833710
TIPS SARAPAN SIHAT

Tips sarapan sihat
1. Sarapan sebaiknya mengandungi sekurang-kurangnya 5 gram serat, satu hidangan kalsium (setara dengan segelas susu atau yogurt) plus protein dan lemak. Elakkan pengambilan gula hingga 6 gram (satu sendok setara 4 gram).
2. Jika tak ada waktu sarapan di rumah, Anda boleh membawa roti isi dan susu untuk dinikmati semasa perjalanan atau pun setelah sampai di tempat kerja.
3. Telur dadar bahan makanan yang relatif praktis dan mudah disajikan. Kandungan nutrisi dalam telur iaitu vitamin A, B2, B6, B12, zat besi, kalium, kalsium, dan zat lain, sangat diperlukan tubuh kita.
4. Untuk mempelbagaikan sarapan, kita boleh mengambil buah kesukaan untuk keperluan vitamin bagi tubuh. Jika ada waktu di malam hari, blenderlah buah dicampur yogurt atau susu dan simpanlah di peti ais untuk diambil pagi harinya.
5. Bila Anda selalu tidak merasa lapar saat pagi hari, Zuckerbrot menyarankan agar Anda menghentikan makan setelah pukul 8 malam hari. Dalam dua atau tiga jam ke depan, jam biologis nafsu makan anda akan berubah. Setiap bangun pagi hari, anda akan merasa lapar.
lepas da sarapan boleh la kita makan vitamin shaklee..KONSULTASI PERCUMA BERKENAAN MASALAH
DAN VITAMIN YANG BERSESUAIAN UNTUK ANDA..
ANDA BERMINAT MENCUBA PRODUK SHAKLEE..??
JOM INBOX/PM WANI DI
FB: Noor Malawani (Waniz Vitamin)
PAGE: WANIZ SIMPLE SHOP
GMAIL: Wanizvitamin@gmail.com
SMS/WHATSAPP: 019-2833710
SHAKLEE ID: 929525
INFO KECANTIKAN UNTUK VITAMIN E SHAKLEE

INFO KECANTIKAN
Bila usia meningkat sedikit demi sedikit dan kulit kita kerap terdedah dengan pancaran matahari dan juga cahaya lampu (ye.. cahaya lampu juga mengandungi sinar UV ye)
Jeragat yang seakan-akan tahi lalat akan tumbuh dimuka. Mungkin kita rasa owh, tahi lalat tumbuh baru.. sebenarnya tidak. Jeragat merupakan penyakit kulit yang tidak membahaya tetapi menjadikan kulit kita kusam dan tidak bermaya.
Selain jeragat, kesan hitam di bahagian celah yang terselindung juga mudah terjadi sekiranya kekurangan Vitamin E dalam tubuh.Selain dari penjagaan luaran seperti membersihkan wajah, penjagaan dalaman juga perlu untuk mengelakkan jeragat.
Macamana caranya??? Dengan pengambilan supplimen tambahan vitamin E. Vitamin E sangat baik untuk mengelakkan jeragat atau kulit kusam.So kat sini, saya nak cadangkan anda supaya mengambil vitamin E.. heheh..
Vitamin E ada banyak pengeluar vit E dan jangan sampai tersalah beli ditakuti memudaratkan diri. Pengambilan Vitamin E terbaik adalah dari Vitamin E semulajadi dan bukannya Sintetik.
Nak tahu saya amik Vitamin E dari mana?? tentunya dari Shaklee kerana Shaklee sendiri sebagai pengeluar sentiasa membuat kajian bagi Vitamin E supaya hasilnya Optimum kepada pengamalnya dan terbaru Shaklee telah mengeluarkan Vitamin E dengan Formula terbarunya Vita-E Complex with Grape Seed Extract.
KONSULTASI PERCUMA BERKENAAN MASALAH
DAN VITAMIN YANG BERSESUAIAN UNTUK ANDA..
~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani
Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525
Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525
OSTEMATRIXX YANG OHSEMMMMM!!!!!
kenapa ostematrix shaklee pilihan wani..? kenapa ohsemmmm.. sebabnyeee.... sejak makan, wani dah tak sakit pinggang dah.. kalau tak.. dah macam orang tua dah.. lebih2 lagi time period.. adoyaiiii... ditambah dengan senggugut mcm nak tertanggal pinggang..hehe.. tapi sekarang alhamdulillah.. time period yg menjadi keutamaan wani adalah ostematrix dan GLA COMPLEX @ ALFALFA..
satu lagi, wani tak tingggal ostematrix a.k.a oste nie adalah sebab wani myusu beby lagi.. sebelom tido makan 4 biji.. dan minum air masak/putih 1-2gelas.. pasti membengkak.. hehe.. waktu malam penghasilan susu badan lebih aktif.. bila makan vitamin lagi la bertambah khasiat dan pekat.. kenyang anak ku.. alhamdulillah.. asal kluar suara skit je terus sumbat.. pastu tido balik.. senang sangat anak2 ni nak jaga time malam.. Alhamdulillah..
Nak dapatkan ostematrix dengan harga mantopp.. sms/wassup wani 019-2833710.. nak COD buat masa nie tak leh sbb kete suami bawak.. kalo nak datang amik kat umah boleh jerrr.. hehe.. nak pos pun boleh.. free gift utk semua customer wani.. nak pm kat fb pon boleh.. add la Noor Malawani ye.. jgn lupa like page wani juga.
okey jumpa di next entry ye.. anak kecik da merengek nak susu.. huhu..
~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox waniSms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525
Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
~DISCLAIMER~
Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.
Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.