31 Oct 2013

PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA

Assalammualaikum.. Semenjak dua tiga menjak nie wani tengok ramai lak yang mengandung.. Musim mengandung kot.. hehe.. Rinduu pulakkksss nak rasa perot tendang-tendang.. tapiiii nanti dulu la..Bagi anak-anak ni manja lama skit. hehe.. Paling tidak ku lupakan adalah saat genting nak bersalin.. BERSALIN ITU INDAH, bukan menakutkan ye. Wani sanggup melalui proses bersalin tu sampai 10kali pon wani tetap akan cakap BERSALIN ITU INDAH.. Ibu-ibu yang pernah merasa pasti tahu rasanya bila pertama kali melihat si anak yang dikandung selamat lahir ke dunia..

http://2.bp.blogspot.com/-nzDI7JUBOho/TzNzyaGWcgI/AAAAAAAABeI/BsiOF-FWInc/s320/birth+delivery.jpg

Haaaa.. kasik semangat skit ibu-ibu nak meneran nanti. Cover cun tau nak terann.. haha.. Tak de maknanyeee.. Dah sakit tu mmg tak ingat ape dah, lantakk p laaa..  Kedua-dua anak wani bersalin di Hospital Serdang. Hospital kerajaan je.. Tu la paling dekat la dengan rumah.. Alhamdulillah.. layanan mereka baik je pada wani.. Mungkin wani tak banyak songeh sangat kot. Kalo sakit panggil suami bukan nurse... hehe..

Kedua-dua anak wani kene induce, dua-dua tak mo keluar ikut date.. Dua-dua induce pada 41minggu 4hari camtu. Induce pada waktu subuh..kul 6.15 pagi, kul 8-9pagi perut dah start mengelodak dahh.. Masa anak sulong tu wani zero bab meneran, cuma orang cakap jangan angkat punggung je la. Satu lagi teran cam nak membuang bukan teran kat leher sampai merah muka..


BERSALIN ANAK PERTAMA



Selepas induce pada pukul 6.15pagi, kita dilarang pegi kencing atau berak. Kene tunggu kat katil selama 2jam kemudian baru boleh berjalan sebab takut ubat induce tu keluar balik. Sakit ke induce tu..? tak rasa ape pon.. tau-tau je doc cakap dah induce dah.. hehe.. Pukul 9 pagi dah terasa sakit bahagian perut., pastu rasa loya. Wani kerapkan berjalan je keliling wad tu dengan suami supaya jalan cepat buka..

Pukul 12
pm doc suh check lagi nak tengok bukaan dah brape cm sebab jika masih belom buka, mereka akan induce kali kedua..huhu.. Seram aihh.. Sebab tu la wani tawaf wad tu berkali-kali.. Takut kena induce lagi sebab time tu dah sakit-sakit. Nak kena seluk lagi nyeriii rasanya. Check kul 12 tu wani dah 3cm,so doc ckp tak yah induce da.. Alhamdulillah, tunggu je la sampai nak bersalin nanti..


Wani jalan-jalan tawaf wad sampai la rasa sakit ya hamattt. Pukul 10 malam wani ditolak masuk ke labour room sebab bukaan dah 4cm. Masuk dalam labour room tu dorang pecahkan air ketuban, tak sakit pon.. tak rasa apee.. Jadi bermula contraction kaw-kaw gaban selepas air ketuban dipecahkan. Suami pon dipanggil masuk selepas dah pecah ketuban.. Sakit tak contraction.. ? sakitttt laa wehhh.. hahaha.. Rasa cam nak gigit besi katil tu. Doc cakap anggaran bersalin kul 4-5pagi... Whatttt...??? laaaa ni cam nak terputuss urat kata kul 5pagi baru bersalin.. sebab doc cakap anggaran bukaan 1cm =1jam..


Maka satu malam tu suami teman sambil dialunkan suara isteri yang resah gelisah serba tak kene. Wani kene masuk air kat tangan sebab bukaan lambat, so nak bagi contraction lagi kaw-kaw kene la masuk air.. haduhh.. Bertambah sakit.. Dipendekkan cerita pukul 3pagi wani dah terasa sakit tu bertukar cam nak terberak.. hehe.. maaf la gaya penulisan agak kasar.. hehe.. Doc check wani dah 7cm. Doc cakap jangan teran dlu nanti kepala baby bengkak sebab bukaan masih 7cm.. Nukaan sedia untuk bersalin adalah 10cm.

5minit kemudian wani rasa sakit  nak terberak tu cam kaw-kaw punya.. panggil doc.. Doc pakar yang masuk.. Lemah lembut je..

 "Jap ye saya check dlu ye puan.."
"Oohhh dah nampak rambut baby.. haaa dah boleh teran.. "
Perasaan wani time rasa nak sebut horayy sambil meloncat.. hehe.. Disebabkan tidak berpengalaman bab teran nie, wani meneran hampir setengah jam.. jenuhhhh.. tepat jam 3.24pagi, maka lahir la puteri sulongku LAILA AZ ZAHRA seberat 3.45kg.. Gambar kat bawah ni selepas beberapa jam selepas dilahirkan..









Haaa.. mau tak nampak rambut, sekali keluar cam pakai rambut palsu dah.. haha..Pukul 3.24pagi bersalin,  Pukul 7.30 naik wad,pukul 5.30 petang boleh balik da. Alhamdullillah... Kami anak beranak sihat walafiat.. Seronok mengenang kembali saat pertama kali mendakap dan menyusukan LAILA dalam labour room.. 3tahun menunggu zuriat, akhirnya di izinkan ALLAH untuk merasai nikmat menjadi seorang ibu...Alhamdulillah Ya Allah.. dan kini Laila berusia 2tahun 3bulan.. my anak dara..




Bagi sesiapa yang masih menunggu zuriat wani nasihatkan supaya anda tidak putus asa.. Baik dari segi zahir ataupun batin.. Mohon pada Allah tanpa keluh kesah.. Wani juga ingin cadangkan SET KESUBURAN SHAKLEE.. Usaha la.. baik moden atau tradisional..Wang ringgit bukan ukuran bila dah melihat janin berada dalam rahim kita. Lebih indah bila tubuh sikecil tu dalam pelukan kita. Sungguh... Hanya Allah mengetahui betapa bersyukurnya kita diberi kesempatan ini. InsyaaAllah wani akan kongsikan tips pada customer wani.Salam sayang untuk semua.. Terima kasih sudi membaca.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

30 Oct 2013

SET KEHAMILAN SHAKLEE


Tahniah jika anda sedang hamil.. tidak kira anda hamil anak sulong atau no berapa sekalipon, kehamilan adalah anugerah buat ibu-ibu.. kehamilan membuat kita sangat bahagia.. betul tak ibu-ibu..? seawal kita disahkan hamil kita digalakkan mengambil supplement untuk kesihatan ibu dan bayi..  vitamin shaklee yang dicadangkan ketika trimester pertama adalah seperti berikut:

credit

Vita-Lea , B Complex , Vitamin C ,Ostematrix (Kalsium)

Vita-Lea Iron Formula
Multivitamin dan mineral istimewa ini mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yg diekstrak dr sayuran dan buah, selain turut mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting mengikut saranan RDA. Tablet yg disaluti dgn spirulina ini merupakan tablet multivitamin yg paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.

  Vitalea penting dalam bertindak sebagai pemberi tenaga,pelengkap nutrisi,membantu melambatkan proses penuaan dan melindungi organ dalaman. Formulanya yang mengandungi Zat Besi sgt membantu dalam mengatasi anaemia. 

 Perhatian: Vitalea tidak boleh diambil oleh penghidap talasemia.

B-Complex

Vitamin B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B yg diperlukan untuk mendapat manfaat B-Complex yg sepenuhnya, termasuk 100% biotin dan asid folik. Hampir 99% asid folik yg terdapat di pasaran bersifat sintetik. Berita baik utk para ibu kerana asid folik yg terkandung dalam B-Complex Shaklee adalah semula jadi dan mempunyai kadar serapan yg sgt tinggi bagi memastikan kita mendapat hasil yg maksimum.

Ostematrix


Lebih mesra dikenali sebagai pil Kalsium. Namun ketahuilah bahawa Shaklee Ostematrix tidak seperti Kalsium lain di pasaran. Formulanya yg unik turut mengandungi magnesium, fosforus, vitamin D, Zink, Kuprum,manganese dan boron - yang mana nutrien2 ini bertindak sebagai agen yg membantu penyerapan Kalsium oleh tubuh,serta menghalang endapan sesetengah mineral dlm tubuh seseorang.

Jelas sebagai seorang wanita Kalsium amat penting utk mengatasi risiko osteoporosis dgn meningkatkan kepadatan tulang secara berterusan dan berkesan. Khususnya ketika hamil atau penyusuan bayi secara eksklusif, pengambilan Kalsium bertambah penting kerana Kalsium dlm badan amat pantas diserap dan digunakan utk/oleh bayi kita. Maka wanita yg mengabaikan Kalsium pada ketika ini lebih cenderung terhadap masalah tulang rapuh. Dan bonus lagi utk para ibu yg tak boleh terima rasa susu tepung, nah ostematrix pilihan lengkap yg terbaik utk anda tanpa perlu consume susu tepung.

Sustained Release Vita C 500mg


Kandungan bioflavonoid (vitamin C Complex) dlm vita C ini meningkatkan keupayaannya utk mengurangkan keradangan, melawan jangkitan bakteria dan radikal bebas. Menariknya, fungsi sustained release dlm vitamin ini membebaskan vitamin C secara beransur-ansur ke dalam tubuh, dan secara tidak langsung memastikan plasma darah kita sentiasa mengandungi vitamin C yg diperlukan.

Selain penting dlm menjaga kesihatan tubuh para ibu, Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen utk memelihara otot dan juga kecantikan para ibu. Barulah kita dapat menjadi ibu yg berseri2 :-) Untuk jangka panjang, vitamin C juga dapat membantu dalam memerangi kanser.


***Tak perlu ambil asid folic dan obimin kerana asid folic terkandung dalam vitamin B,
manakala obimin boleh didapati dari vitalea



( Trimester kedua dan ketiga)

Vita-Lea , B Complex ,Vitamin C ,Ostematrix (Kalsium) ,Omega Guard (Minyak Ikan)


Bangga saya perkenalkan, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Ianya bukan dihasilkan daripada minyak hati ikan, malah ia 3 kali lebih tumpat berbanding minyak yg dihasilkan dari hati ikan. Sebagai minyak ikan paling tulen di dunia, ia turut mengandungi rangkaian lengkap asid lemak Omega-3   termasuk mempunyai kandungan EPA dan DHA yg tinggi. Ia juga selamat dan BEBAS bahan kimia logam industri yg amat toksik kepada tubuh manusia.

Omega Guard amat penting untuk para ibu hamil kerana dalam trimester 2 & 3, ianya amat membantu dalam tumbesaran dan perkembangan otak janin serta membantu dalam perkembangan memori. Siapa yang tak mahukan anak yg cerdik, bijak dan pandai kan? Selain kebaikan-kebaikan di atas, kandungan DHA dlm Omega Guard ini dapat membantu mencegah migraine. Jadi Omega Guard adalah option hebat untuk anda!


ESP Soy Protein Isolate Powder


Penting untuk  tenaga, milkbooster dan kecantikan kulit

  • Memberi dan mengekalkan tenaga anda sepanjang hari.
  • Melicinkan, menganjalkan dan mencerahkan kulit sekiranya diamalkan secara konsisten. ada testimonial dari customer saya yg sangat puas hati dgn ESP sbb dapat kecutkan jerawat dgn cepat dan memudarkan parut jerawat.
  • Ibu-ibu yg menyusukan baby sangat sukakan ESP sbb ESP boleh bertindak sbg "milk-booster" dan membuatkan susu menjadi lebih pekat dan sedap.
  • Sangat dicadangkan untuk mereka yg ada gastrik
  • Sesuai diamalkan bagi mereka yg sedang diet utk membina otot agar bila badan tidak menggeleber bila berdiet.
  • ESP juga dikatakan dapat membantu dari segi kesuburan dan dapat membantu bagi mereka yg sedang mencuba untuk hamil.
  • Juga sangat sesuai diambil oleh ibu yg hamil kerana ibu hamil amat memerlukan protein yg lebih tinggi dari wanita yg tidak hamil dalam memastikan keperluan cukup utk ibu dan utk bayi yg dikandung.
  • Membantu untuk mencegah penyakit yg berkaitan dgn pengurangan estrogen dalam wanita seperti penyakit jantung, strok, osteoporosis dan juga kanser payudara.
  • Pendek kata, ESP ni sesuai untuk semua peringkat umur dan golongan dan disebabkan itu, tidak hairanlah mengan ESP ni merupakan "HOT PRODUCT" yang sering menjadi rebutan ramai.

    [Apakah keistimewaan ESP ini jika nak dibandingkan dengan Protein Powder lain yang ada di pasaran? Jemput klik di sini untuk ketahui rahsianya]


~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

26 Oct 2013

APAKAH ITU ARTHRITIS DAN RAWATAN BERSAMA SHAKLEE

Penyakit Arthritis ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah penyakit arthritis ini? Baiklah, sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit radang sendi. Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit arthritis ini berbanding kaum lelaki.

Apa Penyebab Arthritis?

Penyebab rheumatoid arthritis masih belum diketahui. Namun, diketahui bahawa rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun semulajadi sistem kekebalan tubuh tidak beroperasi dengan betul, sehingga sistem kekebalan tubuh menyerang rangkaian sendi yang sihat dan menyebabkan keradangan dan kerosakan sendi seterusnya. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit arthritis ini.
                                                         

Apakah Saja Gejala Arthritis?
Permulaan rheumatoid arthritis membawa keletihan, rasa sakit, kekakuan, sakit, dan rasa sakit dan bengkak pada sendi bilateral terpencil. Rheumatoid arthritis biasanya bermula di tangan, atau kaki dan juga akan mempengaruhi pergelangan tangan, beberapa sendi di tangan. Rheumatoid arthritis adalah juga ditemui di siku, bahu, leher, lutut, pinggul dan pergelangan kaki. Seiring waktu, radang sendi boleh rosak dan menyebabkan ciri-ciri lain seperti benjolan atau nodul di bawah kulit.


Tanda-tanda dan gejala
  • Sakit sendi  (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas aktiviti.
  • Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekitaran sendi.
  • Kekerasan sendi.
  • Sakit di sekitar sendi.
  • Deformiti.
  • Krepitus semasa pergerakan (dalam OA).
  • Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut).
  • Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya.
  • sukar melakukan tugasan tertentu.
  • sakit bertambah teruk apabila pergerakan berlebihan.


Kebaikan Advanced Joint Health Shaklee



Siapa Yang Berisiko Terkena Arthritis?
Rheumatoid arthritis mempengaruhi lebih daripada 2 juta orang Amerika dengan lebih daripada 1 juta wanita berbanding dengan hanya lebih daripada setengah juta orang, Walaupun awal ini umumnya usia pertengahan, lebih umum ditemui pada orang tua. Rheumatoid arthritis juga telah ditemui pada kanak-kanak-kanak dan dewasa muda.

Diagnosis & Perubatan Arthritis
Dalam banyak kes, diagnosis awal dari rheumatoid arthritis dapat lebih mengawal penyakit ini. Rheumatoid arthritis adalah didiagnosis dengan pola gejala, sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal, x-ray dan ujian darah untuk Rheumatoid Factor, yang merupakan antibodi yang ditemui dalam darah 80% orang dewasa dengan Rheumatoid arthritis. Pada waktu ini, ada beberapa ubat yang berkesan untuk rheumatoid arthritis.

Bagi mereka yang mempunyai arthritis wani cadangkan set arthritis shaklee nie..

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Kajian klinikal mendapati ekstrak boswelia dalam Advanced Joint Health Tablet berkesan dalam masa 5 hari pengambilan dan ia lebih berkesan berbanding jenama terkemuka Osteo Bi-Flex®1 dalam kategori yang sama.
 CREDIT UMMIERNA

Lagi best kalau Joint Health Tablet ini diamalkan bersama Ostematrix dan Omega Guard. Jom kita baca bagaimana ia menjadi lagi best?

Cara Ostematrix Membantu?
Dikenali sebagai calcium-magnesium. Pengambilan kalsium penting untuk pembentukan tulang yang kuat. Jika kita kekurangan kalsium tulang akan mudah retak, patah juga rosak. Pengambilan kalsium sangat memberi kesan yang baik kepada tulang. Tulang yang sihat menyumbang kepada sendi yang sihat. Jom kita baca perincian mengenai ostematrix di sini.


Bagaimana Omega Guard Membantu?
Dihasilkan dari ikan laut dalam yang berkualiti tinggi. Dengan proses begitu teliti, untuk penghasilan Omega 3 dan Omega 6 yang 'mantap'. 
Secara semulajadi, minyak ikan Shaklee ini bersifat anti radang atau anti imflamasi. Jadi, ini akan mengurangakan keradangan yang berlaku akibat sakit sendi arthritis. Ia juga bertindak memelihara sendi. Caranya? Asid lemak Omega 3 mencegah kemusnahan enzim yang bentuk tisu rawan untuk perlindungan sendi. Hasilnya sendi yang lebih sihat akan dinikmati oleh pesakit sendi. Jom kita mengenali dengan lebih dekat Omega Guard ini di sini.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

25 Oct 2013

TALASEMIA DAN VITAMIN SHAKLEE YANG OHSEMMM

contoh bentuk muka pesakit talasemia



Ramai yang memandang enteng terhadap penyakit TALASEMIA ni.. apa itu Talasemia..? secara ringkas Talasemia ialah penyakit kecacatan darah. Ia adalah penyakit yang diwarisi iaitu dari keluarga kepada anak. sebab tue kalau dalam tv kite banyak tengok suruh buat saringan ujian darah...sebab if seseorang yang mengidap talasemia berkahwin dengan pasangan yang mempunyai talasemia juga...

risiko anak-anak untuk mewarisi talasemia adalah besar. kecacatan pada darah nie menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tak normal. biasanya orang yang menghidap talasemia tak dapat hasilkan hemoglobin yang cukup dalam darah...selalu pesakit talasemia kelihatan kerana paras hemoglobin yang rendah (anemia).


Vitamin Shaklee yang disarankan



Untuk pesakit talasemia Alfalfa Complex dan Vitalea Iron Formula tidak sesuai di ambil dan tidak digalakkan, manakala vitamin yang sesuai diambil ialah:
Bcomplex- Membantu meningkatkan tenaga dan membina sel darah merah.

Vitamin E - Mengandungi antioksidan bagi membantu melindungi sel darah merah

Ostematrix
-
sesuai kerana ia lengkap dengan magnesium dan vitamin D yang boleh membantu meningkatkan tenaga.

Zinc
- Bantu menguatkan imun, mengurangkan high-density lipoproteins

Energizing Soy Protein (ESP)
- berfungsi membina sel-sel baru didalam tubuh badan pesakit, termasuklah dengan sel-sel darah merah, ia juga mampu meningkatkan tenaga.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

23 Oct 2013

APAKAH ITU TALASEMIA..?



Talasemia
(bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.

Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh.

Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.


Jenis Talasemia

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.


Pembawa Talasemia

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;

— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)


Pesakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;

— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal

(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)


Tanda dan gejala penyakit Talasemia

  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.

  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.

  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.

  • Jaundis

  • Tumbesaran terbantut

  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.

  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).


Rawatan penyakit Talasemia

  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.

  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.

  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.

  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.


Saringan Talasemia

Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda.


Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.



22 Oct 2013

CoQ HEALTH PLUS SHAKLEE





Apakah CoQ Health Plus Shaklee?



CoQ Health Plus shaklee merupakan supplement yang  mengandungi campuran 28 miligram (mg)  (CoQ10), Vitamin E dan ekstract Teh Hijau yang di hasilkan oleh jenama Shaklee, syarikat suplement no 1 di dunia yang memperkenalkan konsep vitamin semulajadi 100%.


“Produk ini didatangkan di dalam bentuk kapsul dengan bantuan minyak kacang soya bagi memastikan penguraian serta penyerapan yang maksimum dalam sistem tubuh badan ketika diambil.


“Dengan sebiji kapsul yang diambil sehari selepas makan, ia mampu menyokong penghasilan tenaga bagi jantung, meningkatkan peredaran serta membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah serta juga kaya dengan lain-lain kebaikan.


Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus. Disarankan1-2 kapsul sehari selepas makan terutama selepas makan makanan berlemak dan berminyak.


Coenzyme Q10 tu apa pulak ye?


Coenzyme Q10 atau secara ringkasnya, CoQ10 adalah sejenis vitamin antioksida larut lemak yang terbentuk secara semulajadi di dalam setiap sel di dalam tubuh kita.



CoQ10 ini sangat sangat diperlukan untuk membolehkan sel-sel tubuh kita menghasilkan tenaga sendiri, agar sel-sel tubuh kita kekal berfungsi, di mana CoQ10 berperanan sebagai pencetus tenaga.

Proses penghasilan tenaga ini berlaku beribu-ribu kali setiap saat.

CoQ10 ini ditemui lebih banyak di dalam organ-organ yang kuat berkerja, seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.


Tubuh kita memerlukan 10mg CoQ10 sehari, bersamaan 0.33kg daging atau 0.61kg ayam sehari, memang mustahilkan…so dapatkan dari sebutir CoQ Health Plus Shaklee.


Penghasilan coQ 10 oleh Tubuh


Penghasilan CoQ10 pada manusia, dilakukan oleh sel-sel dalam tubuh. Penghasilan CoQ 10 dalam badan melibatkan satu proses- yang melibatkan 17 langkah- yang memerlukan nutrien yang berikut: riboflavin (B2), niacinamide (B3), asid Pantothenic (B5), pyridoxine (B6), cobalamin (B12), asid folik, vitamin C, dan banyak unsur-unsur surih yang lain. Oleh itu, terdapat banyak cara sintesis yang kompleks koenzim Q10 boleh diganggu.


Ada kemungkinan bahawa ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan yang mengalami kekurangan ko-enzim Q10 disebabkan pengambilan makanan yang tidak mencukupi nutrien yang diperlukan dan / atau pengambilan satu atau lebih ubat-ubatan yang mengganggu sintesis koenzim Q10.


Semakin usia meningkat, penghasilan Q10 oleh tubuh didapati turut menurun, oleh itu pengambilan suplimen CoQ Health Plus ini sangat penting bagi menjaga tenaga jantung anda.




Peranan Utama CoQ Health Plus Shaklee:~


1- Untuk memberi tenaga kepada Jantung, kekurangan coQ10 akan memberikan kesan kepada jantung dan sistem kardovaskular kerana jantung adalah otot yang paling banyak menggunakan tenaga.


2- Sebagai anti-oksidan, coenzyme Q10 menghalang proses yang menyebabkan penyakit kardiovaskular,  termasuk aterosklerosis (arteri tersumbat) dan mengurangkan kekerapan  ”angina episode” .


3- Doktor telah menggunakan coQ10 untuk merawat kanser payudara dan prostat serta kesihatan sokongan kepada pesakit yang menjalani proses kimoterapi.


4- Meningkatkan pengeluaran insulin bagi pesakit kencing manis.


5- Membantu masalah berkaitan dengan gusi (periodontal disease) seperti gingivitis.


6- CoQ10 juga baik untuk kesihatan mental ie penyakit parkinson .


7- CoQ10 juga amat dicadangkan dalam program pengurusan berat badan dan masalah fatique.


8- Kesuburan lelaki, ia peningkatan jumlah sperma dan motalitas sperma.



(testimoni)

Sebenarnya saya sendiri baru berkesempatan mendalami produk CoQ Health Plus kerana kebetulan bulan ini Shaklee melancarkan promosi Beli 6 percuma 1 manakala pelancaran produk untuk pasaran Malaysia pun baru dibuat iaitu pada pada 8 Jun 2013 lalu.


Tak kenal maka tak cinta!  Setelah mengenali produk, saya kini berasa memang sudah  jatuh cinta dan tak sabar untuk mencubanya sendiri.


CoQ Health Plus ini memang satu keperluan kerana umur saya yang sudah meningkat dan produk ini dapat memberikan tenaga yang diperlukan kepada setiap sel-sel dalam tubuh apatah lagi sel-sel yang telah bekerja keras seperti jantung, buah pinggang, pankreas dll.




~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

21 Oct 2013

SET ECZEMA UNTUK ORANG DEWASA


Assalamualaikum…
Berita baik untuk mereka yang mempunyai athma (Athma), resdung (Sinus), alergi (Allergy), gegata (Hives) dan sakit kulit (Eczema).
Kami kini menyediakan set suplemen terbaru khas untuk anda yang mempunyai salah satu daripada lima simptom yang dinyatakan di atas, yang dikenali sebagai ASAHE set, iaitu set Alfalfa untuk penyakit 5 serangkai.
“ASAHE” bukanlah nama sebenar kepada penyakit 5 serangkai ini, tapi, kami namakan khas (agar mudah untuk diingati) merujuk kepada akronim penyakit 5 serangkai ini dalam bahasa Inggeris iaitu

Athma, Sinus, Allergy, Hives and Eczema.

Apakah vitamin yang sesuai?


Vitamin yang kami cadangkan ialah Vitamin C, B-Complex dan Alfalfa.
Mengapa?

  • Vitamin C – Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.
  • B-Complex – Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon.
  • Alfalfa – Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.
Siapa yang memerlukan set ini?
  • Individu yang mempunyai salah satu daripada penyakit 5 serangkai ini – athma (Athma), resdung (Sinus), alergi (Allergy), gegata (Hives) dan sakit kulit (Eczema)
    .

    Malah, ibu yang menyusu dan mendapati anaknya mempunyai salah satu daripada simptom tersebut turut digalakkan untuk mengambil set ini, agar nutrien yang diperlukan dapat di salurkan pada bayi anda melalui susu ibu. Selain intu, alfalfa juga sangat terkenal sejak dari dahulu lagi sebagai penggalak susu (galactagogue).


    Selain dari itu GLA COMPLEX, OMEGA GUARD, ESP  dan VITAMIN E turut membantu mengatasi ECZEMA anda..

    Fungsi setiap item membantu merawat ekzema:

    Gla : Masalah ekzema dan masalah kulit yang lain mungkin kekurangan GLA, jadi mengambil produk yang mengandungi GLA boleh memberi manfaat kepada mereka, kata UMHS. Memetik satu kajian, lebih daripada 1,200 pesakit ekzema dan dermatitis yang mengambil produk yang mengandungi GLA membantu mengurangkan gatal-gatal, edema, pembentukan kerak dan kemerahan. Kajian-kajian lain telah menemui ia dapat membantu untuk merawat ruam kulit yang berkaitan dengan alahan dan gatal-gatal.

Omega Guard: kandungan omega 3 di dalamnya akan mengawal keradangan kulit yang berlaku

ESP: serbuk soya yang tulen ini mengandungi protein tinggi dan mampu menghasilkan sel-sel kulit yang baru, juga meredakan alergik yang dihadapi anak yang menghidap ekzema

Vita E: akan membantu merawat luka-luka yang terjadi kerana ekzema dan kesan parut yang sangat minimum

JOM KITA TGK TESTIMONI INI









  • untuk luaran boleh sapu HERBAL BLEND


    sila hubungi wani untuk konsultasi pemilihan produk yang bersesuaian untuk anda..

    ~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

    Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

    Sms/whatsapp: 019-2833710
    Instagram: waniz_simple_shop
    Facebook: Noor Malawani
    Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
    Email: wanizvitamin@gmail.com
    Shaklee Id: 929525

  • SET ECZEMA UNTUK KANAK-KANAK


    Ekzema adalah keadaan kulit yang kering,kemerah-merahan dan gatal dan kadang-kadang Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis.Kawasan-kawasan yang paling terjejas di kalangan bayi adalah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

    Ekzema menjadikan ketahanan kulit tidak berfungsi dgn cara yang sepatutnya. Ini boleh membuat kulit bayi atau anak anda adalah lebih mudah terdedah kepada jangkitan dan alahan yang boleh membuat keadaan menjadi lebih teruk.

    Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila kulit semakin mengering.Kulit mereka akan menjadi sangat gatal dan sekiranya digaru berulang-ulang, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam.
     

    Kanak-kanak yang menghidap Ekzema ada yang sangat sensitif pada bahan kimia seperti syampu, pelembut kain, sabun dan lain-lain lagi.Bahan tersebut boleh menjadikan ekzema tersebut menjadi lebih teruk. Terdapat juga mereka yang sangat sensitif  kepada bahan tertentu seperti nikel dalam barang kemas. 

     Ekzema tidak boleh diubati, tetapi ia boleh dikawal dengan rawatan yang betul.

    Mungkin ini berita sedih.Tapi, wani yakin,  semua penyakit pasti ada penawarnya.So, parents, jgn Give up ok?teruskan usaha anda membantu anak anda menjalani kehidupannya dengan lebih baik, in shaa Allah.

    Di dalam Shaklee, kami ada menyediakan set cadangan untuk mengurangkan masalah Ekzema anak anda.



    Alhamdulillah, sudah ada parents yg sangat berpuashati dengan Set utk mengatasi Eczema di kalangan kanak-kanak ini.
     Parents yang berminat untuk mencuba, boleh contact wani directly k?

    ~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

    Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

    Sms/whatsapp: 019-2833710
    Instagram: waniz_simple_shop
    Facebook: Noor Malawani
    Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
    Email: wanizvitamin@gmail.com
    Shaklee Id: 929525

    19 Oct 2013

    HERBAL BLEND UNTUK KULIT ANDA

    Herbal Blend Multipurpose Cream


    Cream ini adalah cream kulit yang serbaguna yang boleh dipakai pada kulit sesiapa sahaja. Bayi sangat disyorkan menggunakan cream kulit serbaguna ini bagi mengatasi masalah eczema, gigitan nyamuk, ruam-ruam dll. 


    Dipekkan sebanyak 4oz dalam 1 botol membuatkan ianya antara cream kulit yang sangat berpatutan harganya dan yang penting berbaloi dari segi pemakaiannya. Semua ahli keluarga boleh menggunakan cream ini tambahan cream ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia, selamat dan berkesan.



    Herbal Blend Multipurpose Cream ini diformulakan daripada ekstrak semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Cream ini bersifat dingin, bermentol dan tidak berminyak dan melekit. Herbal blend juga telah diuji secara klinikal di mana cream ini dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

    Dan banyak lagi kebaikan Herbal Blend Multipurpose Cream ini antaranya:



    1. Ruam

    2. Luka kecil

    3. Calar

    4. Demam (sapu keseluruh badan suhu akan turun)

    5. Eczema

    6. Masalah kulit gatal /


    7. Menghilangkan parut

    8. Melembutkan kulit yang kasar

    9. Elokkan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

    10. Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak. 


    11. Memecahkan lemak /Pembuangan Angin dengan cara urutan terutama pada bahagian perut


    12. Losyen kegunaan harian

    13. Menghilangkan parut, termasuk campak dan chiken pox

    14.dan lain-lain lagi

    Kena cuba dahulu! Anda pun akan jatuh cinta pada cream kulit ini seperti pengguna Herbal Blend Multipurpose Cream yang lain.. Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

    Sms/whatsapp: 019-2833710
    Instagram: waniz_simple_shop
    Facebook: Noor Malawani
    Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
    Email: wanizvitamin@gmail.com
    Shaklee Id: 929525

    18 Oct 2013

    CARA NAK PRINT SCREEN SEMUDAH A.B.C

    Selamat Malam semuaa.. haaa feeling cam ramai je nak baca blog mak ni.. hehehe.. malam nie nak bagitau wani dah pandai wat print screen.. hahaha.. orang lain dah berjanggut buat.. saja nak kongsi.. sambil tu kalau wani lupa leh la bukak balik entry nie.. kan kan.. okey firsttt...

    1. Buka siap-siap "paint" anda..tak tahu mana nak cari?tengok macam gambar di bawah

     Klik button yang paling bawah sebelah kiri laptop..then tgok ada "paint"..openlah..


    2. Sekarang, ready "benda" yang korang nak print screen tu..contohnya, nak print screen komen kat fb kan kan kan..ready buat macam ni..maksudnya, adjustlah screen tu untuk tangkap gambar screen tu..




    3. Klik button kat keyboard dengan menggunakan 3 jari anda secara serentak iaitu button "Ctrl" + "Alt" + "PrtSc SysRq"..

    button "prtSc SysRq" tu ada kat bahagian yang macam wani tanda guna star tu..hehehe

    4. Dah siap klik 3 button tu selama 3 saat, bolehlah buka "Paint" tadi dan klik "Ctrl" + "V"..Gambar yang anda nak tadi dah keluar..
    haaaa..kecilkan dulu saiz tu macam saiz hujung sebelah kanan gambar atas ni..then, baru senang nak crop..
    5. Dah siap..Anda bolehlah "Save"..
    Selamat Mencuba !!


    17 Oct 2013

    JOM CANTASSS LEMAKK BERSAMA SHAKLEE..

    Assalammualaikum... rasa tak lambat lagi nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat islam.. pejam celik masa beranjak dengan pantas sekali.. tup-tup dah 6 bulan wani tak makan burger selepas bersalin.. hehehhe.. entry tak de kene mengenaa.. malam tadi punya laaa mengidam nak makan burger, mencari-cari dicelah-celah kampung.. cari burger yang terbaik.. akhirnyaa jumpaaaa... TQ manyak-manyak incik suami.. layannnn kan je laaa tekak bini ni. wani kalau order burger suka mintak kobis banyak-banyak..hehe.. burger daging dengan double cheeseeeeeee..





    wahhh... ohhsemmm kannn.. tapi gambaaa ni wani amik kat cik google je.. gambooo sebenar tak sempat nak snap. sampai umah terus makan.. tau-tau licinnnnnn.. tapi gamba die sama cam kat atas ni.. cuma malam tadi cheese habisss.. so order yg biasa punye je laaa.. Alhamdulillah... kenyanggg..

    Dah habis makan cepat-cepat telan sebiji omega  dan 2biji lecithin.. maklum la.. pas beranak no.2 ni badan turun naik turun naik.. so nak maintain kena la rajin-rajin makan vitamin.. untuk ibu menyusu macam wani ni pon boleh ambil.. wani pun masih fully BF kat baby.. tak de kesan sampingan pada baby malah sangat bagus untuk mereka..



    OMEGA GUARD
    dan LECITHIN adalah pilihan terbaik untuk membantu proses bakar. Omega Guard mampu membuatkan anda rasa kenyang lebih lama. Dimana ia berfungsi sebagai agen yang mampu membuatkan anda kurang selera makan selain daripada membantu memecahkan lemak.


    Lecithin pula, berfungsi sebagai pelarut kolestrol dan lemak-lemak tepu yang lain. Lecithin menyebabkan lemak terapung dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat semula pada badan.

    untuk detox pula wani ambil alfalfa 2biji.. herblax ambil 1minggu sekali je sebab menyusu anak..



    HERBLAX ATAU ALFALFA
    Proses Detox sangat penting untuk semua yang nak turunkan berat badan. Untuk anda yang masih tak tahu apa itu proses Detox, Detox ni adalah satu proses untuk membersihkan usus. Melalui proses detox ni, segala toksin dalam badan, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus akan dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

    Selepas kita membersihkan usus kita, barulah segala nutrien yang baik akan mudah di serap kedalam badan pada tahap maksimum. Jika anda mengalami masalah sembelit, HERBLAX adalah pilihan terbaik. Tetapi,  HERB-LAX tidak sesuai di makan oleh ibu yang menyusukan bayi. Tapi jangan risau..ibu menyusu tetap boleh melalui proses detox yang lebih lembut dengan penggambilan ALFALFA

    Ibu yang menyusu boleh dapatkan lebih maklumat dan cara pengambilan yang lebih berkesan selepas pembelian dari wani. Wani akan syorkan yang terbaik untuk anda..Apabila usus dibersihkan dan dicuci sepenuhnya, ini dapat mengelakkan perut buncit. Selain daripada memudahkan penghadaman.


    Nak hasil yang lebih ohsemmmm..?? Jom cuba SET SLIMMING SHAKLEE..
    wani akan guide cara pemakanan vitamin.
    Mana yang dok area Puchong, kampung kenangan, kampung sri puchong, kampung sri aman dan yang sewaktu dengannyaa boleh la COD di area berdekatan wani.. apalagiii.. meh pm wani untuk dapatkan maklumat lanjut.. terimaaaa kasihhhh...


    ~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

    Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

    Sms/whatsapp: 019-2833710
    Instagram: waniz_simple_shop
    Facebook: Noor Malawani
    Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
    Email: wanizvitamin@gmail.com
    Shaklee Id: 929525



    12 Oct 2013

    KENAPA NUTRIFERON SHAKLEE HARUS ADA DI SETIAP RUMAH ANDA..?





    Kenapa wani kata Nutriferon ni harus ada kat rumah...? terutama yang mempunyai anak dan mementingkan kesihatan badan.. maklum la sekarang ni dah bermacam jenis penyakit.. Demam...Selesema..Batuk... virus H1N1, Bakteria, Kuman, Penyakit berjangkit, ... semua ni bukan perkataan baru.. imun badan kita nie berbeza setiap orang.. ada yg kuat ada yang lemah..


    Dan apa pula tugas sistem imuniti dalam badan kita?.....bekerja keras melawan musuh2 tu semua.... Orang kata jangan menyerah sebelum berjuang..betul tak? Dan kalau nak menang dalam perjuangan @ peperangan pun semestinya bergantung dengan kekuatan tentera2 dan senjata2 yang berkualiti..

    Sebab tu saya kata ...h
    atta makan supplemen pun pasti once a while kene serang demam,selsema.. betul tak?Cuma kekerapan tu bergantung dengan sejauh mana kuatnya sistem imuniti kita...sejauh mana kuatnya askar2 dlm bdn kita..Jadi apa kita nak kasi kat sistem imuniti kita ni..takkan biarkan begitu sahaja..Maka mari saya kenalkan Immune Booster...atau lebih dikenali sebagai Nutriferon.... JOm baca soal jawab tentangnya...
    (fakta2 dipetik dari shaklee website)


    • Apa itu Nutriferon?
    ~~~~~Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
    • Sejarah Nutriferon..siapa yang menciptanya
    ~~~~Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.

    • Siapa yang perlukan Nutriferon?
    Sesiapa sahaja yang selalu demam / rendah sistem imun dan sebarang penyakit yang berkaitan dengan imuniti/antibodi seperti flu,demam,cancer,asma... tetapi harus diingat yer yang produk ini
    tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh sebarang jenis penyakit. Ajal maut ditangan Tuhan..kita sebagai manusia hanya berusaha dan berikhtiar..

    • Bagaimana ia bertindak?
    ~~~~~ Nutriferon bekerja dalam dua cara~segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan
    • Beri saya 5 sebab kenapa perlu beli nutriferon?

    1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-

      Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
    2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-

      Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
    3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-

      Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
    4. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-

      NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
    5. 40 tahun kajian-

      S
      etelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.
      Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.


    Sumber asal : SINI
    Dan seperti biasalah..saya suka meletakkan atau berkongsi testimoni2 mereka yang dah teruja dengan Immune booster ni.. Jom baca apa kata sollehatun...
    Nak cerita pasal Nutriferon pulak. Tujuan saya ambilnya ialah untuk tingkatkan tahap imun badan saya. Dalam masa yang sama saya masih menyusu badan sepenuhnya. Disamping tu jugak, Amni selalu jugak la selesema (anak2 yang di hantar kat Taska, memang la senang terkena demam, selesema, batuk & pelbagai penyakit berjangkit). Alhamdulillah, selepas saya ambil 3 paket Nutriferon, saya dah boleh nampak perubahan yang positif. Kebetulan pada masa saya mengambil Nutriferon tu Amni memang tengah selesema. Dalam 4 hari, selesema Amni dah kering. Sehingga kini, saya terus mengamalkan Nutriferon tu 1 paket seminggu dan Amni dah kurang kurang sangat la terkena selsema.

    ~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

    Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

    Sms/whatsapp: 019-2833710
    Instagram: waniz_simple_shop
    Facebook: Noor Malawani
    Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
    Email: Wanizvitamin@gmail.com
    Shaklee Id: 929525


    ~DISCLAIMER~

    Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


    Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.