31 Oct 2013

PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA

Assalammualaikum.. Semenjak dua tiga menjak nie wani tengok ramai lak yang mengandung.. Musim mengandung kot.. hehe.. Rinduu pulakkksss nak rasa perot tendang-tendang.. tapiiii nanti dulu la..Bagi anak-anak ni manja lama skit. hehe.. Paling tidak ku lupakan adalah saat genting nak bersalin.. BERSALIN ITU INDAH, bukan menakutkan ye. Wani sanggup melalui proses bersalin tu sampai 10kali pon wani tetap akan cakap BERSALIN ITU INDAH.. Ibu-ibu yang pernah merasa pasti tahu rasanya bila pertama kali melihat si anak yang dikandung selamat lahir ke dunia..

http://2.bp.blogspot.com/-nzDI7JUBOho/TzNzyaGWcgI/AAAAAAAABeI/BsiOF-FWInc/s320/birth+delivery.jpg

Haaaa.. kasik semangat skit ibu-ibu nak meneran nanti. Cover cun tau nak terann.. haha.. Tak de maknanyeee.. Dah sakit tu mmg tak ingat ape dah, lantakk p laaa..  Kedua-dua anak wani bersalin di Hospital Serdang. Hospital kerajaan je.. Tu la paling dekat la dengan rumah.. Alhamdulillah.. layanan mereka baik je pada wani.. Mungkin wani tak banyak songeh sangat kot. Kalo sakit panggil suami bukan nurse... hehe..

Kedua-dua anak wani kene induce, dua-dua tak mo keluar ikut date.. Dua-dua induce pada 41minggu 4hari camtu. Induce pada waktu subuh..kul 6.15 pagi, kul 8-9pagi perut dah start mengelodak dahh.. Masa anak sulong tu wani zero bab meneran, cuma orang cakap jangan angkat punggung je la. Satu lagi teran cam nak membuang bukan teran kat leher sampai merah muka..


BERSALIN ANAK PERTAMA



Selepas induce pada pukul 6.15pagi, kita dilarang pegi kencing atau berak. Kene tunggu kat katil selama 2jam kemudian baru boleh berjalan sebab takut ubat induce tu keluar balik. Sakit ke induce tu..? tak rasa ape pon.. tau-tau je doc cakap dah induce dah.. hehe.. Pukul 9 pagi dah terasa sakit bahagian perut., pastu rasa loya. Wani kerapkan berjalan je keliling wad tu dengan suami supaya jalan cepat buka..

Pukul 12
pm doc suh check lagi nak tengok bukaan dah brape cm sebab jika masih belom buka, mereka akan induce kali kedua..huhu.. Seram aihh.. Sebab tu la wani tawaf wad tu berkali-kali.. Takut kena induce lagi sebab time tu dah sakit-sakit. Nak kena seluk lagi nyeriii rasanya. Check kul 12 tu wani dah 3cm,so doc ckp tak yah induce da.. Alhamdulillah, tunggu je la sampai nak bersalin nanti..


Wani jalan-jalan tawaf wad sampai la rasa sakit ya hamattt. Pukul 10 malam wani ditolak masuk ke labour room sebab bukaan dah 4cm. Masuk dalam labour room tu dorang pecahkan air ketuban, tak sakit pon.. tak rasa apee.. Jadi bermula contraction kaw-kaw gaban selepas air ketuban dipecahkan. Suami pon dipanggil masuk selepas dah pecah ketuban.. Sakit tak contraction.. ? sakitttt laa wehhh.. hahaha.. Rasa cam nak gigit besi katil tu. Doc cakap anggaran bersalin kul 4-5pagi... Whatttt...??? laaaa ni cam nak terputuss urat kata kul 5pagi baru bersalin.. sebab doc cakap anggaran bukaan 1cm =1jam..


Maka satu malam tu suami teman sambil dialunkan suara isteri yang resah gelisah serba tak kene. Wani kene masuk air kat tangan sebab bukaan lambat, so nak bagi contraction lagi kaw-kaw kene la masuk air.. haduhh.. Bertambah sakit.. Dipendekkan cerita pukul 3pagi wani dah terasa sakit tu bertukar cam nak terberak.. hehe.. maaf la gaya penulisan agak kasar.. hehe.. Doc check wani dah 7cm. Doc cakap jangan teran dlu nanti kepala baby bengkak sebab bukaan masih 7cm.. Nukaan sedia untuk bersalin adalah 10cm.

5minit kemudian wani rasa sakit  nak terberak tu cam kaw-kaw punya.. panggil doc.. Doc pakar yang masuk.. Lemah lembut je..

 "Jap ye saya check dlu ye puan.."
"Oohhh dah nampak rambut baby.. haaa dah boleh teran.. "
Perasaan wani time rasa nak sebut horayy sambil meloncat.. hehe.. Disebabkan tidak berpengalaman bab teran nie, wani meneran hampir setengah jam.. jenuhhhh.. tepat jam 3.24pagi, maka lahir la puteri sulongku LAILA AZ ZAHRA seberat 3.45kg.. Gambar kat bawah ni selepas beberapa jam selepas dilahirkan..









Haaa.. mau tak nampak rambut, sekali keluar cam pakai rambut palsu dah.. haha..Pukul 3.24pagi bersalin,  Pukul 7.30 naik wad,pukul 5.30 petang boleh balik da. Alhamdullillah... Kami anak beranak sihat walafiat.. Seronok mengenang kembali saat pertama kali mendakap dan menyusukan LAILA dalam labour room.. 3tahun menunggu zuriat, akhirnya di izinkan ALLAH untuk merasai nikmat menjadi seorang ibu...Alhamdulillah Ya Allah.. dan kini Laila berusia 2tahun 3bulan.. my anak dara..




Bagi sesiapa yang masih menunggu zuriat wani nasihatkan supaya anda tidak putus asa.. Baik dari segi zahir ataupun batin.. Mohon pada Allah tanpa keluh kesah.. Wani juga ingin cadangkan SET KESUBURAN SHAKLEE.. Usaha la.. baik moden atau tradisional..Wang ringgit bukan ukuran bila dah melihat janin berada dalam rahim kita. Lebih indah bila tubuh sikecil tu dalam pelukan kita. Sungguh... Hanya Allah mengetahui betapa bersyukurnya kita diberi kesempatan ini. InsyaaAllah wani akan kongsikan tips pada customer wani.Salam sayang untuk semua.. Terima kasih sudi membaca.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

No comments:

Post a Comment

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.