26 May 2014

PENGALAMAN KEGUGURAN..



Assalammualaikum.. Buka facebook setiap hari ada je org mengandung.. seronok tengok ibu-ibu yang hamil anak sulong ni.. excited ko nokss..tapi ada juga yg update kata mengalami keguguran.Wani nak ceritakan sedikit tentang pengalaman wani masa keguguran..Pertama kali ke klinik scan nampak dah baby dalam rahim walaupon bulat je.. keluar dari bilik doctor wani terus menangis.. dah lebih 2tahun kawin.. beli kit pregnancy test tu dah berpuluh dah.. Rasa terharu sangat sebab boleh mengandung..huhu.. maklum la.. pedih tadah telinga org dok tanya-tanya..

Tapi wani gugur ketika 3bulan sebab baby tak berkembang..Itu yang doc cakap la.. bila scan 2bulan, perkembangan die cam baru 1bulan.. Genap masuk 3bulan wani turun darah macam period tu.. Time tu wani otw balik dr Johor.. Baru sampai kat Melaka.. Mungkin gegar masa naik kereta juga. Dalam hati dah rasa dah.. Anak aku dah tak de..

Sampai je kat rumah, terus pegi klinik.. Doctor kata tinggal kantung baby je.. baby dah tak de.. Masa scan tu nampak bulan je.Doc cakap sbb awak dah turun darah die akan keluar sendiri dlm masa seminggu.. Luluhnya hati ni Allah je yang tahu.. otw balik dari klinik wani dah nangis.. suami dok pujuk je la..Balik rumah wani terus beli jamu makjun org kampung punye..Time ni belom kenal lagi dengan shaklee.. hehe.. pukul 12 tengah malam perut memulas2.. sakit setiap jam.. macam contraction.. tak sangka hanya kantong pon sakit jugak..

Esok pagi wani cakap dgn suami suruh amik cuti.. sbb wani dah rasa sakit sangat.. Tepat jam 12 tengahari, wani masuk bilik air dan teran sekuat hati.terus keluar kantungnye.. kecik je.. besar 2jari la.. lain semua hancur-hancur..terus hilang rasa sakit.. bagi mereka yang mengalami keguguran sila tanam ye lebih-lebih lagi yang dah nampak cam bentuk baby..Lepas tu wani terus berpantang.. 30hari.. sepatutnya 44hari.. tapi air sejuk tak sentuh dlu.. wani urut 3hari, bertungku, pakai stokin sume.. makan makanan cam org berpantang juga..

"Ala gugur je pon, tak yah pantang pun tak pe" itu ayat yg wani penah dengar.. wani ni org jawa..dari kecik wani dah diajar displin tentang berpantang..ada yang cakap lagi tak jadi(gugur) lagi kene jaga..ini masing-masing la.. nak buat tak nak sudah.. tak de sapa paksa.. kita sendiri yg nak sihat kan.. Satu lagi, rasanya dah bertahun tak makan kangkung.. Kangkung tak de dlm menu walaupon dah turun harga.. hehhehe.. kangkung cepat tangkap bahagian urat.. bahayaa ooo.. Ramai juga yang bagitau kat wani mereka juga tak makan kangkung..

Pernah satu hari Tuan rumah  berdengkot-dengkot, terhinjut-hinjut berjalan. Dia bagitau wani yang die makan kangkung, esok hari terus sakit dan bengkak urat kat kaki.. nak solat pon susah katanya.. wani cadangkan Ostematrix.. Allahamdulillah die cakap dah boleh sujud dah..  Die terus konsisten makan..rasanya dah 5-6botol dah die beli ostematrix kat wani..

Lagi satu ada yang cakap kalau tak jaga masa pantang nanti susah nak lekat. Itu yang paling wani takut. Dah la gugur anak sulong.. takut la lambat lekat lagi.. maklum la dah 2tahun lebih kawin..Doctor nasihatkan atleast biarkan 2bulan rahim kosong supaya rahim lebih kuat dan bersedia. Alhamdulillah.. Selang 4bulan wani di sahkan hamil lagi..^______^

cerita Pengalaman Hamil Anak Sulong di next entry ye.. trima kasih sudi baca kisah tak seberapa ni..hikhik

sebarang pertanyaan tentang produk shaklee boleh hubungi wani ye..


~ INDEPENDENT DISTRIBUTOR~

~ INDEPENDENT DISTRIBUTOR~

~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

24 May 2014

MAKAN SHAKLEE BOLEH SAKIT JUGA KE?

Assalammualaikum.. haii.. jarang bebenor nak hapdet blog ni..bz kalah menteri.. hehe.. semua itu alasannnn..  okey la.. wani ada juga terima soklan2 cepumas dr kawan2 sendiri..kadang2 baca status kawan yg kene perli dgn soklan gini..

"hai makan shaklee pon boleh demam"
"makan shaklee pon sakit lagi ke"

ini antara soklan die.. kadang2 kita kat fb cakap anak sakit la, demam la.. ada pulak yg tanya gitu.. gini je la jawapannya.. makan la apa pun jenis supplement..baik shaklee ke, ape je la. adalah sgt mustahil kita tak kene demam/sakit kan.. wani pon kadang demam gak.. senggugut pon kadang dtg singgah..cuma bezanya wani dan sekeluarga tidak lagi bergantung ubat doctor seperti panadal, ponstan dan lain2.. contoh dlu mungkin setahun 10kali demam.. start makan shaklee kurang skit dalam setahun 4kali ke..gitu.. cuma bila demam wani minum Performance Drink.. Selsema wani makan vitamin c.. batuk kahak wani makan Omega Guard..semua ada keperluan masing2 .. bukan lah wani cakap shaklee ni menyembuhkan.. Shaklee adalah asbab shj.. ALLAH jua yg memberi kesembuhan.. bukankah demam atau sakit itu ujian dan penghapus dosa kita..? kenapa perlu kita pertikaikan..

Wani bukan la sentap ke apa.. cuma nak jelaskan kenapa kita tidak boleh sesuka hati berkata sedemikian..
Dari tanya wani kenapa boleh demam, kenapa boleh sakit..? jawapan wani kenapa tidak tanya terus dgn Allah..? bukankah setiap yg berlaku dgn IZINNYA..? begitu juga yg masih belom hamil.. dah 1tahun berkahwin.. berduyun2 org dok tanya bile lagi nak ada anak.? jgn tanya kita.. tanya lah Allah.. Allah tu sebaik2 perancang.. ada hikmah setiap sesuatu kejadian.. lambat atau cepat tu urusan NYA.. kita..? bukankah lebih baik kita mendoakan..

Begitu juga kalau sakit.. kita sakit utk dihapuskan dosa2 kecil.. kadang2 suami tegur wani.. jgn mengeluh atau mengaduh sakit.. Allah beri itu utk kebaikan kita juga..Allah bagi sakit, dah kita pula doa mintak ya ALLAH sembuhkan la sakit ku, aku tak tahan... aduhai..saat kita sihat dan senang, memuuji ALLAH.. berzikir bagai.. saat Allah nak uji kita, zikir hilang tah ke mana.. malah merayu mohon kesembuhan.. Allah uji kita sakit sikit.. dah kita nak sembuh cepat.. baik mohon diberi kekuatan dan kesabaran.. redha dgn setiap yg berlaku..ada ganjaran disetiap ujian..bile berdoa kita bersungguh ingin syurga, ingin mati dalam khusnul khotimah tapi bile diuji kita mengeluh, kita tak sanggup.

"Engkau meminta syurgaKU tapi engkau tidak memberi kelayakanmu utk syurgaKU.."


Maaf la terpanjang lebar melalut kelaut.. cuma kadang2 wani malu.. malu dgn Allah... semoga kita tidak lalai dan leka..maaf andai ada yg tersinggung dgn kata2 wani.. kata2 itu lebih mengingatkan diri sendiri..


~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525


18 May 2014

UPDATE: VIT C CHEWABLE SHAKLEE KINI KEMBALI PADA 15 MAY 2014

Assalammualaikum.. Selamat sejahtera. Dah beberapa bulan stock CHEWABLE VITA C shaklee ni habis stock satu Malaysia. Akhirnya beberapa hari lepas shaklee hantar sms cinta kata  dah hado stock. Pagi-pagi katak bangun, mandikan anak-anak. Settlekan rumah.. Pukul 9 dah keluar rumah pegi ke HQ shaklee kat subang kerana tak mahuuu lagi habis stock.. huhu.. sangat hottt u knoww..


Bentuk bulat-bulat comei gitu, mesra dikunyah begitu saja.. hehe. Kalo anak-anak wani demam dan selsema, wani akan bg 2 biji. Air masak kene minum lebih banyak la.. Alhamdulillah mesti esok hari dah okey. Kalo batuk berkahak wani bg OMEGA GUARD sebiji.. Hanya utk anak setahun keatas sahaja ye sebab itu pentingnya konsultasi dari pengedar untuk tahu sukatan setiap produk dan kesesuaian pada customer..

Orang dewasa pon boleh makan juga Chewable Vita C ni. Share satu family. Nak telan saja pon boleh.. Makan Vita C 500mg SR( sustained relased).. Vitamin C Shaklee, adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.

Kegunaan vitamin C dalam kehidupan kita. 

  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.


Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan


16 May 2014

I LOVE SHAKLEE

Assalammualaikum.. selamat malam.. pesai pa lak i love shaklee tetiba..? ye la kang tulis i love my husband muntah hijoo kang.. hehe.. Alhamdulillah baru saja selesai meeting online bersama leader hebat shaklee kami..malam-malam meeting pakai kain batik je pon boleh.. tak de sape marah.. suami pun senyum je.. tak perlu nak hantar pegi mana-mana..dok je depan mata..seronok jadi surirumah.. sume depan mata.. nak tak nak je..

Ape yang nak tak nak..? ye la sambil-sambil dok rumah tu boleh la bantu suami sikit-sikit.. duit poket nak beli tudung pareedah ke..kikiki.. selendang dok lilit-lilit sampai terbelit ke ikot la mana kita suka.. niat wani join shaklee memula nak buat makan sendiri je.. pahtu cam best lak.. lagi pon dok rumah hadap pesbuk tak de dapat paedah pape pong.. baik la meniaga sikit.. ala tak pe, sebulan dapat rm200 pon okey.. itu la mula-mula wani cakap dgn suami.. suami kata okeyyy.. ikot laa.. janji mak bahagia nokss.. kiki

Bila dah cecah rm200, cakap dgn suami ala buat lebih skit la.. dapat rm500 ckup la.. haaa tamak sudahh.. seronok bila dapat bantu suami.. dapat beli pampers anak sikit, beli baju skit, blanje suami makan.. yang penting sedekah jgn lupa.. itu pesan guru.. sikit atau banyak belakang kira.. hatta rm1 jika ikhlas demi Allah pasti Allah suka..Tahu lah DIA mengaturkan rezeki kita..

Sambung balik cite, bile dah cecah rm500 nak rm1000 lak.. nak rm2000 lak.. nak rm3000 lak..sapa kata surirumah tak boleh jana pendapatan dari rumah..? yakin la pasti boleh jika anda gerakkan langkah.. sangat bersemangat bersama group leader kami..pasti tidak menyesal.. jom sertai wani and the geng.. SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR.. wani akan tunjuk cara..

~ INDEPENDENT DISTRIBUTOR~

~ INDEPENDENT DISTRIBUTOR~

~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

6 May 2014

HUKUM MENYUSUKAN ANAK SEWAKTU HAMIL..ADAKAH BOLEH ATAU TIDAK?

credit
Noorfazila Abdul Rahman
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
Kebelakangan ini sy byk dihujani pertanyaan berkenaan isu ini..sejujurnya perkongsian seperti ini memerlukan sy untuk 'study' lebih lagi kerana ianya di luar pengalaman sy..berdasarkan ilmu yg sy perolehi dari kelas penyusuan sebelum ini, carian maklumat dan hasil pembacaan sy.. ini yg sy perolehi..diharapkan artikel ini memberi jawapan pd persoalan tersebut..


sy akui ramai ibu yang tidak mempunyai sebarang masalah dengan keadaan tersebut tetapi tertekan dgn desakan "bijak pandai" di sekeliling mereka membuatkan proses penyusuan ketika hamil mengganggu emosi mereka..sebaiknya minta pandangan Doktor atau Pakar Laktasi berhubung perkara ini..apa yg sy tahu selagi ibu sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah atau sejarah komplikasi kehamilan sebelum ini boleh meneruskan penyusuan seperti biasa cuma perlu bersedia mental dan fizikal kerana kemungkinan lain akan berlaku..in sya Allah sy akan terangkan selanjutnya dalam point seterusnya..



Bagaimanapun, anda perlu bersedia dengan kemungkinan2 seperti ini :- 
  1. Anda akan berasa sedikit letih dan kurang bermaya terutama jika sedang 'mabuk'..sebaiknya berehatlah secukupnya..pastikan diet harian anda di ambil sebaiknya dan jangan skip mengambil menu sihat, cukup zat dan seimbang..pastikan air juga diminum secukupnya..
  2. Ada ibu yg berasa sakit/ngilu pada puting sewaktu anak menyusu..ini kerana puting akan menjadi lebih sensitif sewaktu hamil..kebiasaannya perkara ini berlaku di awal penyusuan dan beransur hilang selepas itu..pastikan anak menyusu dlm posisi yg tidak mendatangkan ketidakselesaan kepada anda.
  3. Paling penting bersedialah untuk menghadapai fasa 'KEMERUNDUMAN'..adalah normal jika ibu dapati hari demi hari penghasilan susu akan semakin kurang dan terus berkurangan..ada ibu yang terus 'kering susu'..jangan panik kerana anda tidak salah sebaliknya ia berlaku secara semulajadi kerana perubahan hormon ketika hamil..waktu ini anda tidak perlu buat power pumping kerana penghasilan susu tidak dapat ditingkatkan seperti biasa..
Anda juga perlu tahu bahawa :-
  1. Penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya.
  2. Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu.
  3. Penghasilan susu (Fasa Laktogenesis 1) untuk baby dlm kandungan telah bermula dr awal lagi..dan penghasilan kolostrum bermula dari trimester kedua kehamilan..hikmahnya kerana ada bayi yg dilahirkan sewaktu usia kandungan memasuki trimester kedua..jadi Allah Yang Maha Bijaksana mempersiapkn bekalan untuk anak manusia pada waktu yg sepatutnya..di fasa ini rasa susu juga akan berubah..kebanyakan anak yg menyusu akan bercerai susu dengan sendirinya..bagaimanapun ada juga anak yang meneruskan kehamilan sehingga hujung kehamilan.
  4. Setakat ini, masih tidak terdapat kajian yg mengesahkan bahawa ibu yang menyusukn anak sewaktu hamil berisiko untuk melahirkan anak yang kekurangan zat yg sepatutnya diterima..ini merupakan mitos semata2. Ini kerana ciptaan Allah swt ini hebat dan badan akan menghasilkannnya mengikut priority. pastikan ibu mendapat rehat yg cukup dan makan makanan yg berkhasiat sepanjang tempoh ini.
  5. Setakat ini juga tiada lagi pertembungan atau perbalahan pendapat di antara ulama jika benar penyusuan ketika kehamilan benar-benar memberi mudarat kepada bayi yang dikandung.
Bagaimanapun, terdapat ibu yang berisiko untuk meneruskan penyusuan ketika hamil..anda di nasihatkan untuk tidak melakukannya jika anda :-
  1. Ibu yg pernah melahirkan bayi pra matang
  2. Hamil kembar
  3. Pernah keguguran
  4. Kehamilan yang berisiko tinggi
  5. Mengalami komplikasi sewaktu kehamilan terdahulu seperti pendarahan ketika hamil
  6. Di akhir fasa kehamilan, jika anda menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan ( ia patut diberi perhatian kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang )
Menurut kajian, tindakbalas oksitosin terhadap rahim untuk memulakan kontraksi tidak berlaku sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. Maka, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat, dan ibu2 tak perlu tergesa2 menghentikan menyusukan anak sebaik mengetahui yg diri mengandung. Namun begitu, amat penting bagi ibu2 yg berhasrat ingin meneruskan penyusuan (Tandem Nursing) mengambil kira perkara2 dibawah bagi menjamin perkembangan kandungan yg sempurna, kesihatan ibu, dan emosi anak yg menyusu :-
  1. Sejarah perubatan
  2. Doktor mengesahkan yg kandungan anda berada dalam keadaan baik dan boleh meneruskan penyusuan
  3. Tahap keselesaan fizikal dan emosi
  4. Usia anak dan keperluan penyusuannya (Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya.
  5. Pengambilan makanan yg berkhasiat
  6. Mendapatkan berat badan yg sesuai/ideal
  7. Mempunyai dan menikmati masa rehat yg mencukupi

DARI SEGI HUKUM

Dari segi hukum Islam tidak melarang ibu untuk terus menyusukan anak dengan susu ibu walaupun selepas disahkan mereka hamil seperti maklumat berikut :-

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya.


Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

#INFO TAMBAHAN
  1. Jika anak masih di bawah umur 2 tahun dan mempunyai masalah tidak mahu menerima susu formula atau masalah kesihatan lain seperti eczema atau alaham sebagai ganti sebaiknya bincanglah dengan suami untuk mencari ibu susuan. Pastikan mereka makan makanan berkhasiat dan elakkan mereka makan makanan proses.

SALAM PENYUSUAN SUSU IBU
Noorfazila Abdul Rahman
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor


~ INDEPENDENT DISTRIBUTOR~

~ INDEPENDENT DISTRIBUTOR~

~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.