credit
Noorfazila Abdul Rahman
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
Kebelakangan ini sy byk dihujani pertanyaan berkenaan isu ini..sejujurnya perkongsian seperti ini memerlukan sy untuk 'study' lebih lagi kerana ianya di luar pengalaman sy..berdasarkan ilmu yg sy perolehi dari kelas penyusuan sebelum ini, carian maklumat dan hasil pembacaan sy.. ini yg sy perolehi..diharapkan artikel ini memberi jawapan pd persoalan tersebut..
sy akui ramai ibu yang tidak mempunyai sebarang masalah dengan keadaan tersebut tetapi tertekan dgn desakan "bijak pandai" di sekeliling mereka membuatkan proses penyusuan ketika hamil mengganggu emosi mereka..sebaiknya minta pandangan Doktor atau Pakar Laktasi berhubung perkara ini..apa yg sy tahu selagi ibu sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah atau sejarah komplikasi kehamilan sebelum ini boleh meneruskan penyusuan seperti biasa cuma perlu bersedia mental dan fizikal kerana kemungkinan lain akan berlaku..in sya Allah sy akan terangkan selanjutnya dalam point seterusnya..
Bagaimanapun, anda perlu bersedia dengan kemungkinan2 seperti ini :-
DARI SEGI HUKUM
sy akui ramai ibu yang tidak mempunyai sebarang masalah dengan keadaan tersebut tetapi tertekan dgn desakan "bijak pandai" di sekeliling mereka membuatkan proses penyusuan ketika hamil mengganggu emosi mereka..sebaiknya minta pandangan Doktor atau Pakar Laktasi berhubung perkara ini..apa yg sy tahu selagi ibu sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah atau sejarah komplikasi kehamilan sebelum ini boleh meneruskan penyusuan seperti biasa cuma perlu bersedia mental dan fizikal kerana kemungkinan lain akan berlaku..in sya Allah sy akan terangkan selanjutnya dalam point seterusnya..
- Anda akan berasa sedikit letih dan kurang bermaya terutama jika sedang 'mabuk'..sebaiknya berehatlah secukupnya..pastikan diet harian anda di ambil sebaiknya dan jangan skip mengambil menu sihat, cukup zat dan seimbang..pastikan air juga diminum secukupnya..
- Ada ibu yg berasa sakit/ngilu pada puting sewaktu anak menyusu..ini kerana puting akan menjadi lebih sensitif sewaktu hamil..kebiasaannya perkara ini berlaku di awal penyusuan dan beransur hilang selepas itu..pastikan anak menyusu dlm posisi yg tidak mendatangkan ketidakselesaan kepada anda.
- Paling penting bersedialah untuk menghadapai fasa 'KEMERUNDUMAN'..adalah normal jika ibu dapati hari demi hari penghasilan susu akan semakin kurang dan terus berkurangan..ada ibu yang terus 'kering susu'..jangan panik kerana anda tidak salah sebaliknya ia berlaku secara semulajadi kerana perubahan hormon ketika hamil..waktu ini anda tidak perlu buat power pumping kerana penghasilan susu tidak dapat ditingkatkan seperti biasa..
- Penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya.
- Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu.
- Penghasilan susu (Fasa Laktogenesis 1) untuk baby dlm kandungan telah bermula dr awal lagi..dan penghasilan kolostrum bermula dari trimester kedua kehamilan..hikmahnya kerana ada bayi yg dilahirkan sewaktu usia kandungan memasuki trimester kedua..jadi Allah Yang Maha Bijaksana mempersiapkn bekalan untuk anak manusia pada waktu yg sepatutnya..di fasa ini rasa susu juga akan berubah..kebanyakan anak yg menyusu akan bercerai susu dengan sendirinya..bagaimanapun ada juga anak yang meneruskan kehamilan sehingga hujung kehamilan.
- Setakat ini, masih tidak terdapat kajian yg mengesahkan bahawa ibu yang menyusukn anak sewaktu hamil berisiko untuk melahirkan anak yang kekurangan zat yg sepatutnya diterima..ini merupakan mitos semata2. Ini kerana ciptaan Allah swt ini hebat dan badan akan menghasilkannnya mengikut priority. pastikan ibu mendapat rehat yg cukup dan makan makanan yg berkhasiat sepanjang tempoh ini.
- Setakat ini juga tiada lagi pertembungan atau perbalahan pendapat di antara ulama jika benar penyusuan ketika kehamilan benar-benar memberi mudarat kepada bayi yang dikandung.
- Ibu yg pernah melahirkan bayi pra matang
- Hamil kembar
- Pernah keguguran
- Kehamilan yang berisiko tinggi
- Mengalami komplikasi sewaktu kehamilan terdahulu seperti pendarahan ketika hamil
- Di akhir fasa kehamilan, jika anda menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan ( ia patut diberi perhatian kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang )
Menurut kajian, tindakbalas oksitosin terhadap rahim untuk memulakan kontraksi tidak berlaku sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. Maka, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat, dan ibu2 tak perlu tergesa2 menghentikan menyusukan anak sebaik mengetahui yg diri mengandung. Namun begitu, amat penting bagi ibu2 yg berhasrat ingin meneruskan penyusuan (Tandem Nursing) mengambil kira perkara2 dibawah bagi menjamin perkembangan kandungan yg sempurna, kesihatan ibu, dan emosi anak yg menyusu :-
- Sejarah perubatan
- Doktor mengesahkan yg kandungan anda berada dalam keadaan baik dan boleh meneruskan penyusuan
- Tahap keselesaan fizikal dan emosi
- Usia anak dan keperluan penyusuannya (Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya.
- Pengambilan makanan yg berkhasiat
- Mendapatkan berat badan yg sesuai/ideal
- Mempunyai dan menikmati masa rehat yg mencukupi
Dari segi hukum Islam tidak melarang ibu untuk terus menyusukan anak dengan susu ibu walaupun selepas disahkan mereka hamil seperti maklumat berikut :-
Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).
Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.
Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya.
Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)
Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)
#INFO TAMBAHAN
- Jika anak masih di bawah umur 2 tahun dan mempunyai masalah tidak mahu menerima susu formula atau masalah kesihatan lain seperti eczema atau alaham sebagai ganti sebaiknya bincanglah dengan suami untuk mencari ibu susuan. Pastikan mereka makan makanan berkhasiat dan elakkan mereka makan makanan proses.
SALAM PENYUSUAN SUSU IBU
Noorfazila Abdul Rahman
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
No comments:
Post a Comment