Kebelakangan ni memang ramai pasangan baru kawin tapi lambat dapat anak. Mengapa? Banyak faktornya antaranya cara pemakanan yang tak sihat dan sebagainya. Tahu tak kira waktu subur? Jika anda mahir mengira waktu subur (Bagi yang normal haid setiap bulan) mudah bagi anda untuk fokus bila waktu perlu samada untuk mendapatkan zuriat atau menjarakkan kehamilan.
Sebelum nak tahu waktu subur kita yang tepat, yang paling penting mesti tahu purata haid. Sebab tu pentingnya hari pertama haid dicatat di dalam kalender kita. Di sini saya cuma ringkaskan seboleh mungkin tentang hari subur dalam bentuk gambarajah yang lebih mudah difahami.
PURATA KITARAN HAID
Purata kitaran haid setiap orang tak sama. Ada yang 28 hari, 30 hari dan sebagainya. Tetapi purata normal adalah sekitar 28 hari hingga 35 hari. Bagi yang normal haid setiap bulan tu memang senang nak tahu bila hari subur kita. Yang tak normal? Haaa.... baca kat bawah lagi.
Cara kira purata haid seperti dalam carta di bawah ni. Saya olah jadual ni bagi senang faham dan ringkas. Baca, fahami dan kira purata kitaran haid anda.
1. Mesti tahu bila tarikh MULA haid pada bulan-bulan yang lepas.
2. Kiraan bermula dari hari pertama haid hingga hari haid akan datang (Lihat gambarajah). Jadi anda akan dapat tempoh kitaran haid anda.
3. Apabila sudah ada 3 kitaran haid yang anda dapat, kira puratanya (Lihat gambarajah).
4. Purata inilah yang penting untuk mengetahui bila hari subur.
atau jika anda terlupa kitaran bulan-bulan sebelomnya, memadai ambil yg bulan lepas. Nak lebih bagus, catit setiap bulan supaya kita mendapat purata kitaran haid kita.Ok. Jadi dah fahamkan cara mengira kitaran haid. Kita sambung lagi.
Wanita akan melepaskan telur ataupun dalam bahasa sains adalah Ovum.
Dimana telur wanita ini akan di senyawakan oleh sperma.
Setiap bulan, hanya 1 telur (Ovum) sahaja yang di lepaskan daripada kilang dan jangka hayat untuk telur ini hanyalah 24jam.
Oleh sebab itu adalah sangat penting untuk kita mengetahui bilakah telur kita di lepaskan daripada kilang (Ovari) kita. Apabila kita tahu bila masa telur di lepaskan, kita akan bersedia bilakah masa yang paling sesuai dan paling tepat untuk kita bersama suami.
Setiap bulan, hanya 1 telur (Ovum) sahaja yang di lepaskan daripada kilang dan jangka hayat untuk telur ini hanyalah 24jam.
Oleh sebab itu adalah sangat penting untuk kita mengetahui bilakah telur kita di lepaskan daripada kilang (Ovari) kita. Apabila kita tahu bila masa telur di lepaskan, kita akan bersedia bilakah masa yang paling sesuai dan paling tepat untuk kita bersama suami.
Sperma yang di keluarkan daripada suami kita pula boleh hidup selama 72jam dalam rahim kita. Bermakna di sini adalah lebih sesuai untuk kita bersama dengan suami sebelum proses ovulasi ataupun lebih jelasnya disini adalah lebih elok bersama dengan suami sebelum tiba masa dan saatnya telur (Ovum) kita di lepaskan.
Kenapa di galakkan bersama dengan suami sebelum waktu ovulasi? Kerana, sperma memerlukan masa untuk berenang beramai-ramai dengan gembiranya menuju ke rahim kita ^___^
Cara mengira waktu subur
Dapatkan kitaran haid anda dan tolak 14hari
contoh:
Jika purata haid 30 hari - 14 hari = Hari ke 16 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Jika purata haid 29 hari - 14 hari = Hari ke 15 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Jika purata haid 33 hari - 14 hari = Hari ke 19 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Kenapa 14 hari?
Ovulasi adalah proses pelepasan Ovum a.k.a telur wanita daripada Ovari (kilang telur wanita). Hormon progestrone akan terhasil untuk menyokong proses ovulasi tersebut. Tempoh ini selalunya antara 10-14 hari.
Dapatkan kitaran haid anda dan tolak 14hari
contoh:
Jika purata haid 30 hari - 14 hari = Hari ke 16 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Jika purata haid 29 hari - 14 hari = Hari ke 15 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Jika purata haid 33 hari - 14 hari = Hari ke 19 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Kenapa 14 hari?
Ovulasi adalah proses pelepasan Ovum a.k.a telur wanita daripada Ovari (kilang telur wanita). Hormon progestrone akan terhasil untuk menyokong proses ovulasi tersebut. Tempoh ini selalunya antara 10-14 hari.
PENTING!! Bilakah waktu yang sesuai untuk bersama sebenarnya?
Sedia maklum, sperma boleh hidup selama 72 jam (max) dalam rahim kita. Jadi, di sarankan untuk anda bersama suami 2hari sebelum proses ovulasi dan 2 hari selepas proses ovulasi. Dimana, selepas sperma di lepaskan ke dalam tubuh tubuh isteri, sperma hidup selama 72jam sebelum bertemu dengan ovum yang di lepaskan. Jadi, ini sebagai salah satu langkah berjaga-jaga untuk ovum bertemu sperma..ingat ye..bersama suami 2 hari sebelum dan 2 hari selepas telur (Ovum) di lepaskan.
Contoh masa yang sesuai untuk bersama;
Jika anda ovulate pada hari ke-14, bersiap sedialah bersama dengan suami anda bermula hari ke-12 sehingga ke-16. Jika anda ovulate pada hari ke-9, silalah bersama dengan suami anda bermula hari ke-7 sehingga ke-11
.
CARA LAIN MENENTUKAN KESUBURAN
(Bagi yang period tak normal boleh cuba)
1. SUHU BADAN
Suhu badan akan naik sedikit pada waktu subur disebabkan oleh peningkatan hormon yang mendadak. Kalau rajin, catatla graf suhu badan setiap hari. Cara ni agak leceh dan mungkin boleh jadi tak tepat kerana sekiranya anda demam atau kurang sihat, suhu badan anda juga meningkat.
2. LENDIRAN FARAJ
Pada waktu-waktu subur, lendiran faraj lebih dari biasa seiiring dengan pengeluaran hormon yang meningkat. Periksa lendiran tersebut kerana biasanya ianya melekit tetapi jika hari subur ia lebih likat lagi.
Kalau lendiran faraj tu melekit-lekit macam ni
dan banyak dari biasa bermakna ia petanda kita subur.
3. GUNA EVOLUTION TEST STRIP
Menggunakan evolution test strip mungkin lebih senang dan tepat untuk mengesan hormon Luteinizing Hormon (LH) di dalam urin. Ia membantu meramal masa ovulasi dan puncak kesuburan. Keputusannya cepat dalam masa lima minit keputusannya keluar dan ketepatannya menghampiri 99%. Bentuk dan rupa test strip ini lebih kurang sama dengan test strip yang lain.
Bagaimana strip ini berfungsi? Luteinizing Hormone (LH) dalam kuantiti yang tinggi menyebabkan proses ovulasi (pelepasan telur atau ovum dari folikel ovari). Semasa kitaran haid hanya sejumlah
kecil LH terhasil, tetapi di pertengahan kitaran LH akan meningkat dgn dramatik. Peningkatan ini dipanggil "LH surge" dan mendahului ovulasi.
Conception berkemungkinan besar akan berlaku dalam tempoh 36 jam selepas "LH surge". Ujian Ovulasi LH direka khusus untuk mengesan "LH surge" anda pada masa apabila anda mungkin ovulasi. Jika anda menerima positif pada ujian LH, anda berada dalam fasa yang paling subur anda kitaran haid anda.
#credit #credit
Ingin ikhtiar menimang cahaya mata, boleh baca detail SET KESUBURAN SUAMI ISTER
~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox waniSms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525
Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.