5 Aug 2014

AWASI ANAK ANDA!!!!

Assalammualaikum. Rasanya masih tak terlambat lagi nak ucapkan selamat hari raya pada semua umat islam. Jangan kita lupa pada rakyat Palestine. Doa kami sentiasa bersamamu. Disana mereka disambut dengan bedilan bom, bunyi runtuhan menjadi halwa telinga mereka. Ada yang kehilangan anak, ada kehilangan ibu dan ayah. MasyaAllah.. Besar dugaan mereka. Bersyukurlah kita masih nyenyak tidur, masih kenyang makan.

Tapi negara kita juga dikejutkan dengan MH370 dan MH17. Tragedi yang sangat memilukan hati. Selain itu, masih terdengar lagi cerita kes penculikan kanak-kanak. Anak diculik, dipotong-potong untuk mendapatkan organ-organ mereka.Sangat menyayat hati. Hati-hati la wahai ibu bapa dan penjaga. Bayangkan anak anda tiada lagi dlm pelukan dengan hanya kelalaian anda selama 1saat. Hampir tak sanggup baca tentang kisah anak-anak diculik ini.

Kadang kita baca rencana keratan surat khabar si ibu tinggalkan anak dalam kereta, si ibu leka shopping hingga anak dilanggar. Ya Allah. Hanya keratan saja yang Wani sanggup baca. Sentiasa jadi peringatan pada Wani. Syawal ke-3. Wani dan suami serta anak-anak dalam perjalanan nak beraya. Singgah sebentar di Petronas Puchong Permai. Baru sahaja masuk ke Petronas, suami terus berhentikan kereta. "Eh, anak sapa ni?". Ada seorang budak perempuan berumur lingkungan 1tahun berjalan berkaki ayam sambil menoleh kiri dan kanan seperti mencari sesuatu. Wani duduk sit belakang, so tak perasan dari mana budak ni datang. Suami cakap die turun dari kereta tu. Kata suami sambil tunjuk kearah sebuah kereta yang parking berdekatan toilet.

Budak tu betul-betul melintas depan kereta kami. Suami brek pastu wani terus keluar kereta. Wani dukung budak tu. Melilau mata mencari gerangan siapakah bapa atau ibu kepada anak ni. Anak kecil tu diam je. Suami suruh bawak kat kereta yang budak tu turun. Wani berdiri dekat dengan kereta. Ternyata enjin kereta mati tapi pintu tak dikunci. Tetiba ada seorang budak lelaki berumur lingkungan 3tahun datang dan hulurkan tangan seperti nak dukung. " Ni adik awak ke.?" 2-3kali wani bertanya. Hanya anggukan sahaja dari si abg lalu didukung dan masukkan si adik dlm kereta..Wani hanya rapatkan pintu kereta sahaja. Tak tutup betul-betul. Wani berlari kereta wani semula sambil toleh-toleh kat anak-anak tu.

Wani masuk je kat kereta, seorang lelaki jalan melenggang sambil masukkan dompet ke poket belakang. Dia hanya lihat anak-anak dalam kereta lebih kurang dan tutup pintu kereta belakang sebab die tengok tak rapat. Ye la. kalo wani tutup rapat tadi, tak bernafas la budak-budak tu..arrrrrggghhh.. geraam je tengok perbuatan sambil lewa ayah mereka. Start enjin terus si ayah tekan minyak.

Soalan yang bermain difikiran wani.

"Kenapa tak bawak masuk sekali anak-anak dia?"

"Kenapa tinggalkan anak-anak dalam kereta?"

ALASANNYA

Ala, sekejap je.
Ala, leceh la budak-budak berlari sana sini.

Andai la bukan wani yang dukung budak tu tadi, orang niat tak baik ke. Pasti mudah kerja mereka. Bawak budak tu masuk kereta terus pecut. Sesaat shj terleka menangis la seumur hidup. Jarak kereta mereka dan ATM dalam 5meter tapi dari pandangan atm tak nmpak kereta dia. Lainlah kalau parking berdepan dengan atm dan nampak kereta kita dlm jarak dekat.Ketika anak itu keluar berjalan, ada kereta laju ke moto ke. Tak fikirkah si ayah. Mungkin si ayah rasa benda ini kecil, tapi sebab benda kecil ni la akan jadi besar. Suami wani sentiasa pesan jangan buat alasan jika sedang menguruskan sesuatu, jangan ambil mudah. Jangan la ciptakan alasan untuk kesenangan diri anda. Jagalah amanah yang diberi ini. Peringatan untuk wani juga supaya lebih berhati-hati.


~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525



No comments:

Post a Comment

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.