28 May 2017

PENTINGNYA ASID FOLIC DIAWAL KEHAMILAN

Assalammualaikum. Selamat Sejahtera. Berkenaan tajuk diatas, ramai lagi ibu-ibu yang kurang faham betapa pentingnya ASID FOLIC diawal kehamilan terutama ibu muda atau yang pertama kali hamil.

Kita dimomokkan dengan baby akan menjadi besar jika kita makan vitamin yang dibekalkan klinik. Tidak mahu makan folic acid(vitamin B9) atau obimin yang dibekalkan ketika mengandung itu TIADA MASALAH tapi perlu faham kenapa kita sarankan ambil. 


Jika anda ingin merancang ingin menambah zuriat, anda perlu makan asid folic ni SEBELOM mengandung. Sebabnya ia adalah antara perkara paling penting sekali dalam pertumbuhan dan perkembangan sel bayi. Banyak kegunaannya pada baby walaupon size baby tu hanyalah sebesar buah anggur.

Pada umur kandungan 5-10 minggu, ini merupakan waktu paling penting sekali. Dipanggil organogenesis(penciptaan organ). Waktu ini paling genting sekali sebab bayi anda akan mula membentuk organ yang akan digunakan seumur hidup.

Sebab itu jika kalau ada sebarang masalah, waktu ini juga paling common, ibu-ibu akan mengalami keguguran dalam trimester pertama.

Folic acid(b9) ni paling banyak digunakan waktu ini. Sebab bayi itu sendiri tak boleh hasilkan sendiri, dia terpaksa ambil sumber si ibu punya. B9 ini mampu disimpan didalam liver(hati) manusia normal atleast untuk 3 tahun.

Ketika mengandung, hati ibu akan kerja overtime. Ada yang anemia, ada yang ada masalah hati, ada yang memang tak cukup pon bekalan selama ini. 

Jadi dari mana bayi tersebut nak dapatkan sumber bekalan? Daripada diet belom tentu cukup untuk IBU apetah lagi untuk ANAK?

Bila tidak cukup bekalan tersebut, ianya akan mengganggu proses organogenesis tersebut. Ianya boleh menyebabkan apa yang kita panggil sebagai Neural Tube Defects(masalah pembentukan otak dan saraf).

Antaranya Anencephaly(tiada otak terbentuk), Encephaloceles(otak luar drpd tengkorak), Hydranencephaly(air je instead of otak), Iniencephaly(otak tersangkut ke saraf tunjang), paling common kena Spina Bifida(cystica dan occulta). Nak membentuk macam mana dah bahan binaan tersebut TIDAK MENCUKUPI!

Kebanyakan perkara yang disebut tidak sesuai dengan kehidupan(incompatible with life). Bukan kita nak berlagak sebagai tuhan tetapi majority akan ada masalah untuk menjalani kehidupan.

Contohnya bahagian otak yang mengawal proses pernafasan itu sendiri TIDAK TERBENTUK ataupon TIDAK WUJUD sama sekali. Macam mana kan? Umpama nak naik kereta enjin takde.Kita bukan nak melawan qada dan qadar ketentuan Allah swt tapi kita berusaha dahulu sebelom tawakal atas satu-satu kejadian.

Mereka menyarankan pengambilan folic acid ini sebab sudah mengetahui dan mengkaji kesan sekiranya ianya tidak cukup. Kalau tak percaya boleh lihat dan Google sendiri lebih banyak bilangan kes2 Neural Tube Defects berlaku di negara2 dimana sistem kesihatan mereka tidak sebaik kita(Africa) dan kawasan2 konflik peperangan seperti Syria. Jauh lebih banyak.

Kita bukan nak menidakkan ketentuan. Kita hanya mengambil langkah MENGURANGKAN RISIKO. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, darjah kemudaratan itu dapat dikurangkan. Sekiranya bekalan b9 itu tidak mencukupi for whatever reason, kita dapat cover.

Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar yang merawat anda. Jika tiada masalah apa-apa, anda pasti digalakkan untuk mengambil asid folic.

(Petikan ini adalah rujukan dari beberapa sumber.)

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. 

Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.^_* 

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh hubungi seperti yang tertera dibawah :


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

No comments:

Post a Comment

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.