13 Jun 2017

RESEPI DONUT CHEESE DAN DONUT COKLAT

Assalammualaikum. Selamat sejahtera. Ni ha mak nak share resepi donut cheese dan donut coklat. Resepi donut ni mak belajar dari otai jugak. Sempoii untuk orang baru macam mak ni. Tak payah nak rendam yis sampai kembang apa semua. Dah habis senang dah ni. Hihi.

Bahan-bahan utama:

Setengah kilo tepung gandum
Yis setengah peket
Telur sebiji 
2 sb gula
2 sb majerin
2 sb susu pekat
Secubit garam
Secubit baking soda

Tambahan untuk inti:
Coklat cadbury @ cheese jenama beqa
(Ikut suka la nak pakai jenama apa) 
Potong cheese  atau coklat petak-petak.


1. Masukkan semua bahan utama dalam besen.Gaul sambil tuang air secawan sikit-sikit. Air suhu biasa je.. jgn suam or panas.

2. Uli sampai permukaan rata/ licin. Biasa 5-10minit mak uli utk stengah kilo ni.. Lepas tu terus bulatkan dan masukkan inti coklat atau cheese. Kalau nak guna cheese, golekkan cheese dekat gula lepas tu bulatkan dgn tepung.

3. Masa kita nak uli bulat-bulat semua, banyak dah kembang. Bila semua dah bulat , panaskan kuali. (Tempoh panaskan kuali tu dah bagi masa kat tepung tu kembang)

4. Pastikan kuali betul-betul panas. Goreng. Jangan main fb. Nanti rentung. Haha.Godek-godek sampai kekuningan. Tapis dan golekkan kat gula.

5. Jika nak buat frozen. Gorengkan sekejap sahaja.. Biar sejuk dan masuk kat freezer.

Siap. ^_^

No comments:

Post a Comment

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.