Minyak ikan mengandungi asid lemak penting yang diperlukan oleh
badan iaitu asid lemak Omega-3. Omega-3 tidak dapat dihasilkan oleh
badan, ia perlu di ambil dari pemakanan. Ada 7 jenis asid lemak omega-3
antaranya ialah EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan
jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan
fungsi-fungsi otak.
Harini saya nak bercerita mengenai DHA.
DHA
(Docosahexaenoic acid) adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam
badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam
perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga
asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata,
serta organ-organ badan yang lain. Acapkali kita melihat/membaca iklan
susu formula yang menekankan tentang khasiat DHA yang terkandung dalam
produk mereka...Namun begitu, tahukah anda bahawa ibu juga mampu
membekalkan DHA dalam susu ibu?
Teruskan membaca...
Susu Ibu Kaya dengan DHA
Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu.
Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
Atas
sebab ini pakar mencadangkan suplemen Omega 3 kepada ibu-ibu yang
mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah
DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.
Selain itu, suplemen lain yang disyorkan untuk ibu mengandung atau
menyusu, seperti asid folik, tetapi Omega 3 lemak tidak terkecuali untuk
pembangunan otak janin, pembangunan mata, dan lain-lain aspek
perkembangan janin.
Terdapat kajian yang dijalankan untuk
membandingkan kesan kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi
DHA (di kalangan ibu mengandung) ke atas bayi mereka, dan kajian kesan
pengambilan suplemen DHA di kalangan ibu hamil ke atas anak mereka....
KAJIAN 1
The Lancet pada tahun 2007, 11,000 wanita diuji.
Kesan tahap pengambilan makanan laut yang rendah (kurang daripada 340 gram) terhadap pembangunan kanak-kanak.
- Anak-anak wanita yang terlibat dalam kajian ini telah diuji dari umur 6 hingga 8 bulan.
- Didapati
bahawa tahap pengambilan makanan laut yang rendah semasa mengandung
melahirkan kanak-kanak yang mempamerkan tahap IQ yang lebih rendah
berbanding daripada mereka yang mempunyai tahap pengambilan makanan laut
yang tinggi semasa mengandung.
- Bukan itu sahaja, ia juga
menunjukkan bahawa anak-anak wanita dengan tahap pengambilan makanan
laut yang lebih rendah mempunyai masalah-masalah lain seperti kurang
kemahiran komunikasi dan kurang kemahiran motor halus serta beberapa
isu-isu tingkah laku sosial.
KAJIAN 2
American Journal of Clinical Nutrition, 2007
Kesan daripada suplemen DHA pada wanita hamil.
- Suplemen
yang telah dimakan dari bar bijirin yang ditambah dengan DHA. Suplemen
bermula pada 24 minggu kehamilan sehingga kelahiran.
- Didapati
bahawa bayi wanita yang telah ditambah diet mereka dengan DHA semasa
hamil menyelesaikan masalah dengan lebih baik berbanding daripada
kumpulan ibu yang tidak menerima makanan diperkaya DHA.
- Banyak
lagi kajian demi kajian dilakukan. Keputusan masih membawa kepada
kesimpulan bahawa pengambil minyak ikan, dan khusus DHA, semasa
mengandung boleh memberi bayi anda suatu permulaan yang baik dalam kehidupan.
Nah...terbukti
bahawa bayi perlu dibekalkan dengan khasiat DHA yang mencukupi bagi
menjamin perkembangan otak yang sihat dan cergas. Berapakah jumlah DHA
yang diperlukan oleh ibu2 ?
Cadangan Kuantiti Pengambilan DHA
Sekitar
200 hingga 300 mg DHA sehari
dicadangkan bagi ibu-ibu yang mengandung dan menyusu. Dengan corak
pemakanan harian moden kini, kita tidak mungkin akan mendapat DHA yang
cukup di dalam makanan kita.
DHA didapati terutamanya dalam minyak ikan, bersama-sama dengan asid lemak Omega 3 lain seperti EPA. Ibu-ibu mesti berhati-hati dalam memilih suplemen Omega 3.
Harga dan jenama tidak menjamin ia adalah minyak ikan yang bagus. Kenapa??? Kerana....
- Ikan boleh mengumpul toksin laut dalam sistem mereka, seperti PCB dan merkuri. Tambahan pula rantaian makanan ikan menjadikan lebih tinggi kepekatan toksin jahat yang mesti dijauhi.
- Atas sebab ini suplemen Omega 3 mesti dihasilkan dengan teknologi yang tinggi dan melalui saringan yang ketat bagi memastikan ia benar-benar bebas daripada mana-mana bahan cemar.
Terdapat
piawaian antarabangsa yang ketat untuk memantau tahap pencemaran yang
terdapat dalam suplemen Omega 3. Suplemen Omega 3 yang terbaik mesti
bebas daripada sebarang bentuk pencemaran kimia. Oleh itu mereka
menggunakan ikan yang didapati di bahagian yang paling bersih lautan
dunia, mereka memproses ikan dengan cara yang tertentu supaya pencemaran
sama sekali dihapuskan.
Bagaimana hendak mendapatkan Omega 3 yang memenuhi piawaian tersebut?
Haaa, ini dia produknya...
OmegaGuard dari
Shaklee. Setiap kapsul menawarkan 330mg asid lemak Omega 3.
Perbezaan Shaklee:
Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit