29 May 2013

SAKIT JANTUNG..?? ADA KAITAN DGN KOLESTROL..??

Penyakit jantung koronari(Coronary heart disease) tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan dianggap 'musuh nombor satu' dalam kehidupan harian kita. Menduduki tempat teratas telah membuatkan penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri. Paras kolesterol yang tinggi, diabetes, hipertensi, kegemukan, merokok, kurang melakukan senaman, faktor jantina, dan proses penuaan adalah antara faktor penyumbang kepada penyakit tersebut.

                                                                               

Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, Dr. Yap Sau Peng, berkata pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari. Menurut beliau, proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. "Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia", katanya. Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.

                                                                               

Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri. Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung. Setiap individu mempunyai tiga pembuluh darah utama.Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai "penyakit arteri koronari". Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan. Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.

Menurut Dr. Yap, 30 peratus pesakit yang mendapat serangan jantung meninggal dunia secara mengejut. Ini kerana berlaku penyumbatan 100 peratus pada pembuluh darah. Keadaan ini mengakibatkan elektrik jantung tidak stabil. Ketidakstabilan ini turut menghentikan denyutan jantung. Jantung yang bergetar ini tidak dapat berfungsinya dengan baik. Ini mengakibatkan seluruh badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan dalam tempoh empat minit, risiko kematian adalah tinggi.Bagaimanapun, keadaan yang dikenali sebagai pemfibrilan ventrikel ini boleh dibantu dengan mesin kejutan AT.

sumber: http://busuk.org/ping/view/101155


Oleh itu, bagi saya pengamal suplemen, saya cadangkan anda menjaga jantung anda dengan pengambilan suplemen OmegaGuard Shaklee (minyak ikan) kerana omega-3 dalam OmegaGuard membantu meregulasi kadar kolesterol. Eicosapentaenoic acid (EPA) dan Docosahexaenoic acid (DPA) yang ditemukan dalam kebanyakan suplemen minyak ikan berkualiti tinggi membantu meregulasi kolesterol.


satu lagi LECITHIN.. die pelarut lemak, mengurangkan kolestrol,
menghalang HI blood pressure, meningkatkan daya ingatan juga membantu
menurunkan berat badan dan mcm2 lagi..

NAK TAHU LEBIH DETAIL..?
JOM INBOX/PM WANI DI
FB: Noor Malawani (Waniz Vitamin)
PAGE: WANIZ SIMPLE SHOP
GMAIL: Wanizvitamin@gmail.com
SMS/WHATSAPP: 019-2833710
SHAKLEE ID: 929525

COD AREA PUCHONG SAHAJA..
POS SELURUH MALAYSIA..
APA TUNGGU LAGI..??
DAPATKAN SHAKLEE ANDA SEKARANG..!!!

No comments:

Post a Comment

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.