29 May 2013

APAKAH KANDUNGAN PENTING MINYAK IKAN..?

Minyak ikan mengandungi asid lemak penting yang diperlukan oleh badan iaitu asid lemak Omega-3. Omega-3 tidak dapat dihasilkan oleh badan, ia perlu di ambil dari pemakanan. Ada 7 jenis asid lemak omega-3 antaranya ialah EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak.

Harini saya nak bercerita mengenai DHA.

DHA (Docosahexaenoic acid) adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain. Acapkali kita melihat/membaca iklan susu formula yang menekankan tentang khasiat DHA yang terkandung dalam produk mereka...Namun begitu, tahukah anda bahawa ibu juga mampu membekalkan DHA dalam susu ibu?
Teruskan membaca...

Susu Ibu Kaya dengan DHA
Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Atas sebab ini pakar mencadangkan suplemen Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri. Selain itu, suplemen lain yang disyorkan untuk ibu mengandung atau menyusu, seperti asid folik, tetapi Omega 3 lemak tidak terkecuali untuk pembangunan otak janin, pembangunan mata, dan lain-lain aspek perkembangan janin.

Terdapat kajian yang dijalankan untuk membandingkan kesan kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi DHA (di kalangan ibu mengandung) ke atas bayi mereka, dan kajian kesan pengambilan suplemen DHA di kalangan ibu hamil ke atas anak mereka....

KAJIAN 1
The Lancet pada tahun 2007, 11,000 wanita diuji.
Kesan tahap pengambilan makanan laut yang rendah (kurang daripada 340 gram) terhadap pembangunan kanak-kanak.

  • Anak-anak wanita yang terlibat dalam kajian ini telah diuji dari umur 6 hingga 8 bulan.
  • Didapati bahawa tahap pengambilan makanan laut yang rendah semasa mengandung melahirkan kanak-kanak yang mempamerkan tahap IQ yang lebih rendah berbanding daripada mereka yang mempunyai tahap pengambilan makanan laut yang tinggi semasa mengandung.
  • Bukan itu sahaja, ia juga menunjukkan bahawa anak-anak wanita dengan tahap pengambilan makanan laut yang lebih rendah mempunyai masalah-masalah lain seperti kurang kemahiran komunikasi dan kurang kemahiran motor halus serta beberapa isu-isu tingkah laku sosial.

KAJIAN 2
American Journal of Clinical Nutrition, 2007
Kesan daripada suplemen DHA pada wanita hamil. 

  • Suplemen yang telah dimakan dari bar bijirin yang ditambah dengan DHA. Suplemen bermula pada 24 minggu kehamilan sehingga kelahiran.
  • Didapati bahawa bayi wanita yang telah ditambah diet mereka dengan DHA semasa hamil menyelesaikan masalah dengan lebih baik berbanding daripada kumpulan ibu yang tidak menerima makanan diperkaya DHA.
  • Banyak lagi kajian demi kajian dilakukan. Keputusan masih membawa kepada kesimpulan bahawa pengambil minyak ikan, dan khusus DHA, semasa mengandung boleh memberi bayi anda suatu permulaan yang baik dalam kehidupan.

Nah...terbukti bahawa bayi perlu dibekalkan dengan khasiat DHA yang mencukupi bagi menjamin perkembangan otak yang sihat dan cergas. Berapakah jumlah DHA yang diperlukan oleh ibu2 ?
  Cadangan Kuantiti Pengambilan DHA
Sekitar 200 hingga 300 mg DHA sehari dicadangkan bagi ibu-ibu yang mengandung dan menyusu. Dengan corak pemakanan harian moden kini, kita tidak mungkin akan mendapat DHA yang cukup di dalam makanan kita.
DHA didapati terutamanya dalam minyak ikan, bersama-sama dengan asid lemak Omega 3 lain seperti EPA. Ibu-ibu mesti berhati-hati dalam memilih suplemen Omega 3.  

Harga dan jenama tidak menjamin ia adalah minyak ikan yang bagus. Kenapa??? Kerana....

  • Ikan boleh mengumpul toksin laut dalam sistem mereka, seperti PCB dan merkuri. Tambahan pula rantaian makanan ikan menjadikan lebih tinggi kepekatan toksin jahat yang mesti dijauhi.
  •  Atas sebab ini suplemen Omega 3 mesti dihasilkan dengan teknologi yang tinggi dan melalui saringan yang ketat bagi memastikan ia benar-benar bebas daripada mana-mana bahan cemar.
Terdapat piawaian antarabangsa yang ketat untuk memantau tahap pencemaran yang terdapat dalam suplemen Omega 3. Suplemen Omega 3 yang terbaik mesti bebas daripada sebarang bentuk pencemaran kimia. Oleh itu mereka menggunakan ikan yang didapati di bahagian yang paling bersih lautan dunia, mereka memproses ikan dengan cara yang tertentu supaya pencemaran sama sekali dihapuskan.

Bagaimana hendak mendapatkan Omega 3 yang memenuhi piawaian tersebut?
Haaa, ini dia produknya... OmegaGuard dari Shaklee. Setiap kapsul menawarkan 330mg asid lemak Omega 3.




Perbezaan Shaklee:
Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
 OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments:

Post a Comment

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.