Ohh.. Lupa nak bagitau, setiap kali mengandung wani akan mengalami morning sickness yang teruk. Sangat teruk..huhu. Wani akan mengalami muntah muntah , loya , lemah badan sampai kandungan berusia 5-6bulan. Ketika mengandung berat akan turun sampai 5kg. Tak yah diet dah.. hehehe.. Wani anggap itu sebagai penghapus dosa-dosa kecil wani.. Be positive. Bagi ibu hamil yang ingin bertenaga semasa hamil boleh la try SET KEHAMILAN SHAKLEE . Sangat bestt. Alhamdulillah, sepanjang hamil wani tak de masalah kecuali HB low tapi semakin naik sejak amalkan vitalea 2biji selepas sarapan..
Pic nie wani tengah sarat menunggu hari nak bersalin. Tangan dah start sembab.Gomok-gomok jejari ku. Masih sempat lagi restock vitamin shaklee.. hehe.. Seperti biasa tarikh macam anak sulong, wani overdue. Jadi datang ke hospital berlenggang berkain batik. Tak sakit dan tak kuar tanda.. Sampai Hospital Serdang wani disuruh menyarung jersey kaler pink.. hehe. Baju hospital la kan..
Pukul 6.15 pagi wani kene induce. Jadi dok dekat katil diam-diam.. 2jam nokss.. Nak terkucil tapi ku tahan jebatt, kang terkeluar ubat induce tu kang buat pasaiii je. Masa induce tu doc cakap dah 2cm dah.. Mungkin wani dah anak no 2 jalan dah bukak cuma lambat je.Dah 41minggu pon tak beranak lagi.. hehe.. Pukul 12 tengahari semua ibu-ibu yang kena induce subuh tadi akan beratur.. Mana yang masih tak bukak jalan akan di induce kali ke dua.. Mengikut tahap kesakitan, wani yakin wani dah 3cm. Bila check, Alhamdulillah da 3cm pon..
Tapi kali ni sakit dia lain macam. Lebih kaw kaw gaban dari anak sulong. Masa baru kul 3 petang, nurse nak check perut tengok jantung baby. Nurse tengok kat kertas graf tu kemudian dia cakap " Eh da kuat contraction ni".. Errrkk. Memang la dah kuat,cuma malas nak cakap. Tahan sakit diam-diam sudah.. Doktor pelawa nak bagi ubat tahan sakit,wani menolak.. Tak pe la,biar la wani tahan sakit. Nak rasa sakit mak dulu lahirkan kita.huhu. Doktor cakap bagus la kalo awak boleh tahan sebab ubat nie mengantuk. Nanti nak beranak susah nak teran.. ooooo.. Baru tauu.. Patut la ibu katil sebelah membutaaa dari tadi lepas kena enjet ubat tahan sakit.
Cara wani tahan sakit adalah dengan berjalan pegang dinding sambil suami pegang tangan.. Banyakkan berzikir. Setiap kali berjalan dan datang contraction wani akan kerassss kejung kat dinding. Melekap ke dinding kejap. hahaha. Sampai la nurse pakai baju biru tu, dia datang kat wani dan tegur wani setelah tengok wani tawaf wad 2-3 kali kat depan dia..
Nurse baju biru : "Saya tengok awak nie macam dah sakit sangat je nie"
Wani: " Tak pe nurse saya boleh tahan lagi" padahal mengalir-galir ayorr mata nie..
Nurse baju biru : "Jangan tahan-tahan, kang terberanak pulak kat sini kang"
Nurse baju biru tu teman saya jalan sampai kat kaunter nurse pakai baju putih tu,
"Nurse! tolong tengok-tengok sikit patient ye dan nanti tolong check patient nie..ok..?"
Nurse pakai baju putih tu angguk pastu terus cakap, puan wani pergi kat katil ye.. Kejap lagi kami check bukaan dah berapa cm..
Sampai kat katil ,ayorr mata mengalir lagi sebab sakit sangat dah tak tertahan. Ketapp mulut.. Wani dah dapat rasa macam nak beranak ni, so wani cepat2 bancuh ESP , MEALSHAKE dan PERFORMANCE DRINK .. Sebab wani tak nak habis tenaga masa teran nanti macam bersalin sulong dulu.. Check bukaan, dah 5cm.. Dengan pantas dorang tolak masuk ke labour room.. Sampai kat labour room terus doc pecahkan air ketuban.. PULPPP!!.. Bunyi air ketuban dipecahkan.. First time dengar tau..Rasa kagum jap. haha. Masa bersalin Laila tak dengar.. Ok,sakit dah terlalu kerap.. 10minit lagi dah 6cm-7cm-8cm-9cm.. Bukaan yang sgt pantas. Syabasss anak ku bekerjasama dengan baik. hehe.. Okey masa untuk teran..
ALHAMDULILLAH.. Dalam tempoh 10minit teran dah selamat melahirkan baby boy seberat 3.5kg pada pukul 6.54ptg. Doc cakap tak potong just koyak sikit sewaktu teran. Jadi kena 2-3jahitan saja. Dah settle jahit dorang suh menyusukan baby.. Sambil tu borak-borakdengan suami dalam labour room. Suami sempat cakap wah mak steadyy je, kalau dalu kemain lembik.. hehe.. Sempat telefon jiran sebelah rumah tanya khabar Laila.. Mengalir lagi ayoor mata mengalahkan empangan pecah.. haha.. Tak sabar nak balik jumpa Laila..Anak dara mak dah jadi kak long. ^_^
Selepas bersalin wani ambil zinc 2biji terus. Wani mmg dah siap-siap letak vit shaklee dalam pilbox. Esok pagi wani makan Vitalea dan B complex pas sarapan.. Pic nie masih kat wad lagi.. Petang kul 6.30 baru boleh balik. Patut la ada orang cakap anak lelaki ni sakit dia lain macam.. Memang lainnn sangat.. tapi disebabkan sakit yang teramat sangat tu la memudahkan kita nak teran.. Berbeza dengan anak perempuan.. ape pon syukurrr Ya ALLAH.. anak ku sihat.. balik rumah wani teruskan dgn SET BERPANTANG SHAKLEE ..
Terima kasih pada yang membaca.. sampai sini je yg wani boleh kongsikan.. Next entry mungkin wani akan cerita pula kebaikan produk shaklee untuk penyusuan. Jika anda berminat nak dapatkan produk shaklee boleh hubungi wani okey.. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, selamat melalui pengalaman yang sangat indah nie. Wani doakan semoga selamat ibu dan anak.. aminnn..
Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525
~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox waniSms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525
No comments:
Post a Comment