21 Oct 2014

MACAM MANA NAK POS BARANG GUNA POSLAJU?

Hai. Selamat Sejahtera. Terima kasih sudi singgah blog makwani ^_^. Entry kali ni wani nak share tentang cara-cara nak pos barang guna poslaju. Bagi peniaga online, pos barang adalah menjadi rutin dalam urusan jual beli. Bagi yang pertama kali nak pos barang , wani cuba kongsikan tips yang mudah dan selamat untuk pos barang anda. 

LANGKAH PERTAMA

Sila balut barang yang nak pos tu siap-siap dekat rumah. 

Contoh balutan :
-Bubble wrap
-Kertas minyak / surat khabar
-Aneka jenis plastik

Contoh barang :

1. Pos kasut dalam kotak.
- Soletape sikit kotak kasut supaya tak terbuka.
- Masukkan dalam plastik poslaju @ apa-apa plastik.
(Pengalaman wani pos kotak sahaja tanpa plastik, kotak koyak akibat terkena air hujan)

 -Jika kasut tanpa kotak, balutkan dalam plastik apa-apa sebelom plastik poslaju. Bermakna ada dua lapis plastik.
(Pengalaman wani guna selapis plastik , plastik koyak boleh menjejaskan sedikit kondisi barang pos)

2. Pos barang mudah pecah
- Anda wajib balut guna bubble wrap
- Kemudian masuk dalam kotak dan plastik (sama cara seperti pos kasut diatas) atau masuk terus dalam plastik poslaju
-Boleh lapik surat khabar untuk kurangkan gegaran atau apa-apa kerosakan.
Plastik yang korang dapat kalo beli belah kat mall pon boleh. Plastik Thank You kita panggil.  Just packing bagi barang tak berterabur. CONTOH tudung, baju ke pape lipat dan bungkus elok2.. Tak de la dia terburai. Jika ada barang-barang fragile atau mudah pecah balut la pakai bubble wrap ye. Lebih terjamin keselamatan barang.



Contoh plastik thank you. Nak pos terus cam ni pon boleh tapi takut terkoyak lak masa dalam proses penghantaran. Dorang tak menatang barang-barang ni ibarat minyak yang penuh okey. haha. Beratus lagi barang pos dorang nak handle. Kalo nak pos gini boleh pastikan bahagian dalam ada balut-balut 1 helai lagi plastik. Atleast kalau koyak lapisan pertama tak jejas kandungan barang tu kan.. Plastik last sekali leh sarung dari plastik poslaju punye (terpulang).

LANGKAH KEDUA

Pergi ke pejabat poslaju.Isi consigment note pulak. Wani panggil kertas poslaju je. hehe. Ini contoh ye. Yang purple untuk PRABAYAR. Yang Oren tu Pos biasa (timbang punye).  Tak sure yang mana, boleh tanya kat kaunter poslaju ok.

pic credit





LANGKAH KETIGA

Isi borang tersebut. PENGIRIM adalah kita. PENERIMA adalah customer. Nama , alamat dan no hp. 3benda ni wajib di isi ye.. Dah isi borang then pegi timbang n bayar.. SETTLE ^___^
Untuk Prabayar tak perlu bayar dah. Just drop kat kaunter.




PLASTIK TIMBANG

Plastik ni kena beli kat poslaju. 10 keping rm2 je kot utk saiz S. 50keping pun ada tapi wani tak tau lak berapa. huhu. Lupa. Lain saiz lain harga ye. Ada sai S, M, L, XL. Perlu bayar selepas timbang.

pic credit


PLASTIK PRABAYAR UNTUK POS SEMENANJUNG SAHAJA

Plastik ni hanya bayar sekali je.. Masa beli. Pastu masukkan barang korang dalam plastik atau kotak yang muat. Then serahkan je tanpa ada apa-apa bayaran tambahan lagi.


 

PLASTIK PRABAYAR UNTUK SABAH SARAWAK


Masukkan barang kat plastik atau kotak yang bersesuaian, kemudian serahkan kat kaunter. SETTLE ^_^


POS DOMESTIK

Untuk barang berat dan besar, korang boleh bungkus pakai plastik sampah hitam atau kotak pape je yang muat. Pastu soletape setiap sisi. Nak bagi cantik balut la pakai kertas minyak. pembalut hadiahpon boleh kalo korang kayoo. haha.

Ini contoh. Carik la kotak yang tak pakai. Masukkan dalam tu. Nak kemas balut pakai kertas minyak diluar kotak.

Jika ada barang yang ringan tapi besar contoh bantal atau benda berat dan besar anda boleh pakai pos domestik. Gambar dibawah ini berbezaan kertas pos domestik dan poslaju.

-POSLAJU ambil masa 1-3hari waktu bekerja.
-POS DOMESTIK ambil masa 5-7hari waktu bekerja. (sesuai untuk barang besar dan berat kerana lebih murah)

POS DOMESTIK NI DALAM RM7. Kalau pakai poslaju mau puluh-puluh RM. Peluh peluh aih nak bayar. hehe



Okey, dah packing,dan dah siap tulis alamat sume kan. So boleh la pos barang korang. Nampak tak no EF ------- MY tu. Itu la no tracking. Bagi kat customer kita. Supaya mereka tahu barang dah sampai mana. Itu kena check kat web poslaju ye. Mudah kan. Okey harap-harap bermanfaat untuk korang. Sharing is caring gitu.. Happy posto-posto..



~SET SHAKLEE~



Jana Pendapatan Bersama Shaklee

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.