Ketang ketung kat dapur maka siap la Ikan Siakap Masak Pedas. Mudah dimasak dan sangat sedap. Suami tambah nasi 3kali tau.. So memang shodap la kan. hehe. Ok ni wani kongsikan resepinya.
Bahan-bahannya :
Bahan Racik :
Cara memasak :
Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani
Bahan-bahannya :
- Ikan Siakap 1 ekor
- Cili kering 10-15tangkai
- Cili Padi 2-3biji
- Bawang putih 2biji
- Bawang merah 2biji (saiz bola golf atau telur)
- Serai 1batang
- Air asam jawa 2sudu
- Sos cili 2sudu
Bahan Racik :
- Cili padi 2-3biji (ikut nak pedas mana)
- Bawang putih 1biji
- Bawang merah 1biji
- Serai 1batang
- Cili Kering 10-15tangkai (ikut nak pekat mana)
- Bawang putih 1biji
- Bawang merah 1biji
Cara memasak :
- Lumurkan ikan siakap dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sampai garing. Tos dan ketepikan.
- Tumiskan bahan blender sampai naik minyak.
- Letak air asam jawa 2sudu dan sos cili 2sudu. Giula garam secukup rasa.
- Masukkan bahan racik.Tambah air jika nak cairkan sikit.
- Tuang kuah keatas ikan.. Siap untuk dihidang. ^____^
No comments:
Post a Comment