Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah kesihatan dan alahan semakin baik. Sekarang kandungan wani hampir 17minggu. Muntah dah berkurangan. Cuma mual dan selalu meludah. huhu. Kandungan sebelom ni alahan sehingga 5-6bulan untuk pulih sepenuhnya. Jadi bertabah la mak. hehe.
Berbalik pada tajuk KEJUTAN, apa yang kejutan sangat tu.. Sebenarnya wani pon masih cuba menerima dan menyesuaikan diri. Sedia maklum sebelom ni wani ada menjalani ultrasound (scan) ketika kandungan 7minggu. Alhamdulillah nampak jantung baby. Semua sihat-sihat je. Ketika kandungan berusia 12minggu, Wani ada pegi scan sekali lagi dekat klinik siti & rakan-rakan sebab wani perlu bawa scan terbaru untuk update dekat KK dan buka buku merah.
Ketika kandungan baru 10minggu, wani ada rasa gerakan yang sangat aktif. Agak menghairankan juga sebab baby masih kecil tapi tendangannya buat perut wani bergegar-gegar halus. Jadi amatlah membuatkan wani rasa tak sabar nak scan pada 12minggu. Tiba masanya untuk scan. Tips untuk lebih nampak kandungan dan baby dalam rahim, minum air banyak skit sebelom scan dan jangan kencing. Tahan dulu ok. Insyaa Allah memang clear. Wani scan waktu malam sebab orang tak ramai. Maka bermula la scan yang mendebarkan.....
Doktor meletakkan gel dan scan. Mata kami suami isteri terpana dekat screen monitor dan kami berpandangan. Masing-masing terkedu melihat monitor itu. Sebab apa yang kami lihat tu sangat terang. Dan doktor memecah kesunyian dengan berkata."Eh, ni ada dua baby ni ". Memang jelas dan terang. Ada dua baby sedang bergerak-gerak. Terlihat kepala, badan dan kaki dua insan suci yang menghuni rahim wani. Ok, mak terkedu dan menangis kejap atas katil. Terharu, bersyukur dan macam-macam perasaan lagi. Macam tak sangka kami bakal menimang cahaya mata berganda.
Kali pertama scan hanya nampak satu baby dan satu kantung sahaja. Kali kedua scan ada dua baby. Jadi itu la kejutan bagi kami. Kami juga tiada sejarah kembar. Jika ada pon sepupu sepapat yang ada anak kembar. Ini rezeki dari Allah. DIA boleh beri pada sesiapa yang DIA kehendaki. Seolah Allah ganti kandungan pertama kami yang gugur hampir 6tahun dulu. Betapa cantiknya perancangan yang Allah aturkan. Kami sangat tidak menyangka, dulunya kami dilabel kategori yang susah dapat anak dan susah nak mengandung. Kini kami bakal mempunyai 4orang anak. Ada juga kawan-kawan bergurau. Wani terlebih makan shaklee sampai tersubur sangat. hehe. Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya pada Allah yang beri nikmat tak terhingga kepada hambanya untuk merasai nikmat sebagai seorang ibu. Shaklee hanya asbab sahaja untuk wani ikhtiar sambil membantu kesihatan wani secara tak langsung.
Untuk ibu-ibu yang ingin ikhtiar untuk hamil, wani mencadangkan SET KESUBURAN dari Shaklee. Sebelom wani hamil kembar, wani mengamalkan gla dan b-complex. Wani akan ajar cara makan yang doktor share dan tips khas untuk mereka yang membeli dari wani.