1 Mar 2016

DIARI KEHAMILAN: PREGNANCY TEST

15/12/2015

Hai, Assalammualaikum. Selamat Sejahtera. Wani seperti wanita-wanita diluar sana yang akan datang bulan @ period setiap bulan. Wani ada download apps my calendar untuk remind wani 2 hari sebelom waktu period. Jadi sempat la wani tapau 1-2 peket pad herba kat toko-toko jamu sebelom nak period. Wani suka pakai pad herba ni. Rasa selesa ketika period. Tak rasa panas dan rimas. ^_^

Satu lagi biasa la kalau nak period, nafsu makan ala-ala naga kelaparan. Rasa penat. Dada berdenyut. Tapi  tak datang-datang lagi period. Ketika tu lewat 2 hari. Bagi wani itu normal. Ada masa kitaran kita akan berubah cepat dan lambat. Dulu wani pernah lewat 7 hari tapi bila check pregnancy test, NEGATIF. Hampehh. Haha. Jadi wani akan pastikan lebih 7hari baru nak check.


Sekarang ni period lewat 5 hari dah, buat mak debar-debar sebab... Wani dah start mual dan start muntah. Wani rasa angin je sebab lewat makan atau penat sangat. Untuk menghilangkan pelbagai andaian dalam fikiran ni wani pegi farmasi dan beli pregnancy test. Wani beli dua. Haha. Tamak betul. Bukan apa, dulu penah beli tapi invalid ( takde keluar apa-apa line) . Sebab tu la beli dua, kalau invalid satu lagi ada.

CARA-CARA NAK GUNA PREGNANCY TEST

1. Cari satu bekas kecik untuk ambil sedikit urin kita. Ada sesetengah pregnancy test ada bagi bekas sekali.
2. Titiskan 3 titik dalam lubang kecil tu.
3. Tunggu keputusan dalam 5minit sebaiknya.

*Hanya sekali kegunaan sahaja. Jangan basuh atau pakai semula.

Dan ini keputusannya bila wani buat test sendiri kat rumah. ^_^




Alhamdulillah. Positif. Walaupon naik samar. Bermakna kandungan masih awal. Walaupon anak yang ke-3 tapi seronok tu macam anak sulong. Hehe. Keesokkan harinya, wani pegi klinik. Check lagi sekali depan doktor. Doktor sahkan hamil 5minggu. Anggaran due date 14/8/2016. Lagi 2minggu appoiment untuk scan nak tengok jantung baby. Doktor ni lah yang wani jumpa sejak mula kawen sampai la beranak pinak. Siapa duduk area Puchong boleh la try pegi klinik DR.SITI & RAKAN-RAKAN. Nama doktor tu DR. SUMAYYAH. Sangat mesra alam. hehe.

Sebenarnya, semasa wani check sendiri kat rumah. Dalam tempoh 1 minit yang pertama hanya satu line sahaja. Wani dah rasa hampeh. Haha. Then wani biar kan je sementara nak mandikan anak-anak. Lepas tu tengok lagi sekali baru nampak naik dua line. Rasa nak lompat bintang. haha. Alhamdulillah. Doakan wani dan baby sihat-sihat selalu ye. ^_^

POSITIF - Naik dua line walaupon halus dan samar
NEGATIF - Hanya satu line sahaja

Masa anak sulong, line kedua lebih terang sebab wani check ketika lewat period dalam 10-12hari. Kandungan ketika tu hampir 7minggu. Anak kedua pula samar-samar. Anak ke 3 pun naik samar. Jadi jika anda ragu-ragu boleh tanya kawan-kawan yang pernah mengandung atau terus check kat doktor terus ok. Wani akan cerita tentang SET KESUBURAN yang wani makan di next entry. See ya

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525


No comments:

Post a Comment

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.