Anggaran kandungan wani sekarang ni adalah 6minggu 4hari. Ini mengikut apps "My Calendar " Mual, loya, muntah , badan berangin , kuat tidur adalah simptom kehamilan wani. Dah anak ke 3 pon sama je macam dulu. Ingat anak makin ramai makin kurang alahan. hehe. Sama je morning, evening, nite sickness dia. haha. Anak pertama dan kedua wani mengalami alahan sampai 6bulan. Turun berat badan 5-6kg. Huhu. No 3 ni tak tau la berapa lama. Jadi bertabah la mak.. Sebenarnya ada juga ibu hamil yang steady tak de sebarang alahan sampai bersalin. Apa yang boleh wani cakap. BERSYUKURLAH. Hehe. Tak de sapa nak muntah-muntah dan hilang selera makan semua tu. Siapa yang pernah alami alahan dia akan faham. Apa pon kuatkan semangat. Nanti kita akan rindu semua ni. ^_^
Kalau anda semua nak tahu, wani memang mengamalkan asid folik + vitamin B lengkap = B COMPLEX sebelom kehamilan lagi. Pengambilan asid folik 3-6 bulan sebelum kehamilan adalah sangat penting untuk membolehkan tubuh kita bersedia untuk sebarang pertumbuhan dan pembentukan sel-sel baru. Sebab itu B complex termasuk dalam SET KESUBURAN. Kandungan asid folik yang mencukupi akan membantu wanita mematangkan telur ovum, membantu pembentukan plasenta dan proses pelekatan janin di dinding rahim.
Ia perlu diteruskan mengambil supplemen asid folik sebaik sahaja disahkan hamil. Bagi kehamilan yang tidak dirancang dengan teratur, wanita berkenaan dinasihatkan untuk mengambil supplemen asid folik setiap hari dan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga kandungan berumur 12 minggu. Dalam 12 minggu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf sedang berkembang pesat.
Fakta ringkas mengenai asid folik
- Asid Folik atau Folate adalah Vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran.
- Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan 3 bulan pertama selepas hamil. (lebih bagus diamalkan sepanjang tempoh kehamilan, berpantang dan menyusukan anak)
- Vitamin B-complex merupakan
vitamin yang diperlukan setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme
yang sihat.
- Vitamin B mempunyai fungsi yang sangat hebat termasuk pengeluaran
hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan
mengekalkan saraf dan kulit yang sihat.
- Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida).
Perbezaan Vitamin B Complex di pasaran dengan Vitamin B Complex Shaklee
Menjadi kebiasaannya ibu hamil dibekalkan dengan vitamin B-Complex dan Asid Folik
apabila membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Namun, tidak ramai yang tahu
vitamin B complex tersebut tidak merangkumi 8 kumpulan vitamin B yang utama yang penting
iaitu:
- B1 – Thiamin
- B2 – Riboflavin
- B3 – Niacin
- B5 – Panthothenic Acid
- B6 – Pyridoxine
- B7 – Biotin
- B9 – Folic Acid
- B12 – Cyanocobalamin
Apabila si
ibu mengambil vitamin B Complex dari Klinik Kerajaan dan Asid Folik, mereka
masih kurang B5, B6, B7 dan B12.
Oleh kerana asid folik merupakan salah satu vitamin B, maka lebih elok sekiranya kita mencari vitamin yang mengandungi kesemua vitamin B. Mengandungi kesemua 8 vitamin- B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dlam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama). Jadi semestinya B COMPLEX SHAKLEE pilihan wani. Hanya RM53 sebotol /120biji tahan 4bulan. Jimat kan. ^_^
Oleh kerana asid folik merupakan salah satu vitamin B, maka lebih elok sekiranya kita mencari vitamin yang mengandungi kesemua vitamin B. Mengandungi kesemua 8 vitamin- B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dlam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama). Jadi semestinya B COMPLEX SHAKLEE pilihan wani. Hanya RM53 sebotol /120biji tahan 4bulan. Jimat kan. ^_^
Selain itu, wani juga mengamalkan SET KEHAMILAN. Maklum la kalau nak makan sayur-sayur sekarang ni tekak tak berapa nak terima. Makan nasi pon keluar balik. Hehe. Jadi untuk pastikan baby cukup keperluan, wani makan makanan tambahan iaitu vitamin shaklee. Vitamin semulajadi , selamat dan berkesan. ^_^
No comments:
Post a Comment