5 Nov 2016

PENGALAMAN BERPANTANG ANAK KEMBAR

PENGALAMAN BERPANTANG ANAK KEMBAR

Hai. Assalammualaikum. Selamat sejahtera.. Alhamdulillah wani dah selamat bersalin sikembar secara normal pada 30 Julai 2016. Pertama kali berpantang dengan dua baby. Jadi agak kelam kabut sikit. Haha. Belajar nak bahagi masa urus anak satu persatu.. Gambar kat bawah ni baru sampai dekat rumah. Dedua menangis , jadi satu kat riba satu mak dukung. Haruuuu.. Masa ni suami pergi ambil anak-anak yang lain kat rumah kawan. Mereka tolong jaga semantara wani kat hospital.




4 orang anak ada kat rumah. Mak handle sikembor , abahnya handle anak yang besar 2 orang.. Lepas anak- anak semua dah tidur, wani bancuh ESP Mealshakes Tamar Cocoa.. Milkbooster wani. Kejap lagi penuh nenen. Minum sebelom tido sangat digalakkan sebab waktu malam susu badan lebih banyak terhasil. Nak menyusu dua baby sekaligus juga bukan mudah tapi wani sentiasa jaga mindset. Wani mampu dan selalu kata susu aku banyak dan cukup untuk anak-anak. 

Demand banyak jadi mak kena supply pon banyak.. Tapi kena jaga ye jangan sampai bengkak susu.. Air masak sebotol kat sebelah dah siap bancuh dengan Performance Drink.. Performance Drink ni elakkan badan kita kering dan memberi tenaga. Bangun malam-malam mesti minum sebab kita bangun menyusu sejam sekali. Huhu. Bergilir-gilir sikembor ni bangun. Kadang-kadang serentak. Jadi mak akan susukan serentak juga la. Tampung badan baby guna bantal menyusu. Ada bermacam-macam posisi menyusu untuk anak kembar. Cari mana yang selesa pada baby dan anda sendiri.


 Ini contoh posisi yang wani selalu buat.

Ini pula contoh-contoh lain.

3 minggu pertama sangat mencabar pada waktu malam.. Kadang-kadang nak bertepuk manjang.. Kadang-kadang menangis nak berdukung sahaja. Seolah ada saja yang tak kena. Anak-anak wani semua tidur tak berbuai. Tidur kat bawah saja.. Mudah nak bergerak kemana-mana tanpa buai.. Awal-awal ni baby memang suka bertepuk nak tido. Jadi kena sabar ok kalau nak elak guna buai ni.. huhu.. Kalau sikembor ni dah tidur nyenyak, nak bercakap pon pelan-pelan. Cicak bunyi pon mak marah. Haha.. Tapi kan bila orang datang melawat cakap kuat-kuat semua nyenyak je tido. Bila orang dah balik , mak kentut tersepit pon korang bangun. Kehkehkeh

Alhamdulillah. Masuk usia sebulan tengkuk baby makin kuat nak mengangkat. Jadi wani cuba tidokan mereka meniarap. Akhirnya.. Cara ini berjaya. Mereka lebih nyenyak waktu malam. Bangun hanya menyusu sahaja. Dah tak menangis malam mintak tepuk bagai. Tidur siang pon dah tak tepuk sangat. Pandai-pandai la tido sendiri. Mak hanya pantau dari jauh.. Susu badan pula masih meriah. Mak konsisten amalkan SET BERPANTANG SET MENYUSU SHAKLEE. Cukup segala nutrisi yang disalurkan. Nurse pon kata teruskan je makan vitamin. ^_^ 



Set Berpantang Shaklee ni secara tak langsung jadi milkbooster jugak tau. Ini kali kedua wani berpantang guna set shaklee. Wani berpantang sendiri. Mak dan mertua dah tiada. Suami je la yang tolong. Alhamdulillah kami boleh uruskan sendiri selagi mampu.. Pagi-pagi wani akan siapkan mandi baby dahulu. Bagi susu sampai kenyang dan tidurkan balik. Kemudian baru wani akan mandi, bengkung , sapu minyak panas. Malam baru berurut dan bertungku sebab masa tu baru mereka tidur lama sikit. Ni gambar budak dua ketul kesayangan mak kanan HADAR & kiri MUZAFFAR. 



Ini la dua ketul yang selalu main dalam perut mak. Tak sangka dah keluar. Hehehe.. Gambar ni masa baby baru 3-4hari tak silap.. Bagi ibu-ibu yang sedang menanti hari-hari untuk bersalin, mak doakan semoga dipermudahkan. Percayalah sangat sangat berbaloi anda gunakan set berpantang shaklee.. Halal Selamat dan Berkesan..

Ada sesetengah ibu-ibu mengalami sembelit atau buasir selepas bersalin  sebab anda meneran dengan kuat semasa bersalin. Jangan pandang enteng. Sila ambil serius. Rawat segera sebelom semakin parah. Set Berpantang shaklee ni sangat membantu sembelit dan buasir. Wani cakap berdasarkan pengalaman wani sendiri. Ostematrix sangat-sangat membantu masalah sembelit dan buasir. Tambahan ambil Omega juga. Insyaa Allah akan semakin pulih..Jangan malu-malu ok. Meh whatsapp wani, wani akan bantu.^_^

 Inilah kelebihan produk shaklee, boleh dimakan sepanjang masa. Ketika hamil , berpantang , menyusu lepas tu hamil balik pulak.. Bila mau habiss daaa.. Hahaha. Kita banyak kali mengandung, dah berapa banyak hilang kalsium dan zat-zat dalam tubuh. Dekat sini la peranan vitamin. Top up balik yang hilang. Sebab tu la bila dah banyak anak kita senang sakit-sakit la, sakit pinggang , sakit tumit , lemah badan ,rambut gugur teruk dan macam -macam lagi. Semua tu kesan dari kita hamil dan beranak. Lagi pon kita bukan 24jam makan sayur, minum susu bagai. Piramid makanan pon silap-silap tak ingat dah. Haha..

Pejam celik habis sudah 44hari berpantang.. Wani tetap teruskan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee untuk meneruskan perjalanan penyusuan sikembar sehingga 2tahun. Semoga dipermudahkan. Amin ^_^

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

4 Nov 2016

PART 2 : PENGALAMAN BERSALIN KEMBAR

PART 2 : PENGALAMAN BERSALIN KEMBAR

Sambungan dari part 1...

Nurse check jalan dah 4cm. Mereka call Labour Room untuk standby kan satu bilik untuk mak. Masa tu jam pukul 2-2.30 petang, mak terus bancuh ESP ,   MEALSHAKES &  PERFORMANCE DRINK yang mak dah letak dalam shaker siap-siap. Inilah minuman tenaga 3 serangkai mak sebelom bersalin.

Kemudian mak jalan-jalan lagi keliling wad dalam 10minit. Dari pagi tadi sampai petang mak dah lama sangat berjalan, mak perlu  rehat sebab kejap lagi nak teran baby dah. Walaupon tengah contraction, mak ambil keputusan untuk lelap sekejap. (Fasa Resting Labour)

Dari pukul 3 sampai pukul 4.30 mak tidur-tidur ayam. Paksa pejam kan mata. Rehatkan badan dan kumpul tenaga. Pukul 4.30 mak bangun terasa segar. Kesan pengambilan air tenaga 3 serangkai Shaklee tu la. Hehe.. 

Mak cuci muka dan ajak suami teman jalan-jalan kat wad lagi.. Baru 10langkah terus datang contraction kuat. Masa tu tetiba mengalir air mata. Menahan sakit gamaknya.. Huhu. Doktor yang lalu dekat situ tegur.

 " Awak macam dah sakit sangat, mari saya check awak". Seluk dah 5cm. Doktor suruh nurse tolak terus ke Labour room.

Labour room agak penuh. Mak dimasukkan bilik agak hujung. Nurse tu cakap, ni bilik sementara.

 "Kejap lagi kita nak tolak awak bilik depan kaunter. Awak twin kena pemantauan lebih. Bilik depan dorang tengah kemas orang baru bersalin. Kita pasang CTG dulu ye."

Ketika tu jam tepat pukul 5 petang, Nurse seluk lagi sebelom keluar. "Ok dah 6cm. Awak pernah bersalin kan sebelom ni. Jadi awak tahu rasa kalau baby nak keluar kan. Tekan button ni ye. Jgn push sekarang nanti kepala baby bengkak sebab baru 6cm. Nanti saya masuk balik ye" . Mak hanya angguk tanda faham. 

Jam 5.30 dorang tolak masuk bilik yang betul- betul depan kaunter. Mudah dan cepat doktor nak berlari masuk. Alhamdulillah. Semua doktor perempuan. Lepas tu suami datang masuk. Teman pegang tangan mak sepanjang contraction. Terima kasih suami. Huhu.

Contraction makin kuat dan kuat.. Ketap-ketap gigi menahan sakit.. Doktor masuk dan berkata, "Ok kita akan pecahkan air ketuban ye." Pulpppp.. Bunyi air ketuban pecah. Hehe.. Comel bunyi die.. Macam terkentut dalam air. Haha.

Kejap-kejap doktor keluar masuk bilik tu. Seluk 7cm.. Seluk 8cm... Seluk 9cm.. Kemain syok kena seluk. Haha. Tak rasa apa dah. Contraction tu padu baq hang.Pukul 6 petang mak dah rasa nak teran. Doktor kata boleh teran sebab dah nampak kepala baby.

Teran dan teran keluar la first twin mak.. Keluar je terus menangis. Selepas baby keluar, seorang nurse lagi tolong tekan perut bagi kepala second baby masuk laluan dan tak berpusing-pusing. 

Selalu kes second twin czer adalah sebab baby dah berpusing-pusing dan heartbeat dah slow. Tu worst case la. Syukur sangat sebab yang ada masa tu doktor-doktor pakar dan sister-sister yang berpengalaman. 

Sempat lagi nurse say sorry dekat mak sebab terpaksa tekan perut kuat sikit. Berbudi bahasa walaupon keadaan tengah tegang. Bagus betul dorang ni puji mak dalam hati.

 "Ok first baby 6.04 pm. Ibu ni baby apa" sambil bukak celah kangkang baby. "Baby boy" balas mak. Mak senyum. Rasa lega sekejap.. Lepas tu dorang bawak keluar baby untuk check selebihnya. 

Doktor suruh relax sekejap dan ambil nafas. "Ok ibu, kita nak pecahkan air ketuban second twin pula ye." Pulpppppp.. Terpancut air ketuban hampir terkena baju doktor. "Fuh nasib baik saya sempat elak." Sambil gaya mengelak.Tergelak kami laki bini kat situ. Haha.

 "Ok, next contraction teran sekuat hati ye ibu." . Tak dinafikan separuh tenaga dah habis lepas keluar first twin. Dalam hati saja mak mampu berdoa. Ya Allah.. Berikan aku kekuatan dan semangat untuk teruskan perjuangan ni. 

Mak tarik nafas panjang-panjang dan bersedia. Contraction datang balik dan Mak teran sekuat hati. Teran dan teran.. Tapi baby tak keluar. Mereka suruh berhenti meneran. Dah berderau darah mak. Takut ada apa apa yang tak kena. 

"Ibu, stop push ye. Saya nak seluk dan check kenapa baby tak keluar sebab ibu dah teran kuat".. 

Kemudian masuk satu lagi doktor pakar dan seluk mak juga..

"Ibu, kepala baby mendongak sedikit. Sebab tu awak teran-teran dia tak keluar. Kita nak betulkan kepala dia dulu. Kita akan vacuum sedikit ye untuk tundukkan kepala dia". Mak angguk sahaja. Apa sahaja asalkan baby selamat.

"Bapa, kita akan vacuum sekejap. Kita minta bapa keluar sebentar ya. Boleh jenguk first baby dulu kat luar. Minta maaf ya" . Tenang betul doktor tu. Cakap pon lembut je. 

Sebenarnya mak tak tau pon apa tu vacuum. Tak rasa apa dah kat bawah tu. Huhu. Mereka just betulkan posisi kepala je. Lepas tu mereka suruh teran. Tak de pulak kene vacuum sedut tu. Hehe. 

Next contraction. Mak teran sekuat hati. Suami baru keluar 3-5minit terus dengar suara baby dari dalam bilik. Mak selamat lahirkan lagi seorang baby boy sempurna sifatnya. Posisi kepala dah betul , sekali teran terus keluar. 

Alhamdulillah. Selamat dah anak-anak mak lahir. Giliran mak pula. Doktor keluarkan uri. Masa yang paling seriau lepas keluar uri adalah jahit. Huhu. Lepas keluar uri, doktor bersih-bersihkan semua. Tekan tekan perut keluarkan darah-darah beku.

 Waktu nak jahit tiba-tiba doktor cakap. "Eh. Tak ada koyak apa-apa la. Jadi tak perlu jahit lah. Kami akan bersihkan darah sahaja". 

"Betul ke doktor?. Alhamdulillah. " Mak rasa nak lompat bintang masa ni. Haha. Doktor gelak dan cakap " Mesti awak tunggu je kan saya cakap macam ni kan".

Siapa yang suka kene jahit doktor oiii.. hahha.. Doktor dan nurse keluar bilik. Tinggalkan sorang doktor saja untuk bersihkan  darah-darah beku dalam rahim mak ni. 

Sebelom dorang keluar mak hanya mampu ucapkan terima kasih banyak-banyak. Doktor senyum dan ucapkan tahniah. Cara dorang handle situasi tu memang pro sangat. Mak agak kagum sebab tak jahit. Sedangkan second twin kena vacuum kejap kan. Teknik dan cara mereka tu juga sangat-sangat membantu mengurangkan jahitan. 

Maka  telah lahir lah sikembar kesayangan mak pada usia kandungan tepat 38minggu. Abang 2.57kg. Adik 2.7kg. MCDA twin. Kembar seiras. Mak belanja gambar fresh dari labour room lagi. Sory mak tutup muka. Lawooo sangat la time tu kalah che ta.. Hahhahaha.


Gambar kat bawah ni masa dah naik wad..


Letak dalam katil baby tak mo. Semua nak tido kat katil dengan mak. Hehe



Cuba teka mana abang mana adik.. Hehe. Kanan abang. Kiri adik. Alhamdulillah syukur.. Tak perlu masuk nicu ke pape. Paru-paru semua dah matang. Sihat walafiat. Lega ni tak tahu nak kata macam mana. 

Kadang -kadang kita membayangkan macam-macam. Tapi Allah beri yang terbaik untuk kita lalui semua tu. 30 Julai 2016. Lahir anak-anak mak. 6.04petang dan 6.21petang. Petang keesokkan harinya mak dapat balik. ^_^

Mak doakan pada sesiapa yang sedang tunggu hari nak bersalin tu,semoga dipermudahkan semuanya. Vitamin Shaklee jangan lupa ok. Tak tau nak ambil yang mana? Boleh whatsapp mak. 

Sampai sini dulu mak share pengalaman indah mak bersalinkan twin ni. Nanti mak akan kongsikan gambar-gambar terkini sikembar. Terima kasih sudi membaca blog mak. ^_^

Salam sayang dari Mak Anak Empat.. *_^

================================

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. 

Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.^_* 

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh hubungi seperti yang tertera dibawah :



Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.

PART 1 : PENGALAMAN BERSALIN KEMBAR




PART 1 : PENGALAMAN BERSALIN KEMBAR

Assalammualaikum.. Selamat Sejahtera.. Pada last entry mak ada cerita serah diri dekat Hospital Serdang pada kandungan 37minggu 5hari. Tiada tanda darah atau apa-apa. Memang dah get ready untuk induce.

Bila doktor check,masih tiada bukaan, rahim masih tebal dan tinggi. Jadi doktor terus buat keputusan untuk tahan mak . Maka bermula la sebuah pengalaman yang takkan pernah mak lupakan. ^_^


Doktor lakukan CTG untuk pantau jantung baby. Alhamdulillah kepala first baby dah masuk laluan. Dua tiga kali cakap dengan doktor. Saya nak bersalin normal ye. Hehe.. Doktor kata boleh je. Awak pon ada pengalaman bersalin normal.Kepala baby juga dah kebawah. Jadi tiada masalah.

Masa ni scan, anggaran berat first baby 2.3kg.. Second baby 3kg. Gulppp.. Terus terbayang-bayang masa raya tu bedal kaw punya rendang laksa johor bagai. Haha. Tapi sekurang-kurangnya mak tau baby lebih 1.8kg. Jadi mak kurang sikit risau baby nak kena duduk NICU atau wad lama-lama.  Apa pon mak memang dah tabahkan diri nak teran dorang nanti dan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.


Mak kena tunggu kat PAC hampir satu hari sebelom dapat katil kat ward. Biasa la orang ramai. Mak is ok je borak-borak dengan ibu-ibu yang lain sementara tunggu tu. Mana yang tengah contraction mak tak tegur. Senyum-senyum je. Haha.

Setiap dua jam doctor akan check. Kejap-kejap CTG. Kejap-kejap scan. First baby kepala bawah. Second baby kejap melintang, kejap kepala atas, kejap kepala bawah. Kemain baby berpusing. Sampai 4kali scan sebab doktor nak tulis kat fail apa posisi dorang. Last sekali doktor tulis second baby melintang..Tak kisah la janji first baby memang dah masuk kepala dekat laluan.


Pada petang jumaat tu mak dah dapat katil dalam wad. Doktor inform akan masuk ubat (induce) pada pukul 5.30pagi. Malam tu sebelom tidur doa banyak-banyak. Semoga Allah permudahkan. Semoga Allah panjangkan umur mak dan anak-anak.

Tak lena tidur. Terbayang anak-anak kat rumah. Sedih rasanya. Maklum la tak pernah berenggang dengan anak. Surirumah kan, mak nak mandi pon ramai peminat ketuk-ketuk pintu kat luar. Hehe..

S
ebelom subuh tu nurse kejut.. "Dik , bangun. Siap-siap ye lepas tu tunggu kat bilik tepi tu. Nanti doktor akan panggil untuk induce".

Mak mandi siap-siap. Mak tau dah sakit kang apa mandi pon tak ingat dah. Haha. 


Wahhhh.. Ada 3-4 orang dah beratur menunggu. Mak pon borak-borak la. Mak ni peramah orangnya. Hikhik. Kemudian datang lagi 4-5 orang. Udah berderet mak-mak semua tunggu giliran nak induce.

Kemudian doktor pon sampai. Katanya siapa dah ready terus masuk bilik. Tak perlu panggil nama. Mak orang ke 3 volunteer masuk. Haha. Induce tak sakit. Sesaat je settle. Macam biasa doktor pesan, jangan kencing dalam tempoh sejam dua. Duduk je kat katil diam-diam. Mak 3kali nak beranak 3kali ni la induce. So dah faham rutin. Biasa macam ni mak akan sambung tido balik. Kehkehkeh.. 


Dekat hospital kalau dah pukul 7 tu memang riuh dah la kan. Pukul 7.30 sarapan sampai. Lepas sarapan mak telan Vitalea , Ostematrix, Vita C dan bancuh Performance Drink Shaklee. Kita nak hadap contraction ni kena banyak tenaga. So prepare la siap-siap vitamin shaklee dari rumah.

Tiba-tiba mak nampak orang selang sekatil dengan mak bancuh air koko hospital ESP SHAKLEE.. Teruja mak tengok dia keluarkan tong ESP tu. Hehe. Dia ada sakit jantung. Dah 2minggu kat hospital. Minggu depan katanya czer. Tak silap dia 35minggu. Tong oksigen memang kat sebelah. Tido ke apa memang dia pakai mask tu untuk support oksigen dia.

Allah.. Pengorbanan ibu kan. Semoga dia juga dipermudahkan urusan bersalin dan selamat semuanya. Sedih bila dia cakap, tak tahu lepas ni boleh mengandung lagi atau tak sebab ada sakit jantung. Risiko dia dan baby juga. Sebak time tu. Allah jua maha mengetahui segala sesuatu. Hanya kata-kata semangat je yang boleh diberi. 


Ok mak mintak izin balik ke katil sendiri. Mak tak dapat borak sangat sebab da start rasa mild contraction. Pukul 10 pagi doktor check jalan dah 3cm. Tengahari suami datang teman mak berjalan-jalan keliling wad sambil layan contraction.

Masa tu kita rasa lambatnya masa ni berjalan. Haha. Keras kejung kat tepi dinding bila contraction datang. Zikir dan istighfar je peneman masa tu. Suami bagi kata-kata semangat. Masa ni kalau kita marah suami, suami senyum je.. Haha. Pukul 2 check jalan lagi. 4cm dah. Nurse siap-siap call Labour Room suruh siapkan bilik.


Bersambung next entry PART 2.......



Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. 


Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.^_* 

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh hubungi seperti yang tertera dibawah :



Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.

PROMOSI NOVEMBER 2016

PROMOSI NOVEMBER 2016
=============================
Assalammualaikum. Selamat Sejahtera. Seronok sangat promosi bulan ni. Nak selim melim dan kuatkan imun inilah masanya. 

Lecithin
🍀Buy 3 Free 1 RM166.95

Alfalfa S & L
🍀Buy 3 Free 1
L - RM310
S - RM170.95

Nutriferon
🍀Buy 2 Off 5% RM365
🍀Buy 6 Free 1 RM1152
( Free postage, Free Membership , Cash Rebate )

Bagi mereka yang nak selim melim, ini masa yang sangat sesuai untuk anda dapatkan LECITHIN dan ALFALFA pada bulan ini.. Ramai yang sudah berjaya  serta lebih yakin dengan berat badan mereka. Boleh google ok.. Ini sedikit info tentang produk yang menjadi kegemaran ramai. ^_^

LECITHIN 
●sebagai pelarut @ pemecah lemak..
●bagus untuk mengurangkan kolestrol dlm badan
●menurunkan darah tinggi
●makanan utk otak, menguatkan daya ingatan terutama pelajar..
●mencantikan kulit
●Mencantikan kuku dan menjadikan rambut lebih bersinar.

ALFALFA
●sebagai detox@ melawaskan..
●mengurangkan keputihan bg wanita dan juga membetulkan hormon
●membantu mereka yg ada resdung, ekzema atau alahan
●membantu megeluarkan toksik badan
●memberi tenaga
●sebagai milk booster utk ibu menyusu
●menganjalkan payudara dan punggung
●membantu usus kecil menyerap khasiat
●membersihkan darah

================================

❤NUTRIFERON 

●Merupakan supplemen untuk meningkatkan sistem imun badan..

●Sistem imun diibaratkan seperti tentera dalam badan kita..

●Tugasnya untuk melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan.

●Nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit.

●Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh. 

●Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.

Secara jujur, wani memang suka sangat bagi anak-anak wani yang atas setahun makan Nutriferon ni. Tak perlu hari-hari
 Seminggu 2-3 kali sahaja wani bagi sebagai imun booster mereka. Jika nak demam atau selsema wani akan bagi 3hari direct. Alhamdulillah mereka cepat pulih. Yang penting produk shaklee adalah sumber semulajadi. ^_^

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

3 Nov 2016

DIARI KEHAMILAN: KANDUNGAN KEMBAR TRIMESTER KE 3


Assalammualaikum. Selamat sejahtera. Memasuki trimester ke 3 agak mencabar bagi kehamilan kembar. Bayi juga membesar secara mendadak. Maka pelbagai juga cabaran pada tubuh badan anda. Memang rasa penuh dalam perut ni. Tapi masya Allah punya la seronok bila dua baby tengah bermain-main dalam perut.. Vitamin untuk berpantang pon dah siap tersedia. Alhamdulillah. Kali ke 2 berpantang guna SET BERPANTANG SHAKLEE ni. Memang terbaik la. ^_^

Macam biasa rutin checkup si kembo.. Alhamdulillah.. Baby sihat-sihat. Paling menyejukkan hati mak, doc kata mak boleh normal sbb twin A kepala bawah dah.. twin B tak kisah posisi.. Cuma doc suh prepare je barang2 bersalin.

Twin A 1399g
Twin B 1327g
Kandungan 30minggu

Kakak laila tak p sekolah. Teman mak checkup kat hospital balik sampai kul 2.30ptg..Hari ni jumpa dengan specialist. Maximum doktor bagi sampai 38minggu sahaja.. Tapi jika ada apa2 yg merisaukan mereka akan tahan wad terus. Biasa Twin 35-37minggu bersalin dah..So far semua ok just carta  berat twin B tak naik banyak sgt.. Tak pe la janji sihat2 semua.. Cuma standby je la incase si twin ni tak sabo nak keluar .Tapi Insyaa Allah.. Mak boleh beraya dulu. Selang dua minggu pegi checkup lagi.. Alhamdulillah. Berat Twin makin bertambah dengan jayanya. Hehe. Ni antara  berat baby mak sehingga penghujung kehamilan.

Twin A 1609g
Twin B 1480g
Pada 32minggu 4hari

Twin A 1800g
Twin B 1750g
Hampir 35minggu

Nampak ya baby masih sedap duduk dalam perut mak. Tak ada tanda- tanda nak beranak lagi. Hehe. Oh ye, wani ada admit ward 2hari sebab baby kurang gerak.. Tapi bila kat hospital, tiap kali scan doktor kata baby ni aktif. Tangan doktor pon ditendang. Hihi. Selepas semua ok, doktor izinkan balik. Jadi dapatlah mak beraya dulu. Mak beraya ketika kandungan 35minggu lebih. Fuh.. Memang tak lepas peluang balun segala ketupat rendang. Haha.

Bila dah hujung-hujung kehamilan ni, malam bangun nak pee pee jalan pegang dinding.. Memang terasa perut ni berat. Ramai tegur perut dah turun. Besar tu toksah cakap la. Segala bapak strechmark ada.. haha.. Jenuh la nanti nak sental lepas beranak.. Selalu setahun baru hilang sikit-sikit.. Kena rajin sapu minyak.. Ok beg-beg semua dah siap.. Barang-barang baby pon dah cukup. Hanya menanti hari tunggu baby keluar..

Akhirnya.. pada usia kandungan 37minggu 5hari mak serah diri..Get ready nak induce. Doktor check semua ok. Buat VE ( Vaginal Examination) pon rahim masih tebal, jauh dan tiada bukaan langsung.. Langsung tarak.. haha.. Kalau tunggu lagi boleh sampai 40minggu rasanya.. Tapi mak tak larat dah, perut dah super besau..Jadi doktor terus tahan wad.. Menjadi perhatian doktor jika ada multiple baby. Alhamdulillah.. Doktor-doktor dan Nurse Hospital Serdang memang terbaik. Terima kasih mak ucapkan.. Eh rasa cam dah panjang entry ni.. Mak sambung pada next entry ok. PENGALAMAN BERSALIN KEMBAR pula.. Terima kasih anda yg sudi membaca.. Jangan lupa makan vitamin shaklee ok.

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.