3 Nov 2016

DIARI KEHAMILAN: KANDUNGAN KEMBAR TRIMESTER KE 3


Assalammualaikum. Selamat sejahtera. Memasuki trimester ke 3 agak mencabar bagi kehamilan kembar. Bayi juga membesar secara mendadak. Maka pelbagai juga cabaran pada tubuh badan anda. Memang rasa penuh dalam perut ni. Tapi masya Allah punya la seronok bila dua baby tengah bermain-main dalam perut.. Vitamin untuk berpantang pon dah siap tersedia. Alhamdulillah. Kali ke 2 berpantang guna SET BERPANTANG SHAKLEE ni. Memang terbaik la. ^_^

Macam biasa rutin checkup si kembo.. Alhamdulillah.. Baby sihat-sihat. Paling menyejukkan hati mak, doc kata mak boleh normal sbb twin A kepala bawah dah.. twin B tak kisah posisi.. Cuma doc suh prepare je barang2 bersalin.

Twin A 1399g
Twin B 1327g
Kandungan 30minggu

Kakak laila tak p sekolah. Teman mak checkup kat hospital balik sampai kul 2.30ptg..Hari ni jumpa dengan specialist. Maximum doktor bagi sampai 38minggu sahaja.. Tapi jika ada apa2 yg merisaukan mereka akan tahan wad terus. Biasa Twin 35-37minggu bersalin dah..So far semua ok just carta  berat twin B tak naik banyak sgt.. Tak pe la janji sihat2 semua.. Cuma standby je la incase si twin ni tak sabo nak keluar .Tapi Insyaa Allah.. Mak boleh beraya dulu. Selang dua minggu pegi checkup lagi.. Alhamdulillah. Berat Twin makin bertambah dengan jayanya. Hehe. Ni antara  berat baby mak sehingga penghujung kehamilan.

Twin A 1609g
Twin B 1480g
Pada 32minggu 4hari

Twin A 1800g
Twin B 1750g
Hampir 35minggu

Nampak ya baby masih sedap duduk dalam perut mak. Tak ada tanda- tanda nak beranak lagi. Hehe. Oh ye, wani ada admit ward 2hari sebab baby kurang gerak.. Tapi bila kat hospital, tiap kali scan doktor kata baby ni aktif. Tangan doktor pon ditendang. Hihi. Selepas semua ok, doktor izinkan balik. Jadi dapatlah mak beraya dulu. Mak beraya ketika kandungan 35minggu lebih. Fuh.. Memang tak lepas peluang balun segala ketupat rendang. Haha.

Bila dah hujung-hujung kehamilan ni, malam bangun nak pee pee jalan pegang dinding.. Memang terasa perut ni berat. Ramai tegur perut dah turun. Besar tu toksah cakap la. Segala bapak strechmark ada.. haha.. Jenuh la nanti nak sental lepas beranak.. Selalu setahun baru hilang sikit-sikit.. Kena rajin sapu minyak.. Ok beg-beg semua dah siap.. Barang-barang baby pon dah cukup. Hanya menanti hari tunggu baby keluar..

Akhirnya.. pada usia kandungan 37minggu 5hari mak serah diri..Get ready nak induce. Doktor check semua ok. Buat VE ( Vaginal Examination) pon rahim masih tebal, jauh dan tiada bukaan langsung.. Langsung tarak.. haha.. Kalau tunggu lagi boleh sampai 40minggu rasanya.. Tapi mak tak larat dah, perut dah super besau..Jadi doktor terus tahan wad.. Menjadi perhatian doktor jika ada multiple baby. Alhamdulillah.. Doktor-doktor dan Nurse Hospital Serdang memang terbaik. Terima kasih mak ucapkan.. Eh rasa cam dah panjang entry ni.. Mak sambung pada next entry ok. PENGALAMAN BERSALIN KEMBAR pula.. Terima kasih anda yg sudi membaca.. Jangan lupa makan vitamin shaklee ok.

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

No comments:

Post a Comment

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.