PART 1 : PENGALAMAN BERSALIN KEMBAR
Assalammualaikum.. Selamat Sejahtera.. Pada last entry mak ada cerita serah diri dekat Hospital Serdang pada kandungan 37minggu 5hari. Tiada tanda darah atau apa-apa. Memang dah get ready untuk induce.
Bila doktor check,masih tiada bukaan, rahim masih tebal dan tinggi. Jadi doktor terus buat keputusan untuk tahan mak . Maka bermula la sebuah pengalaman yang takkan pernah mak lupakan. ^_^
Doktor lakukan CTG untuk pantau jantung baby. Alhamdulillah kepala first baby dah masuk laluan. Dua tiga kali cakap dengan doktor. Saya nak bersalin normal ye. Hehe.. Doktor kata boleh je. Awak pon ada pengalaman bersalin normal.Kepala baby juga dah kebawah. Jadi tiada masalah.
Masa ni scan, anggaran berat first baby 2.3kg.. Second baby 3kg. Gulppp.. Terus terbayang-bayang masa raya tu bedal kaw punya rendang laksa johor bagai. Haha. Tapi sekurang-kurangnya mak tau baby lebih 1.8kg. Jadi mak kurang sikit risau baby nak kena duduk NICU atau wad lama-lama. Apa pon mak memang dah tabahkan diri nak teran dorang nanti dan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.
Mak kena tunggu kat PAC hampir satu hari sebelom dapat katil kat ward. Biasa la orang ramai. Mak is ok je borak-borak dengan ibu-ibu yang lain sementara tunggu tu. Mana yang tengah contraction mak tak tegur. Senyum-senyum je. Haha.
Setiap dua jam doctor akan check. Kejap-kejap CTG. Kejap-kejap scan. First baby kepala bawah. Second baby kejap melintang, kejap kepala atas, kejap kepala bawah. Kemain baby berpusing. Sampai 4kali scan sebab doktor nak tulis kat fail apa posisi dorang. Last sekali doktor tulis second baby melintang..Tak kisah la janji first baby memang dah masuk kepala dekat laluan.
Pada petang jumaat tu mak dah dapat katil dalam wad. Doktor inform akan masuk ubat (induce) pada pukul 5.30pagi. Malam tu sebelom tidur doa banyak-banyak. Semoga Allah permudahkan. Semoga Allah panjangkan umur mak dan anak-anak.
Tak lena tidur. Terbayang anak-anak kat rumah. Sedih rasanya. Maklum la tak pernah berenggang dengan anak. Surirumah kan, mak nak mandi pon ramai peminat ketuk-ketuk pintu kat luar. Hehe..
Sebelom subuh tu nurse kejut.. "Dik , bangun. Siap-siap ye lepas tu tunggu kat bilik tepi tu. Nanti doktor akan panggil untuk induce".
Mak mandi siap-siap. Mak tau dah sakit kang apa mandi pon tak ingat dah. Haha.
Wahhhh.. Ada 3-4 orang dah beratur menunggu. Mak pon borak-borak la. Mak ni peramah orangnya. Hikhik. Kemudian datang lagi 4-5 orang. Udah berderet mak-mak semua tunggu giliran nak induce.
Kemudian doktor pon sampai. Katanya siapa dah ready terus masuk bilik. Tak perlu panggil nama. Mak orang ke 3 volunteer masuk. Haha. Induce tak sakit. Sesaat je settle. Macam biasa doktor pesan, jangan kencing dalam tempoh sejam dua. Duduk je kat katil diam-diam. Mak 3kali nak beranak 3kali ni la induce. So dah faham rutin. Biasa macam ni mak akan sambung tido balik. Kehkehkeh..
Dekat hospital kalau dah pukul 7 tu memang riuh dah la kan. Pukul 7.30 sarapan sampai. Lepas sarapan mak telan Vitalea , Ostematrix, Vita C dan bancuh Performance Drink Shaklee. Kita nak hadap contraction ni kena banyak tenaga. So prepare la siap-siap vitamin shaklee dari rumah.
Tiba-tiba mak nampak orang selang sekatil dengan mak bancuh air koko hospital ESP SHAKLEE.. Teruja mak tengok dia keluarkan tong ESP tu. Hehe. Dia ada sakit jantung. Dah 2minggu kat hospital. Minggu depan katanya czer. Tak silap dia 35minggu. Tong oksigen memang kat sebelah. Tido ke apa memang dia pakai mask tu untuk support oksigen dia.
Allah.. Pengorbanan ibu kan. Semoga dia juga dipermudahkan urusan bersalin dan selamat semuanya. Sedih bila dia cakap, tak tahu lepas ni boleh mengandung lagi atau tak sebab ada sakit jantung. Risiko dia dan baby juga. Sebak time tu. Allah jua maha mengetahui segala sesuatu. Hanya kata-kata semangat je yang boleh diberi.
Ok mak mintak izin balik ke katil sendiri. Mak tak dapat borak sangat sebab da start rasa mild contraction. Pukul 10 pagi doktor check jalan dah 3cm. Tengahari suami datang teman mak berjalan-jalan keliling wad sambil layan contraction.
Masa tu kita rasa lambatnya masa ni berjalan. Haha. Keras kejung kat tepi dinding bila contraction datang. Zikir dan istighfar je peneman masa tu. Suami bagi kata-kata semangat. Masa ni kalau kita marah suami, suami senyum je.. Haha. Pukul 2 check jalan lagi. 4cm dah. Nurse siap-siap call Labour Room suruh siapkan bilik.
Bersambung next entry PART 2.......
Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli.
Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.^_*
~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh hubungi seperti yang tertera dibawah :
Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment