Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus, Inggeris = diabetes mellitus) merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
Simptom-simptom kencing manis
1. Cepat dahaga
2. Kerap kencing dengan kuantiti yang banyak
3. Cepat lapar
4. Kebas kaki
5. Mata kabur
1. Cepat dahaga
2. Kerap kencing dengan kuantiti yang banyak
3. Cepat lapar
4. Kebas kaki
5. Mata kabur
Faktor Risiko Yang Boleh Dikawal
- Lebih berat badan: Apabila index jisim badan (BMI) anda melebihi 25.
- Gaya hidup yang tidak aktif
- Tinggi kolesterol dan juga lemak. Contohnya HDL ‘kolesterol baik’ rendah daripada 35 mg/dL atau trigliserida melebih 250 mg/dL
- Tekanan darah melebih 140/90 mmHg untuk dewasa.
- Merokok.
Faktor Risiko Yang Tidak Boleh Dikawal
- Kaum.Kaum India didapati mempunyai risiko kencing manis lebih tinggi berbanding kaum yang lain.
- Umur melebihi 45 tahun meningkatkan risiko kencing manis
- Sejarah keluarga yang mempunyai kencing manis meningkatkan risiko tersebut.
Lebih banyak faktor risiko anda, maka kemungkinan untuk menghidap kencing manis menjadi semakin tinggi.
Faktor Risiko Untuk Wanita
Menghidapi kencing manis ketika mengandung meletakkan anda pada
risiko yang tinggi untuk mendapat diabetes mellitus jenis 2 pada
kemudian hari. Perempuan yang melahirkan anak melebihi 3.5 kg juga turut
mempunyai risiko. Mempunyai sejarah ‘sindrom polisistik ovari’ juga
meletakkan risiko anda untuk mendapat kencing manis.
Bagaimana untuk mendiagnos kencing manis
Ujian darah yang ringkas sudah cukup untuk mendiagnos diabetes. Ujian
HbA1C memberikan gambaran mengenai keadaan glukosa dalam darah pada dua
tiga bulan sebelumnya. Ia menunjukkan bagaimana anda mengawal paras
glukos anda. Sekiranya melebihi 6.5%, bermakna kawalan paras glukos anda
tidak dikawal dengan baik.
Doktor akan melihat pada simptom anda dan juga ujian darah yang
diambil. Sekiranya ujian darah ketika tidak makan dan selepas makan
melebihi 7.0 mmol/L dan 11.0 mm0l/L, anda akan didiagnos mempunyai
kencing manis.
Doktor juga akan meminta anda minum air gula yang telah disediakan sekiranya perlu untuk mendiagnos penyakit kencing manis.
Kerosakan jangka panjang: Arteri
Semakin lama, apabila kencing manis tidak dirawat, ia akan merosakkan
banyak organ-organ lain dalam badan. Dua daripada tiga pesakit kencing
manis mati disebabkan sakit jantung. Ia juga meningkatkan risiko untuk
anda mendapat strok. Pesakit kencing manis lebih cenderung menyebabkan
munculnya plak di dalam arteri dan mengurangkan pengaliran darah dan
menyebabkannya tersumbat. Arteri akan menjadi semakin keras dan
berlakulah penyakit jantung dan juga penyakit strok.
Komplikasi-komplikasi lain.
Bukan hanya strok dan sakit jantung. Penyakit kencing manis juga membawa kepada:
- Kegagalan buah pinggang.
- Kehilangan deria penglihatan dan juga katarak.
- Hilang deria sentuhan terutamanya di kaki.
- Jangkitan kuman menjadi lambat sembuh.
Mengawal diabetes: Diet
Apa yang baiknya mengawal paras glukosa dalam darah dengan diet turun
mengurangkan risiko komplikasi kencing manis. Anda harus mengawasi
kandungan karbohidrat dalam pemakanan anda. Sebaiknya kurangkan kalori
dengan mengurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi
putih dan juga roti putih. Gantikan dengan roti gandum sekiranya perlu.Berjumpa dengan pakar pemakanan adalah cara terbaik untuk anda mengubah tabiat pemakanan yang tidak sihat.
Senaman, senaman dan senaman
Saya amat menitik beratkan hal ini kerana ia amat penting. Cukuplah
sekadar senaman ringan dilakukan setiap hari. Semakin hari anda boleh
meningkatkan kekuatan senaman anda. Apabila bersenam ia mampu membantu
tubuh badan menggunakan insulin dengan efektif dan mengawal kandungan
glukosa dalam darah.
Gabungan diet dan senaman juga akan mengurangkan lemak, merendahkan tekanan darah dan juga melindungi jantung anda.Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan senaman sederhana selama 30 minit.
Mengawal Diabetes: Ubat-ubatan
Apabila kencing manis tidak dapat dikawal dengan diet mahupun
senaman, ubat adalah alternatifnya. Terdapat banyak jenis pil yang mampu
mengawal kandungan gula dan boleh digunakan secara gabungan pil. Ada
jenis ubat yang merangsang penghasilan insulin, ada ubat yang
meningkatkan kesan insulin terhadap sel dan ada juga ubat yang
menghalang pencernaan karbohidrat.
Mengawal Diabetes: Insulin
Dan dalam situasi-situasi tertentu, suntikan insulin diperlukan dalam
rawatan kencing manis. Apabila anda didiagnos kencing manis ketika
mengandung, insulin akan diberikan. Begitu juga apabila kandungan gula
terlalu tinggi dan tidak dapat dikawal. Juga dalam keadaan situasi
apabila pankreas mengalami kegagalan menghasilkan insulin.
Vivix ni utk bantu pulihkan DNA yg rosak, mengawal genetik,
menghasilkan tenaga yg diperlukan oleh sel, melambatkan pembentukan protein
AGE-advanced glycation end products. protein AGE yg berlebihan ni boleh ganggu
keutuhan sel. bantu jaga dan pelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, sistem
imun, sendi, perlindungan antioksidan, utk kesihatan overall.
VIVIX merupakan tonik
anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi
diabetes, arthritis, gout, penyakit kardiovaskular, kanser, tekanan darah
tinggi, kencing manis, terlebih berat badan n masalah kegemukan, nyanyuk,
osteophorosis, penyakit2 mata spt katarak n glaukoma dan macam-macam lagi.
Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya
mencegah penuaan berlaku dengan pantas.
Alhamdulillah dah ramai yg amek vivix untuk kencing manis dan bacaan
sudah turun, vivix ini hanya supplemen utk membantu, boleh terus mkn
ubat yg doktor beri utk percepatkan proses pemulihan
~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
untuk sebarang pertanyaan dan pembelian bole inbox wani
FB: Noor Malawani
PAGE: WANIZ SIMPLE SHOP
GMAIL: Wanizvitamin@gmail.com
SMS/WHATSAPP: 019-2833710
SHAKLEE ID: 929525
INSTAGRAM: waniz_simple_shop
No comments:
Post a Comment