24 Sept 2013

OMEGA GUARD SHAKLEE MENGHAKIS DAN MERBAHAYA.?



BETUL KE BOHONG?
Assalammualaikum.. salam sejahtera..

Baca tajuk pun dah cuak.. tul tak..?? haaa... wani pon naik cuak... hahaha..tapiii yakin lah dengan shaklee.. kenapa.. cam gini cerita dia..( sila baca sampai habis ye)

Kisahnye cam nie.. sebulan yang lalu..wani pagi ke stor supplyer wani.. nak ambil beberapa stock.. tengah tengok-tengok dan kira- kira stock ada la customer lain yang dekat kaunter tegur wani.. ini biji butir kami berborak..

kak A : meniaga ke..??
wani  : ha ah meniaga online je kak..
kak A : Ooo bagus la.. meniaga ape..?
wani  : saya jual shaklee dan barang yg ada kat stor ni..
kak A :Ooooo.. shakleeee....( sambil senyum sinis)
wani  :?????? (wat tak tau sambil kira stock balik)
kak A : akak dulu makan gak shaklee.. tapi sekarang tak.. akk dah tukar A*************(biar banyak skit star org susah nak  teka.. hhehe..) sebab akk tukar adalah sebab produk tu BAHAYA.. ko tau OMEGA ..? itu la yg bahaya.. kalo tak caye cuba amik polisterin letak omega tu.. nanti dia PECAH..betull!!! bahaya budak-budak makan..ishhhh..(sambil geleng kepala) dia menghakis.. perut usus kita ni IBARAT polisterin..sebab tu akk tukar A************* ni sekarang.. letak omega A************ nie tak pecah tau... maknanye kat perut kita pon ok, tak menghakis..cuba lah buat kalo tak caya..
wani  : eh...?? iyee ke.. takkan dorang nak jual produk merbahaya kak..

Terbualan terbantut kat situ dengan seribu tanda tanya padaku.. aicehhh.. dah macam novel lak..
terbantut sebab apek stor tu bawak stock die punye kat kaunter utk bayar.. pas die bayar terus blah sambil senyumm puashati..wani pon senyum cekelat je la.. tapi dalam hati panaasssss... hahaha... tak sempat bidas..

Dari peristiwa ni la wani gigih mencari jawapan.. sebab sebelom nie wani tak penah dengar orang cakap tak elok pasal shaklee ni.. lebih-lebih lagi kak A tu mention perkataan BAHAYA berulangkali.. wani try wat experiment sendiri.. ni la hasill die..


Wahh tahniah laa kak A..tu bukan pecah..

tu namanye ‘kelarutan’Dalam bidang Kimia ( kat Universiti rasanya belajar masa First year), benda – benda yg mempunyai polarity attraction yg sama akan melarut...( copy paste) wani sampai spm je.. huhuhuhu

bile wani google ada terjumpa juga orang yang wat experiment camni gak.. jom baca lebih detail..

==================================================================


Jadi, kami pun mencuba sendiri demo tersebut dengan menggunakan Omega Guard Shaklee...See.. seperti gambar di bawah, Omega Guard Shaklee memang benar-benar menghakis.. OPSSSS, nanti dulu. Sila baca sampai habis yer, baru tahu kebenarannya. Betul ke Omega guard Shaklee merbahaya? menghakis perut, usus, segala organ badan jugak ke???

Jadi, jika Omega 3 boleh menyebabkan pinggan atau cawan polisterin atau Styrofoam berlubang, tidak bermakna ianya akan menyebabkan perut atau usus kita turut terhakis dan memudaratkan badan kita. Banyak kajian yang membuktikan secara saintifik bahawa Omega-3 banyak memberi manfaat kepada kita. Lagi pun, perut, usus serta semua organ badan kita tak diperbuat daripada polisterin kan???

Suplimen minyak ikan Omega 3 yang biasa, hanya melalui hanya satu proses penyulingan yang ringkas (simple process of distillation) untuk memisahkan minyak ikan asli (crude oil) daripada bahagian ikan yang lain serta membuang segala bendasing / impurities. Dalam bentuk yang 'kompleks' itu, asid lemak Omega 3 tidak dapat mencairkan / melarutkan polisterin dengan mudah walaupun dibiarkan lama. Malah sebahagian polisterin tersebut pula yang leach out masuk ke dalam minyak tersebut. Oleh sebab itu, pegawai kesihatan selalu menasihatkan supaya tidak menyimpan makanan yang mempunyai asid lemak ke dalam bekas polisterin terutamanya jika makanan tersebut masih panas.

Suplimen minyak ikan yang berkualiti tinggi melalui proses penyulingan molekul kedua (double molecular distillation). Ini akan membuang saturated fats dan bahan selain asid lemak Omega 3. Penyulingan ini akan menghasilkan minyak ikan yang lebih tulen dan membuang lebih banyak bahan tercemar seperti merkuri dan logam berat yang lain yang terdapat dalam ikan tersebut. Oleh sebab itu, suplimen minyak ikan yang melalui 'double molecular distillation' bukan sahaja lebih terjamin kebersihannya, malah mengandungi lebih kepekatan asid lemak Omega 3. Manfaat yang berganda untuk kita tentunya. Secara mudahnya, asid lemak Omega 3 yang LEBIH ASLI pastinya dapat melarutkan polisterin dengan lebih pantas.

Anda dah dapat kebenarannya sekarang?? Berita gembira untuk anda!!! Omega Guard Shaklee bukan sahaja melalui double molecular distillation, malah triple molecular distillation iaitu Peyulingan pemeringkatan 3 kali. Melalui proses Triple Molecular Distillation itu pastinya minyak ikan Omega Guard Shaklee lebih terjamin kebersihan dan tahap keselamatannya, malah lebih tinggi kepekatannya berbanding jenama lain.



Kecoh sebentar tentang isu omega (minyak ikan Shaklee) boleh melarutkan styrofoam. Siap ada pihak buat home party kemudian demo antara Omega Shaklee dan Omega brand lain tunjuk depan mata. Haah memang betul Omega Shaklee boleh larutkan styrofoam. Dah ade orang tolong buatkan test. Persoalannya, betul ke bila Omega Shaklee larutkan styrofoam, maka ia berbahaya?



Jawapan versi pendek :
dari farmasi, TIDAK BERBAHAYA. Melainkan arteri anda di perbuat dari styrofoam. Building block organ kita lain kot.

Jawapan versi panjang:

Styrofoam cair disebabkan minyak ikan adalah pelarut organik. Lebih tinggi kadar hidrofobik minyak ikan tersebut (kadar larut dalam minyak), maka lebih cepat lah cawan styrofoam tu mencair.

Jadi, cawan styrofoam tu memang patut mencair pun bila diletak minyak ikan, TAPI BUKAN sebab minyak ikan tu berasid atau berbahan kimia, ia cuma berkaitan tahap ‘kelarutan’.

Dalam bidang Kimia (tak ajar kat sekolah kot, tp kat Universiti rasanya belajar masa First year, benda-benda yg mempunyai polarity attraction yg sama akan melarut.
Dalam hal ini, minyak ikan mempunyai kutub yg sama dgn polisterin. Jadi polisterin akan cair bila kena minyak ikan.

Tapi kenape bila bungkus ikan dgn polisterin tak cair pun?
Sebab itu ikan, bukan minyak ikan. Nak dapatkan minyak ikan yg tinggi kandungan DHA/EPA bukan semudah makan seekor ikan kembung goreng. Jadi kalau minyak ikan yang tak melarutkan styrofoam/polisterin tu, sah-sah lah kandungan DHA/EPA dia tak tinggi.

Jadi sekarang jangan risau lagi ye.. OMEGA GUARD SHAKLEE SELAMAT DIMAKAN..
kalo dapat jumpa kak A lagi mesti best.. wani nak beramass mesra dengan dia.. haha..

Sebijak saintis dalam dunia ni pon takkan dapat cipta tubuh manusia ni.. Allah jadikan tubuh manusia ni begitu hebat.. jgn la rendahkn ciptaan Allah nie dengan samakan polisterin tu.. adoiiii... satu lagi ummi, nenda shaklee wani yg bergaji beribu beriban dengan shaklee ni pesan  jangan sekali-kali rosakkan bisness orang lain.. biar orang lain nak makan supplement B ke C ke D ke.. jgn sesekali tutup periuk orang lain..berdokserrr tauu... hehe.. maaf jika ada yang terasa.. hanya berkongsi.. tiada dendam.. hanya sekeping hati yang masih lagi mencari ilmu.. ALHAMDULILLAH YA ALLAH..


untuk sebarang pertanyaan dan pembelian bole inbox wani di

FB: Noor Malawani
PAGE: WANIZ SIMPLE SHOP
GMAIL: Wanizvitamin@gmail.com
SMS/WHATSAPP: 019-2833710
SHAKLEE ID: 929525
INSTAGRAM: waniz_simple_shop

No comments:

Post a Comment

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.