24 Sept 2013

SET DIABETIS



Vivix™
- Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 
- Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi = - Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 
- Produk terbaik dalam menyokong sistem imun dan kesihatan keseluruhan. Mampu menurunkan paras gula dalam darah dan juga memelihara kesihatan jantung.
GLA Complex

- GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 
- Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
- Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *
- Dalam kes diabetis, ianya mampu menghalang komplikasi diabetis dengan mengurangkan kandungan gula dalam darah dan mengurangkan rasa kebas2 dan kesakitan.
Zinc Complex
- Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. 
- Ianya dapat membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin serta memperbaiki diabetis.
- Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
B Complex
- Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita. B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
• B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenikmembantu badan 
menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada 
tenaga sekaligus mengurangkan risiko diabetis.
• Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
Pesakit diabetis perlu mengetahui tiga kelas makanan. Iaitu makanan yang perlu dielakkan, makanan yang perlu dihadkan dan juga makanan yang bebas di makan.
Makanan yang perlu ­dielakkan

Ini bukan saja terhad kepada gula tebu, gula kastor, gula melaka dan madu tetapi termasuk sebarang gula tersembunyi yang terdapat dalam produk makanan dibungkus. Pesakit harus membaca kandungan bahan disenaraikan pada label produk dan awasi sebarang bahan berasaskan gula seperti maltosa, sukrosa dan fruktosa selain gula yang terdapat dalam sos dan kicap.

Ini kerana, makanan atau minuman mengandungi gula ­ringkas akan meningkatkan tahap gula di dalam darah ­dengan kadar cepat. Ini termasuk gula pasir, gula merah, gula melaka, gula batu, gula-gula, sirap, jeruk, halwa, kuih-muih manis, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, minuman ringan, coklat, jem (kecuali jem untuk diabetes) dan semua makanan bersalut gula.

Makanan yang perlu ­dihadkan

Makanan mengandungi karbohidrat kompleks boleh diambil dalam jumlah sederhana.
Ini kerana makanan ini akan dicerna dan diserap perlahan-lahan dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah secara mendadak. Oleh itu, pengambilan makanan dalam kumpulan ini harus diagihkan sepanjang hari, bukannya dimakan sekali gus dengan banyak.

Antaranya nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mi, semua jenis tepung, semua jenis ubi, buah-buahan dan jus serta sayuran berkanji seperti labu, jagung dan serbuk coklat.

Makanan bebas dimakan

Ini termasuk air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran, ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili, herba, kicap, sos dan garam.

Serat pula boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air - membantu penyerapan nutrien) dan serat tidak larut (tidak dapat dihadam sistem pencernaan namun membantu mengelakkan sembelit).

Serat tidak larut boleh diambil dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolesterol ke dalam aliran darah.

Contoh makanan mengandungi serat termasuk sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung dan pasta. Protein pula boleh didapati daripada sumber bijirin (roti, beras, pasta, tepung dan soya) atau daripada sumber haiwan (daging, ikan, telur, ayam dan produk tenusu). Ini perlu diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian anda.

Senaman

Selain menjaga pemakanan, penghidap diabetes juga digalakkan melakukan senaman ringan setiap hari seperti berjoging, berjalan kaki, turun naik tangga atau berkebun yang membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Selain itu, mereka perlu sentiasa mengawal kandungan gula sama ada memeriksa sendiri atau mendapatkan nasihat di hospital berhampiran.
#Kredit

No comments:

Post a Comment

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.