11 Nov 2014

TANTRUM @ ANAK NAKAL?

Hai. Assalammualaikum. Dulu masa anak dara benda Tantrum ni wani memang tak amik kesah. Lepas jadi mak-mak ni kena kesah juga la. hehe. Penah tak anda nampak anak orang tetiba baring kat shopping mall menangis hempas-hempas kaki? Itu la tantrum. Ini untuk kanak-kanak sahaja. Kalo dah besar bapak gajah buat camtu, sila panggil doktor rumah sakit. Kasi pasung. hahaha.

Apa itu tantrum?

Emosi yang diluahkan oleh kanak-kanak dan ia boleh berlaku seawal usia sembilan bulan hingga setahun. Anak kecil ini tidak tahu bagaimana untuk memberitahu & mereka tidak tahu cara untuk mengendalikan perasaan ini.


Masalah ini dapat ditangani dengan pendekatan secara konsisten dan ia akan kurang atau hilang dengan sendiri apabila usia mencecah tiga hingga empat tahun. Dari sudut psikologi, kanak-kanak meluahkan tantrum kerana mereka ingin menjadi lebih berdikari. Jika mampu, mereka mahu memakai baju sendiri, makan sendiri dan menjadi kecewa bila tidak berupaya melakukannya.


Pencetus tantrum

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:


1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang

Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.


2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.


3) Pergerakan yang Terhad

Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya diperbolehkan.


4)Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.

b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.

c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.



5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).


7) Trauma @ Fobia
Anak disiksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.

Sebagai ibu bapa, perhatian yang ringan seperti ‘eye contact’ dengan anak dan sentuhan dan suara yang lembut sudah memadai untuk anak anda mengetahui bahawa mereka mendapat perhatian anda.



CARA MENGATASI TANTRUM ANAK

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.





Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- Pegang dia seperti dalam gambar ini.

2- Bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.

3- Baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepada anak dan anda.

4-Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang

5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.



Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:

1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.

Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek

Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.


Anak wani juga tidak terkecuali mengalami tantrum ini. Agak kalut jugak la mak tetiba anak landing baik punye kat shopping mall. Mak hampir jadi hulk jugak la. hehe. Tapi tu la. Jadi mak-mak ni betul-betul mengajar wani lebih bersabar. Layankan je kalo berada kat luar. Alihkan perhatian dia jika dia menunjukkan tanda-tanda nak protes. Jadi ibu bapa pun kene kreatif. Wani akan spare makanan dalam beg. Kalo agak-agak habis modal nak pujuk, mak akan keluarkan gula-gula atau coklat. Sebab tak mau bagi dia tantrum kat luar. Kang dengan mak sekali naik tantrum. kiki.Jangan selalu ye. Ini memang habis modal dah. hehe.

Jadi ibu-ibu diluar sana semoga Allah merahmati kalian. Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai ibu. Mental fizikal sume kena kuat. Wani respect ibu-ibu yang mempunyai anak ramai. Bukan senang nak kontrol kan. Anda adalah wanita yang sangat kuat dan tabah. Inilah hasil akhirat kita. Semoga kita berjaya dengan lulus cemerlang dalam mendidik anak dan berikan yang terbaik untuk mereka.

Salam sayang untuk semua IBU-IBU HEBAT diluar sana. Kini aku mengerti besarnya pengorbanan SEORANG IBU. Sebak teringat arwah mak. TERIMA KASIH MAK. SEMOGA ALLAH TEMPATKAN MAK BERSAMA ORANG-ORANG BERIMAN. WANI RINDU TERAMAT KAT MAK. Mak tak sempat tengok cucu-cucu mak. Takpe la. Kita boleh jumpa kat sana nanti kan. :=)

Dua orang mak yang wani sayang. SAYANG KAMU DUNIA AKHIRAT.

ALFATIHAH
ARWAH MAK PAYNIAH BINTI NARDJU
ARWAH MAK MERTUA SHARIFAH ZAINAB BINTI SYED MOHD


==========================================================


Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.



~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525



No comments:

Post a Comment

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.