PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG HUBUNGI WANI 019-2833710
=================================================================
DAY 3
Assalammualaikum. Semalam kan Laila tidur awal. So wani dah pakaikan dia pampers. Pukul 10.45malam dia bangun. Melayan adik dia main lagi. Dah penat main pastu ajak tencing. Walaupun Laila pakai pampers, dia tetap nak kencing kat toilet. So keputusannya. 4bocor , 6 berjaya dalam toilet. okey la tu. Hari pertama 0-6, hari kedua 4-6. Dah macam score bola dah. hahaha.
Untuk hari ketiga ni wani tak leh bagi score sbb siang kami keluar. So kena pakaikan Laila pampers. Lepas maghrib gitu wani bukak pampers dia. Sampai la nak tido balik malam tu baru pakai pampers. Tiada kebocoran dan 2 kali kencing kat toilet. Untuk hari ketiga wani kurang tanya kakak nak kencing ke apa. Tanya selang setengam jam je. Alhamdulillah Laila sendiri cakap nak kencing. Tapi kalau wani tengok dia dah sejam tak kencing wani akan ajak masuk toilet. Kadang-kadang dia kencing, kadang-kadang tak. Tak pe la kita rajin bawak g toilet dari kebocoran lagi. Hehe.
Hari ke 3 menunjukkan Laila makin selesa kencing kat toilet. Cuma kadang-kadang dia ada jugak teringat kat pampers bile lepas mandi tu. So wani cakap tak payah. "kakak dah besar, nak kencing nak iyak pegi bilik air". So dia pasrah je la. hehe. Oh ye. Mak nak carikan Laila panties banyak skit la. Haritu beli 5 helai je. Habis sehari je pakai masa day 1. hihi.
DAY 4
Untuk hari ke 4. Pagi tadi Laila ada kebocoran 1 kali sebab mak terleka. Lupa nak ingtkan dia untuk kencing. Pagi tadi hingga tengahari 2 kencing 1 bocor. Kul 1 lebih wani keluar pegi pos barang. So Laila pampers on kejap sampai balik rumah. Petang tiada kebocoran, Laila sendiri cakap nak kencing. Lebih terbaru bila Laile ke bilik air, dia akan cakap "dah" kalau dah habis kencing. Kadang wani saja je bawak masuk bilik air, die cangkung. Diam kejap pastu cakap "dah" walaupon tak de kencing. So wani tau la kalo dia cakap dah maknanya dia habis kencing dan tak mo kencing dah.
Hari ni wani saja tanya " kakak nak kencing", Laila akan jawab "elom". hihi. Kadang-kadang kita kena perhati tanda-tanda dia nak kencing. Kadang Laila tak cakap. Tapi wani perasan die dok pegang "bunga" dia je. Kalau dah nampak terus je ajak pergi toilet. Makin hari makin banyak perkembangan Laila. Wani target seminggu dua untuk Laila faham sebab Laila jenis agak lambat untuk bercakap. Alhamdulillah. Allah beri Laila kefahaman yang baik walaupon Laila belom pandai untuk bertutur sepenuhnya. Rasanya untuk waktu siang Laila tak perlu pampers lagi dah. Nanti pelan-pelan wani ajar untuk tak pakai pampers ketika keluar pulak.
Untuk ibu-ibu diluar sana semoga anda sentiasa dirahmati Allah. Bila kita sendiri dah jadi seorang ibu, barulah kita tahu betapa besarnya pengorbanan ibu itu sendiri. Patut la Allah angkat darjat Ibu ni. Beruntungla kita dikurniakan anak walaupon seorang. Ramai lagi wanita diluar sana masih mengharap keajaiban untuk merasai nikmat mengandung dan bersalin. Wani sendiri penah menunggu bertahun untuk dapatkan anak. Jadi wani sangat-sangat tahu perasaan wanita-wanita diluar sana.
Untuk para isteri yang ingin ikhtiar untuk hamil boleh la mencuba SET KESUBURAN SUAMI ISTERI.
Wani akan kongsikan tips dan amalan-amalan untuk bantu kesuburan dan aturan pemakanan khas untuk pelanggan wani sahaja.
========================================================================
Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment