Assalammualaikum. Hari ni hari pertama Laila melalui potty train. Laila berusia 3tahun 2bulan. Laila jenis pendiam skit dan agak susah nak bercakap. Jadi wani terpaksa tunggu sampai Laila boleh cakap skit-skit untuk ajar potty train ni. Tu la orang-orang tua cakap masa kecik-kecik jika cepat jalan pasti ada salah satu perkembangan yang lambat. Laila berjalan ketika usia 10bulan tapi lambat cakap. Dia just paham yang wani cakap. Perkembangan setiap anak lain-lain. Jangan kita bandingkan anak kita dengan anak orang. Kita just buat yang terbaik untuk anak.
Apa pun mak seronok sangat aih melalui proses keibubapaan ni. Langkah pertama untuk potty train adalah membelikan Laila panties yang comel-comel, cantik-cantik dan berwarna-warni. Sebab sebelom ni wani cuba tak bagi pakai pampers tapi Laila protes. menangis-nangis mintak pakai. So tak jadi nak potty train. Hehe. So bila nampak panties yang cantik-cantik warna-warni, dia tertarik nak pakai. Secara automatik die rela bukak pampers dan menyarung panties dengan senyuman. Ayat pertama yang keluar dari mulut Laila adalah "Wahhhhh, santeknyeeee". So langkah pertama pastikan beli panties kegemaran anak anda. Laila tak kisah panties apa asalkan warna warni. Sebab ada setengah budak nak kartun frozen, otoman, upin upin dan lain-lain. So ikutkan je la anak nak corak ape. So ingat, langkah pertama BELI PANTIES.
Okey bermula la episod kebocoran. Haha, Sila sediakan kain lap sebanyak mungkin ye.Jangan letakkan jangkaan yang tinggi anak akan kencing kat bilik air. Ramai kanak-kanak seusia Laila sangat petah bercakap. Jadi anak siapa yang petah tu dah jadi satu kelebihan untuk anda lebih berkomunikasi antara satu sama lain. Wani pula kena kena fikir ayat yang ringkas bagi Laila faham. Untuk hari pertama, hampir setiap minit wani akan bercakap dengan Laila. "Kakak, nak kencing? kencing kat bilik air tau" dan wani ajar Laila cara nak panggil mak kalo nak kencing. " Mak, jom kencing". Wani cuba ajar semudah dan sefaham yang boleh.
Lepas tu wani akan ajar dia kencing kat toilet. 15-30minit sekali ajar masuk toilet dan cangkung untuk kencing. Secara jujurnya Laila langsung tak kencing kat toilet sepanjang satu hari ni. Haha. "Kakak, kencing masuk bilik air" . Ayat tu berpuluh-puluh kali wani cakap kat dia. Dia tetap terkencing kat ruang tamu dan dapur. Tak pe. Baru hari pertama. Jangan letak harapan menggunung.Hehe. Yang penting, ajar masuk toilet dan cara nak beritahu kita jika nak kencing. Cara ikut kreativiti masing-masing dan pemahaman anak anda. Anak sapa yang dah petah bercakap memang dah mudah.
Untuk hari pertama, Laila 6kali kebocoran dan zero kencing kat toilet. 6 - 0..Maaf la banyak guna words kencing dalam entry ni. Bukan seperti wee wee, syu syu dan lain-lain. Actually, Laila sebut tencing. hehe. Wani still sebut kencing sebab tak nak bagi dia pelat. Laila ada tido petang sekejap, so wani pakaikan pampers jika dia tidur. Alhamdulillah. Selesai hari pertama yang agak advanture jugak la sebab mak nak mengelap sana sini. Wani guna BASIC H untuk mop dan lap-lap kat rumah ni. Mestilah yang semulajadi dan tanpa bahan toksik. Alhamdulillah. Tak ada kesan bau hamis pun selepas Laila kebocoran..
Okey la. Sampai sini dulu, nanti kita tengok Day 2 macam mana pulak. Agak-agak ada perubahan tak? Nantikan. hehe..Selamat bertabah dan bersabar untuk ibu-ibu diluar sana. Jangan give up okey. Salam sayang dari Laila pokok kelapak. haha..See yaa.


==========================================================
Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment