8 Dec 2015

PROMOSI DECEMBER 2015 : COLLAGEN POWDER DAN LECITHIN


Hai. Dah hujung-hujung tahun ni makin meriah promosi sana sini. Clearance sales kedai karpet, diskaun hebat kedai perabot, beli ridsect free pencuci mangkuk tandas,. Macam-macam sales ada. Hehe. Shaklee pon tak kurang hebat dengan promosi yang sangat bestt dan mampu milik.

COLLAGEN POWDER
BUY 2 DISCOUNT 5%
BUY 6 FREE 1 + FREE MEMBERSHIP + CASH REBATE

LECITHIN
BUY 2 DISCOUNT 5%
BUY 6 FREE 1



Bahan utama collagen powder shaklee ialah sisik ikan merah dari laut dalam. Fungsinya adalah untuk menyokong pembentukan tisu penyambung. Bukan itu saja, Shaklee Collagen Powder ini juga  di tambah dengan 7 bahan aktif iaitu ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B meningkatkan keberkesanan collagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luaran.


Ikan merah laut dalam hidup pada paras 5000m di bawah laut. Sisiknya lebih tahan kepada tekanan air yang jauh di dasar laut berbanding ikan biasa. Tambahan pula ia jauh dari pencemaran dan sisa toksik. Jadi kolagen yang dihasilkan dari sisik ikan merah sudah tentulah lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi.

Apakah Kelebihan dan Kebaikan Shaklee Collagen Powder ?


Selain daripada kelebihan collagen Shaklee yang tahan lasak, kebaikan lain ialah molekul collagen  juga ringan iaitu kira-kira 1000 Dalton sahaja dan mudah diserap oleh badan berbanding kolagen biasa yang beratnya 300,000 Dalton yang sekaligus menyukarkan penyerapan oleh tubuh. Bila mudah diserap, maknanya kesannya juga maksimum. Ada yang mengadu, dia dah makan kolagen jenama lain tapi tak nampak kesan. Mengapa ? Sebab kolagen yang biasa , molekulnya besar dan tidak dapat diserap dengan sempurna. Akhirnya di buang saja. Rugikan ?

Collagen Shaklee juga membekalkan 4000mg “kolagen proprietary” menjadikan kolagen Shaklee jauh lebih unggul dan terbukti berkesan dalam tempoh yang singkat


Sekotak ada berapa ? Tahan berapa lama?

Sekotak Collagen Powder Shaklee mengandungi 15 sachet. Jika betul betul inginkan kesan yang bagus, ambil satu sachet setiap hari. Tapi jika ingin berjimat, boleh di ambil selang sehari selama sebulan


Berapa Harga Sekotak ?


Harga
 runcit sekotak ialah RM298. Namun bagi bulan december ini, kami ada promosi Beli 6 Percuma 1 Kotak. Dapat lagi penghantaran PERCUMA + Keahlian PERCUMA dan BONUS tunai bernilai RM100 ++.  Banyak sebenarnya boleh jimat kalau beli dengan promosi Buy 6 FREE 1 Shaklee Collagen Powder bulan ini. Ada juga yang berkongsi dengan kawan kawan dan saudara mara. Harga pun dapat lebih murah dari biasa !


Kenapa Mahal Harganya ?


Mahal kerana collagen powder Shaklee dihasilkan daripada sisik ikan merah (red snapper) yang sememangnya dikenali sebagai sumber kolagen berkualiti tinggi dan tahan lasak. Kebanyakan collagen di pasaran hanya menggunakan kolagen dari ikan salmon dan sumber lain. Harga pasaran juga untuk collagen ikan merah ini boleh mencecah ke rm400-500.  Tapi di Shaklee tidak sampai RM300 pun!

 Tambahan pula ia diadun dengan bahan bahan semulajadi lain yang telah di uji keberkesanannya pada kulit kita. Memang confirm SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN! Itu jaminan SHAKLEE !

 
Berapa lama nampak Kesan ?


Kesan
Shaklee collagen powder berbeza beza bergantung pada individu. Ada yang seawal sachet ke 3 dah rasa kulitnya lembap dan moist. Ada yang perlu habiskan sekotak. Daripada  ujian klinikal yang dijalankan oleh Shaklee sendiri, kesannya dapat dilihat seawal 3 minggu pertama.
Antaranya seperti berkurangnya kedutan dan tekstur kulit bertambah cantik. Statistik menunjukkan 71% pengguna merasakan perubahan yang sangat ketara pada kulit wajah dan anggota badan setelah menggunakannya selama 8 minggu.

Bukan itu sahaja, anda pasti tampil lebih seksi dihadapan suami nanti kerana kesan Collagen Shaklee menjadikan anda lebih anjal dan gebu ! JOM DAPATKAN COLLAGEN POWDER SEKARANG!!!

===========================================================

PROMOSI LECITHIN


  1. Lecitin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras ... Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini
  2. Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecitin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan....Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2...jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati...
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin
  6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Disamping itu, struktur lecitin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan...

  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

24 Nov 2015

TIPS UNTUK MEREKA YANG SUSAH TIDUR MALAM

TIPS UNTUK MEREKA YANG SUSAH TIDUR MALAM

Assalammualaikum. Selamat Sejahtera. Baru-baru ni wani ada seorang customer yang mengadu susah tidur malam dan sentiasa gelisah. Setelah wani selidik sedikit, beliau merupakan seorang student kolej. Memang banyak benda nak handle dan fikir. Sehingga terbawa-bawa habit berfikir tu dekat rumah. Akhirnya beliau kerap sakit kepala , susah tidur dan gelisah. Tidur yang berkualiti akan menentukan keceriaan hari anda. Disini wani nak kongsikan tips-tips untuk mereka yang susah tidur malam.

masalah sukar tidur , tips susah tidur , vitamin sukar tidur


Setelah bekerja keras seharian penuh, tubuh memerlukan waktu yang cukup untuk mengembalikan tahap kesegaran yang baik. Makan makanan bernutrisi dan bersenam secara teratur adalah kegiatan yang sangat berperanan menjaga kesegaran tubuh. Namun, tidur yang baik pun merupakan salah satu aspek penting yang tidak boleh diabaikan. Terdapat beberapa cara yang perlu  untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Tidur
Tidur waktu yang sama setiap hari. Tubuh memiliki jam biologi yang memberikan signal mengantuk saat tubuh memerlukan tidur. Usahakan jangan melawan rasa mengantuk ini dan jangan pula tidur sebelum waktunya kerana akan mengganggu kualiti tidur.

Bangun 
Bangunlah secara teratur setiap pagi agar tubuh terbiasa dengan aktiviti yang kita jalani setiap hari. Hindari untuk tidur lebih lama meskipun pada malam hari terlambat tidur atau terbangun dari tidur di tengah malam. Kurang tidur sangat wajar untuk terjadi pada beberapa keadaan dan bukanlah sesuatu yang berbahaya. Anda tidak perlu terobsesi untuk mengganti waktu tersebut.


Bersenam
Senaman secara teratur dapat memperbaiki kualiti tidur. Lakukanlah senaman ringan secara teratur pada pagi hari atau sebelum makan malam. Atau sekurang-kurangnya 2-3kali seminggu.


Aktiviti luar
Lakukan aktiviti di luar rumah. Paparan sinar matahari dapat merangsang terbentuknya melatonin yang berperanan dalam proses tidur. Sinar matahari pagi sangat penting dalam membentuk fungsi tubuh yang baik.


Tempat tidur
Buatlah tempat tidur anda senyaman mungkin. Hal yang membuat tempat tidur menjadi nyaman antara lain adalah suhu yang bersesuaian, sunyi dari suara-suara diluar rumah, wangi-wangian, kemas dan bersih.

Mandi
Tenangkan pikiran Anda dan relaks. Mandi air panas satu jam sebelum tidur akan menaikkan temperatur badan dan kemudian turun. Hal ini akan memicu rasa kantuk dan menghasilkan kualitas tidur yang baik.

Merokok
Jangan merokok atau kurangkan beberapa jam sebelom tidur. Nikotin dapat mengurangi kualiti tidur anda.

Alkohol
Jangan minum alkohol untuk membantu anda tidur. Alkohol memang dapat membantu anda tidur, namun banyak pula efek samping negatif yang tidak anda harapkan seperti merangsang anda untuk buang air kecil, bangun lebih awal, atau mendengkur yang dapat mengurangi kualiti tidur anda.

Ubat
Jangan bergantung pada pil tidur. Pil tidur akan membuat anda mengantuk di pagi hari dan dapat memberikan efek “rebound” yang mengakibatkan anda lebih sulit untuk tidur bila tidak mengambil pil tidur. Boleh memberi kesan pada tubuh jika diambil dalam jangka masa yang panjang. Jadi, ELAKKAN.



Susu
Manfaat minum susu sebelum tidur mampu memberikan anda tidur yang nyenyak dan sempurna. Dianjuran satu gelas susu hangat dan rendah gula. Segelas susu mengandungi asid amino tryptophan yang banyak . Pengambilan triptofan bagi otak anda bermakna pengeluaran serotonin dan melatonin yang baik untuk tubuh anda . Kedua-dua hormon ini memainkan peranan dalam kitaran tidur anda sehingga tidur anda lebih berkesan dan menyihatkan . Jika anda jenis sukar minum susu, anda boleh gantikan dengan vitamin kalsium lengkap iaitu OSTEMATRIX




Stress
Tahukah anda, ketika anda stress anda membunuh pelbagai fungsi vitamin dalam tubuh sikit demi sedikit. Jadi kurangkan stress atau terlalu berfikir ketika hendak tidur. Amalkan vitamin B COMPLEX untuk merehatkan saraf-saraf anda dan merehatkan tubuh.





Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan


17 Nov 2015

PILIH VITAMIN C YANG BERKESAN DAN SELAMAT



Assalammualaikum. Selamat malam semua. Sempena promosi vitamin c bulan ni, wani nak share sedikit sebanyak info-info tentang vitamin c yang wani dapat semasa hadiri kelas-kelas serta bengkel dari Pakar Nutrisi. Vitamin C merupakan vitamin yang paling banyak dikenali hari ini.Tidak menghairankan kerana tubuh kita memerlukankan vitamin C untuk menjalankan hampir 300 fungsinya. Selain itu, vitamin C telah terbukti membantu melindungi tubuh terhadap penyakit jantung, kanser dan penyakit berat lainnya. Tanpa vitamin C tubuh tidak akan mampu memperbaiki sel yang rosak. Vitamin C sangat penting dalam proses pembentukan kolagen. Setiap kali seseorang mengalami luka atau cedera, proses inilah yang membantu memperbaiki kerosakan dan tanpa vitamin C yang cukup ini akan hampir mustahil terjadi proses penyembuhan yang maksima.

Untuk serapan yang terbaik dan menampakkan kesan pada diri, anda harus la tahu vitamin c mana yang sesuai. Maklum la lambakan vitamin c pelbagai jenis di kedai-kedai dan farmasi sekarang ni agak mengaburi mata kita nak pilih yang bersesuaian.

FAKTA VITAMIN C DAN PILIH VITAMIN C YANG BERKESAN



Vitamin C mengambil masa 2-3 jam sebelum ia mencapai tahap maksimum dalam darah. Selepas tempoh tersebut, kandungan vitamin C dalam darah akan mula berkurangan dan seterusnya terhapus melalui air kencing atau peluh. Kebanyakan Vitamin C akan terhapus sepenuhnya selepas 3-4 jam. Oleh kerana itu, Vitamin C perlu diambil setiap hari dan berkadaran, contohnya setiap 4 jam sekali.


Sebagai contoh, sekiranya anda mengambil Vitamin C tablet yang mengandungi 250mg Vitamin C, sebanyak 80% akan diserap oleh tubuh. Bagaimana pun, sekiranya diambil sebanyak 2gram (2000mg), hanya sebanyak 50% yang akan diserap oleh tubuh. Oleh itu, sebaik baiknya Vitamin C diambil pada jumlah yang kecil beberapa kali dalam sehari. Semakin tinggi dos yang diambil, semakin kecil nisbah yang diserap oleh tubuh.

Jadi anda perlulah mencari vitamin c yang ada pelepasan masa suapay kadar serapan pada tahap maxima.  Jadi wani akan syorkan anda vitamin c shaklee atau nama sebenarnya SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS.


Vitamin c shaklee mempunyai pelepasan setiap jam. 1biji vitamin c shaklee bersamaan 500mg. Setiap jam 100mg vitamin c akan melepaskan dalam tubuh. Jadi 500mg bersamaan 5jam dan 5kali pelepasan. Terdapat banyak pendapat mengenai jumlah sebenar Vitamin C yang diperlukan oleh seorang individu setiap hari. Ianya antara 250mg hingga 10gram setiap hari. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan berat, jenis aktiviti, kadar metabolisme, penyakit yang dihidapi dan juga umur. Tekanan dan perubahan emosi seperti rasa cemas, kecederaan, pembedahan, melecur atau keletihan akan menyebabkan keperluan vitamin seseorang bertambah.

Ada orang nak cantik dan putih dan makan vitamin c 2000mg sekaligus. Tapi tetap tak nampak hasil. Kenapa? Mungkin dalam satu jam tu badan anda perlukan 100mg sahaja, jam seterusnya mungkin perlu 80mg. Anda telan 2000mg, 100mg diserap. lagi 1900mg pegi mana?
terhapus melalui air kencing atau peluh. Jadi nampak tak kepentingan vitamin c melalui pelepasan setiap masa. Urin kita yang tinggi vitamin c. Sadis tau.. huhu.
Oleh itu, sebaik baiknya Vitamin C diambil pada jumlah yang kecil beberapa kali dalam sehari. Vitamin Shaklee boleh makan 2-3biji sehari. Kalau wani demam atau selsema, wani akan amik 4 biji gitu la. Insyaa Allah cepat kering selsema. Setiap orang penyerapan vitamin c nya berbeza. Jika terlebih skit ambil pon dia akan keluar melalui urin. Tak de effect buah pinggang ke pape. Asalkan anda pilih vitamin yang semulajadi macam vitamin SHAKLEE ^_^
Shaklee juga menyediakan VITAMIN C CHEWABLE untuk kanak-kanak setahun dan keatas.


Ok. Beza Chewable Vita C adalah boleh dikunyah dan sesuai untuk kanak-kanak serta orang yang susah telan vitamin. Dos juga lebih rendah iaitu 100mg sebiji manakala Sustained Released Vit C 500mg sebiji. Fungsi vitamin c adalah sama. Bezanya hanya dos dan boleh dikunyah. Ibu-ibu hamil yang mudah loya boleh cuba vit c chew ni sebab rasa dia masam-masam manis buah oren tu. Sesedap rasa dan tekak. Anak-anak wani pon suka makan. Mak tumpang sekaki kunyah-kunyah. hehe


Ada lagi perbezaanya.?
Kuantiti dan Harga.

CHEWABLE VITA C RM37 / 90BIJI

SUSTAINED RELEASE VITA C RM92 /180BIJI

Siapa je yang boleh makan Chewable Vita C ni?
  • Kanak-kanak atas setahun
  • Ibu hamil yang loya tekak
  • Yang susah nak telan vitamin

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan


15 Nov 2015

KEBAIKAN ZINC COMPLEX

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuhkita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. 

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik
Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Berapa banyak  zinc yg anda perlukan? Sila rujuk jadual dibwh :



Zinc dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh tumpuan.
dalam kajian tersebut... kanak-kanak yang diberi zinc sebanyak 20mg dalam 5 hari seminggu selama 10-12 minggu mempunyai daya ingatan yang lebih baik dan tempoh penumpuan yang lebih panjang berbanding mereka yang tidak menerima suplement zinc.
 tahukah anda bahawa zinc merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang. Okey sekarang jom baca 17 kelebihan zinc.




Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

Gangguan Prostat:  Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

Mengandung:Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

Antioksidan:Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

Kanser:   Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

Kelesuan Kronik:Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

Botak:Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

Kehilangan tulang:Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

Buta Malam:   Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.



Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan


RESEPI KEK MILO SEDAP, MUDAH DAN CEPAT


Hai. Selamat Sejahtera. Wani nak share resepi yang sangat mudah dan paling penting penyediaan yang sangat cepat. Hanya 10minit kek milo sedia di makan. Maklum la ada anak kecik-kecik ni semua nak kena cepat. Hehe. Ini bahan-bahannya.

5 sudu besar milo
2 sudu besar serbuk koko ( wani pakai jenama Meriah)
4 sudu besar gula
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar minyak makan
1 biji telur
5 sudu besar susu segar
(kalau tak de susu segar, boleh guna susu tepung dan bancuh. Dapatkan 5 sudu besar air susu tu)

-Kacau semua bahan-bahan di atas.
-Anda boleh masukkan dalam cup kecik-kecik atau bekas besar. Terpulang
-Bakar 5minit. Wani guna microwave yang panaskan lauk tu je. Set pada Medium High.
-Siap kemudian letak aiskrim atas dia. Ikut la topping apa-apa. Nak sedap buat topping jenis meleleh cam cairkan bar coklat ke. Paling mudah bagi wani adalah aiskrim.





Topping anda boleh pelbagaikan ikut cita rasa masing-masing. Maaf la tangan tak berseni bab tangkap gambar. hehe. Kalau ada kawan-kawan datang singgah boleh la hidang ni. Mudah dan cepat. Selamat mencuba. ^_^

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan



14 Nov 2015

NAIKAN BACAAN HB DENGAN VITALEA : MULTIVITAMIN PERTAMA DUNIA


Hai. Assalammulaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih sudi singgah blog wani. Ramai yang akan klik entry ini adalah dari ibu-ibu hamil atau mereka yang mudah pitam atau tekanan darah rendah. Sedia maklum untuk ibu-ibu hamil kebanyak mereka mengalami bacaan HB low. Sebenarnya kan wani juga mempunyai masalah HB low masa hamil anak pertama dan kedua. Paling rendah bacaan HB adalah 7. Ulang alik pegi klinik ambil darah. Paling-paling tak best kalau kena cucuk-cucuk ni kan. -_-

Kalau bab makan tu macam-macam dah telan. Hati ayam la. kerang la, vitamin-vitamin klinik dari yang murah sampai yang mahai. Paling tinggi pon 10 je la. Haha. Sampai nurse cakap kemain anak awak ni amik sume yang awak makan. Patut la mak kadang pening nak pitam bagai.Naik buntu mak ni tiap kali check memanjang rendah je HB.

Wani start makan shaklee semasa hamil anak kedua. Tapi dah 6-7 bulan la. Alhamdulillah. Dari 7 naik hampir dekat 11 sampai sebelom bersalin. Nurse cakap walaupon HB low skit tapi tetap ada kenaikan. So boleh maintain makan apa yang awak makan sekarang sebab dah serasi pada badan dan menunjukkan kesan yang baik. Apa lagi yang bagus pada Vitalea ni? Rujuk gambar dibawah.



Wani makan Vitalea dan B complex sebagai pengganti Obimin dan Asid Folic. Sebab wani dah tau kebaikan dia dan sumber dari mana. Wani ada pegi kelas nutrisi untuk timba lebih banyak ilmu juga di hoskan oleh Pakar Nutrisi Shaklee. Jadi tiada ragu lagi. Vitamin Shaklee pilihan wani. Selamat dan semulajadi. Kesemua Vitamin shaklee telah menjalani ribuan ujian klinikal oleh para saintis dan mengambil masa bertahun-tahun sebelom dijual. Jadi ibu-ibu jangan ragu ye. ^_^

Testimoni kat atas ni adalah customer regular wani yang selalu beli vitalea. Dari anak pertama sampai ke tiga ni dia amalkan Vitalea. Siapa yang mudah pitam baik lelaki atau perempuan boleh makan Vitalea ni. Sebotol ada 120biji. Tahan 2-4bulan. Jimatkan^_^



Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan


~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.