17 Nov 2015

PILIH VITAMIN C YANG BERKESAN DAN SELAMAT



Assalammualaikum. Selamat malam semua. Sempena promosi vitamin c bulan ni, wani nak share sedikit sebanyak info-info tentang vitamin c yang wani dapat semasa hadiri kelas-kelas serta bengkel dari Pakar Nutrisi. Vitamin C merupakan vitamin yang paling banyak dikenali hari ini.Tidak menghairankan kerana tubuh kita memerlukankan vitamin C untuk menjalankan hampir 300 fungsinya. Selain itu, vitamin C telah terbukti membantu melindungi tubuh terhadap penyakit jantung, kanser dan penyakit berat lainnya. Tanpa vitamin C tubuh tidak akan mampu memperbaiki sel yang rosak. Vitamin C sangat penting dalam proses pembentukan kolagen. Setiap kali seseorang mengalami luka atau cedera, proses inilah yang membantu memperbaiki kerosakan dan tanpa vitamin C yang cukup ini akan hampir mustahil terjadi proses penyembuhan yang maksima.

Untuk serapan yang terbaik dan menampakkan kesan pada diri, anda harus la tahu vitamin c mana yang sesuai. Maklum la lambakan vitamin c pelbagai jenis di kedai-kedai dan farmasi sekarang ni agak mengaburi mata kita nak pilih yang bersesuaian.

FAKTA VITAMIN C DAN PILIH VITAMIN C YANG BERKESAN



Vitamin C mengambil masa 2-3 jam sebelum ia mencapai tahap maksimum dalam darah. Selepas tempoh tersebut, kandungan vitamin C dalam darah akan mula berkurangan dan seterusnya terhapus melalui air kencing atau peluh. Kebanyakan Vitamin C akan terhapus sepenuhnya selepas 3-4 jam. Oleh kerana itu, Vitamin C perlu diambil setiap hari dan berkadaran, contohnya setiap 4 jam sekali.


Sebagai contoh, sekiranya anda mengambil Vitamin C tablet yang mengandungi 250mg Vitamin C, sebanyak 80% akan diserap oleh tubuh. Bagaimana pun, sekiranya diambil sebanyak 2gram (2000mg), hanya sebanyak 50% yang akan diserap oleh tubuh. Oleh itu, sebaik baiknya Vitamin C diambil pada jumlah yang kecil beberapa kali dalam sehari. Semakin tinggi dos yang diambil, semakin kecil nisbah yang diserap oleh tubuh.

Jadi anda perlulah mencari vitamin c yang ada pelepasan masa suapay kadar serapan pada tahap maxima.  Jadi wani akan syorkan anda vitamin c shaklee atau nama sebenarnya SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS.


Vitamin c shaklee mempunyai pelepasan setiap jam. 1biji vitamin c shaklee bersamaan 500mg. Setiap jam 100mg vitamin c akan melepaskan dalam tubuh. Jadi 500mg bersamaan 5jam dan 5kali pelepasan. Terdapat banyak pendapat mengenai jumlah sebenar Vitamin C yang diperlukan oleh seorang individu setiap hari. Ianya antara 250mg hingga 10gram setiap hari. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan berat, jenis aktiviti, kadar metabolisme, penyakit yang dihidapi dan juga umur. Tekanan dan perubahan emosi seperti rasa cemas, kecederaan, pembedahan, melecur atau keletihan akan menyebabkan keperluan vitamin seseorang bertambah.

Ada orang nak cantik dan putih dan makan vitamin c 2000mg sekaligus. Tapi tetap tak nampak hasil. Kenapa? Mungkin dalam satu jam tu badan anda perlukan 100mg sahaja, jam seterusnya mungkin perlu 80mg. Anda telan 2000mg, 100mg diserap. lagi 1900mg pegi mana?
terhapus melalui air kencing atau peluh. Jadi nampak tak kepentingan vitamin c melalui pelepasan setiap masa. Urin kita yang tinggi vitamin c. Sadis tau.. huhu.
Oleh itu, sebaik baiknya Vitamin C diambil pada jumlah yang kecil beberapa kali dalam sehari. Vitamin Shaklee boleh makan 2-3biji sehari. Kalau wani demam atau selsema, wani akan amik 4 biji gitu la. Insyaa Allah cepat kering selsema. Setiap orang penyerapan vitamin c nya berbeza. Jika terlebih skit ambil pon dia akan keluar melalui urin. Tak de effect buah pinggang ke pape. Asalkan anda pilih vitamin yang semulajadi macam vitamin SHAKLEE ^_^
Shaklee juga menyediakan VITAMIN C CHEWABLE untuk kanak-kanak setahun dan keatas.


Ok. Beza Chewable Vita C adalah boleh dikunyah dan sesuai untuk kanak-kanak serta orang yang susah telan vitamin. Dos juga lebih rendah iaitu 100mg sebiji manakala Sustained Released Vit C 500mg sebiji. Fungsi vitamin c adalah sama. Bezanya hanya dos dan boleh dikunyah. Ibu-ibu hamil yang mudah loya boleh cuba vit c chew ni sebab rasa dia masam-masam manis buah oren tu. Sesedap rasa dan tekak. Anak-anak wani pon suka makan. Mak tumpang sekaki kunyah-kunyah. hehe


Ada lagi perbezaanya.?
Kuantiti dan Harga.

CHEWABLE VITA C RM37 / 90BIJI

SUSTAINED RELEASE VITA C RM92 /180BIJI

Siapa je yang boleh makan Chewable Vita C ni?
  • Kanak-kanak atas setahun
  • Ibu hamil yang loya tekak
  • Yang susah nak telan vitamin

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan


No comments:

Post a Comment

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.