24 Nov 2015

TIPS UNTUK MEREKA YANG SUSAH TIDUR MALAM

TIPS UNTUK MEREKA YANG SUSAH TIDUR MALAM

Assalammualaikum. Selamat Sejahtera. Baru-baru ni wani ada seorang customer yang mengadu susah tidur malam dan sentiasa gelisah. Setelah wani selidik sedikit, beliau merupakan seorang student kolej. Memang banyak benda nak handle dan fikir. Sehingga terbawa-bawa habit berfikir tu dekat rumah. Akhirnya beliau kerap sakit kepala , susah tidur dan gelisah. Tidur yang berkualiti akan menentukan keceriaan hari anda. Disini wani nak kongsikan tips-tips untuk mereka yang susah tidur malam.

masalah sukar tidur , tips susah tidur , vitamin sukar tidur


Setelah bekerja keras seharian penuh, tubuh memerlukan waktu yang cukup untuk mengembalikan tahap kesegaran yang baik. Makan makanan bernutrisi dan bersenam secara teratur adalah kegiatan yang sangat berperanan menjaga kesegaran tubuh. Namun, tidur yang baik pun merupakan salah satu aspek penting yang tidak boleh diabaikan. Terdapat beberapa cara yang perlu  untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Tidur
Tidur waktu yang sama setiap hari. Tubuh memiliki jam biologi yang memberikan signal mengantuk saat tubuh memerlukan tidur. Usahakan jangan melawan rasa mengantuk ini dan jangan pula tidur sebelum waktunya kerana akan mengganggu kualiti tidur.

Bangun 
Bangunlah secara teratur setiap pagi agar tubuh terbiasa dengan aktiviti yang kita jalani setiap hari. Hindari untuk tidur lebih lama meskipun pada malam hari terlambat tidur atau terbangun dari tidur di tengah malam. Kurang tidur sangat wajar untuk terjadi pada beberapa keadaan dan bukanlah sesuatu yang berbahaya. Anda tidak perlu terobsesi untuk mengganti waktu tersebut.


Bersenam
Senaman secara teratur dapat memperbaiki kualiti tidur. Lakukanlah senaman ringan secara teratur pada pagi hari atau sebelum makan malam. Atau sekurang-kurangnya 2-3kali seminggu.


Aktiviti luar
Lakukan aktiviti di luar rumah. Paparan sinar matahari dapat merangsang terbentuknya melatonin yang berperanan dalam proses tidur. Sinar matahari pagi sangat penting dalam membentuk fungsi tubuh yang baik.


Tempat tidur
Buatlah tempat tidur anda senyaman mungkin. Hal yang membuat tempat tidur menjadi nyaman antara lain adalah suhu yang bersesuaian, sunyi dari suara-suara diluar rumah, wangi-wangian, kemas dan bersih.

Mandi
Tenangkan pikiran Anda dan relaks. Mandi air panas satu jam sebelum tidur akan menaikkan temperatur badan dan kemudian turun. Hal ini akan memicu rasa kantuk dan menghasilkan kualitas tidur yang baik.

Merokok
Jangan merokok atau kurangkan beberapa jam sebelom tidur. Nikotin dapat mengurangi kualiti tidur anda.

Alkohol
Jangan minum alkohol untuk membantu anda tidur. Alkohol memang dapat membantu anda tidur, namun banyak pula efek samping negatif yang tidak anda harapkan seperti merangsang anda untuk buang air kecil, bangun lebih awal, atau mendengkur yang dapat mengurangi kualiti tidur anda.

Ubat
Jangan bergantung pada pil tidur. Pil tidur akan membuat anda mengantuk di pagi hari dan dapat memberikan efek “rebound” yang mengakibatkan anda lebih sulit untuk tidur bila tidak mengambil pil tidur. Boleh memberi kesan pada tubuh jika diambil dalam jangka masa yang panjang. Jadi, ELAKKAN.



Susu
Manfaat minum susu sebelum tidur mampu memberikan anda tidur yang nyenyak dan sempurna. Dianjuran satu gelas susu hangat dan rendah gula. Segelas susu mengandungi asid amino tryptophan yang banyak . Pengambilan triptofan bagi otak anda bermakna pengeluaran serotonin dan melatonin yang baik untuk tubuh anda . Kedua-dua hormon ini memainkan peranan dalam kitaran tidur anda sehingga tidur anda lebih berkesan dan menyihatkan . Jika anda jenis sukar minum susu, anda boleh gantikan dengan vitamin kalsium lengkap iaitu OSTEMATRIX




Stress
Tahukah anda, ketika anda stress anda membunuh pelbagai fungsi vitamin dalam tubuh sikit demi sedikit. Jadi kurangkan stress atau terlalu berfikir ketika hendak tidur. Amalkan vitamin B COMPLEX untuk merehatkan saraf-saraf anda dan merehatkan tubuh.





Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan


No comments:

Post a Comment

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.