11 May 2016

DIARI KEHAMILAN : KANDUNGAN KEMBAR 26MINGGU


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar ibu-ibu di luar sana. Hari ni kandungan wani berusia 26minggu 4hari ikut last period.Terasa agak sarat seperti kandungan dah 8 bulan. Mungkin sebab sebelom ni single baby je. Bila bawak dua baby boleh tahan senak gak la. Haha. Sebab sorang kanan sorang kiri. Kalau lepas makan tu rasa perut full tank betul. Hihi. Elakkan makan terlalu kenyang. Percaya la anda akan lalui sesak nafas. Huhu. Makan sikit -sikit tapi kerap. Tapi apa yang best mengandung sikembar ni, wani tak pernah rasa lagi rasa lapar tahap keriok-keriok bunyi perut.. Biasa kalau lapar perut kita akan berbunyi dan rasa senak lapar. Tapi kali ni tidak. Mungkin sebab penuh dengan baby kot. Hehe. Kalau lapar signalnya tekak haus atau perut rasa ringan sedikit. So maknanya boleh makan.. Ini wani la, orang lain mungkin lain rasa.

Last scan pada bulan lepas, berat sikembar ni masing-masing hampir sama. Hampir 400gram seorang. Hari ni scan lagi. Berat memasing dah nak dekat 900gram. Ya ampunn kemain meriah berat. Esok checkup mesti angka tu berganjak tanpa prejudis. Hehe..

Banyak beza dari segi pergerakan. Sikembar ni sangat-sangat aktif. Ada masa mereka main sama-sama terutama waktu malam mak nak tido.Tapi yang wani perhatikan, baby belah kanan ni lebih aktif dari kiri. Nanti  belah kanan dah penat main dan diam,  baru belah kiri main. Tapi belah kiri ni diam-diam berisi.. haha.. Dia boleh main dan berpusing. Bila scan, kadang kepala kat atas. Kadang bawah. Kadang rasa dia macam melintang. Ya ampunnn. -_- Belah kanan ni aktif tapi dia stay je kepala kat bawah. Tak melilau macam member sorang tu.. haha. Dah nampak gelagat masing-masing.Alhamdulillah tadi scan dua-dua kepala kat bawah dah. Buat mak lagi tak sabar nak peluk korang berdua. ^_^ Tapi tunggu la lepas raya, bagi mak raya kejap pon jadik la.. hhehe

Mengah? Ye waktu macam ni sangat-sangat la mengah. Kalau dah 9bulan tak tau la macam mana nanti. Berat badan juga main peranan penting. Last checkup berat badan wani 71kg. Nangiss oii. Paling berat dari  kandungan anak-anak sebelom ni. Huhu. Nasib la kembar. Kalau satu je mau kena katuk pale dengan nurse. Haha. Sekarang ni kalau nak buat kerja rumah, kejap-kejap kena baring. Bila baring badan rasa relax sikit. Sebelom nak relax tu jangan lupa makan vitamin shaklee ok.^_^


Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan

7 May 2016

DIARI KEHAMILAN : JANTINA SIKEMBAR


Selamat sejahtera. Assalammualaikum. Terima kasih sudi klik blog wani. Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk anda. Hari ni wani 26minggu 2hari. Pejam celik je masa. Rasanya mabuk mual dah hilang sepenuhnya. Cuma kalau salah makan ke memang ada terrrruwekkkk sikit la. Hehe. Wani start mabuk mual muntah ni start kandungan 4minggu sehingga kandungan 5bulan. Berat turun 4.5kg sepanjang mabuk mual tu. Itu adalah perkara biasa. Kehamilan wani sebelom-sebelom ni pon macam tu juga. Jadi bertabah la mak. Hehe

Dari hamil anak sulong sehingga no 3 ni, wani memang akan scan tiap-tiap bulan. Ada tanya tak bahaya ke scan tiap-tiap bulan. Jawapannya.. TIDAK merbahaya. Yang bahaya pada kandungan adalah x-ray. Wani dah pernah tanya pada doktor. Lagi pon dulu penah ada kes keguguran " baby tak membesar". Jadi untuk pastikan tumbesaran baby, wani akan scan setiap bulan. Siapa duduk area Puchong boleh la try scan dekat KLINIK DR.SITI & RAKAN-RAKAN puchong permai. Doktor peramah dan scan 2D murah. RM35 sahaja..

Sebenarnya wani dah tahu jantina si kembar ni ketika usia kandungan 16minggu. Hehe.. Tak kisah la dah berapa kali mengandung tapi tiap kali nak scan untuk tau jantina baby sentiasa buat kami laki bini excited. Hehe. Mula-mula scan doktor akan check degupan jantung sikembar, saiz kepala, kaki tangan dan uri. Doktor akan jelaskan satu persatu. Selepas semua dah check, kami akan tanya doktor adakah jantina sikembar ni dah nampak. Kemudian bermula la sesi menggodek. Sebelom datang klinik, wani dah siap togak air bergelen. Supaya lebih clear nampak baby.. Hehe

Baby A elok tengah terbuka bahagian celah peha. So memang clear nampak keLAKIan beliau. Haha. Baby B tak clear sangat. Tapi doktor kata mereka share uri so kembar seiras. Kebanyakan kembar seiras adalah sama jantina. So insyaa Allah baby B adalah lelaki juga. Alhamdulillah. Mereka semua membesar dengan sihat.  Next scan masa 5bulan tu doktor comfirmkan lagi sekali dua - dua boy..

Anak sulong wani baby girl. Sangat susah nampak jantina. Dah nak terberanak baru tau gegirl. Anak kedua baby boy. Kandungan 16minggu dah clear nampak jantina. Sikembar ni pon 16minggu dah nampak. Baby boy agak mudah nak nampak bila scan. Apapon bergantung juga pada individu..Tak sama. Ok.. boleh target next baby girl pulak kasi kakak Laila geng masak-masak. Tapi lepas sikembar ni umur 4tahun la.. hahha.

Kalau nak tahu sikembar ni adalah 100% baby shaklee. Wani amalkan GLA COMPLEX dan B COMPLEX selepas anak kedua putus susu pada 2tahun 4bulan. Wani amalkan sebab memang merancang nak menambah lagi. Maklumla rindu pulak bau baby. Hehe.. Selepas 4-5bulan putus susu, lekat sikembar ni. Rezeki Allah tak cepat dan tak lambat. Semua tepat pada masanya. Alhamdulillah.. Bagi ibu-ibu yang nak mencuba vitamin shaklee untuk kesuburan ,kehamilan dan lain-lain boleh la whatsapp wani terus ok.^__^


Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

DIARI KEHAMILAN: JENIS KEMBAR


Hai. Assalammualaikum semua. Selamat Sejahtera. Alhamdulillah.. Mabuk mual muntah semakin hilang. Sejak wani tahu tentang kehamilan kembar ni, wani banyak bertanya pada ibu-ibu yang pernah hamil kembar dan mencari info tentang kembar ni. Ada beberapa jenis kembar. Wani juga excited nak tahu wani tergolong kembar yang mana satu. ^__^. Banyak bahan bacaan jadi rujukan. Jadi wani mudahkan anda dengan bahasa yang mudah dan ringkas. Sebab bila panjang-panjang ni jenuh jugak mak yong nak hadam. Haha.

Biasa yang kita tahu kembar terbahagi kepada dua:
1)Kembar Seiras
2)Kembar Tak Seiras

Terdapat juga beberapa jenis kandungan kembar:

1)MCMA twin ( Kembar Seiras)
1 kantung
1 air ketuban
1 uri

Dalam banyak-banyak pembacaan wani, MCMA paling sedikit peratusan yang mengalaminya dan antara kes yang agak rare jugak la. Mereka akan jadi perhatian doktor tiap kali check up. Ibu yang hamil MCMA twin ni kebanyakan risau tentang kembar siam atau risiko ada bahagian tubuh sikembar yg melekat antara satu sama lain. Risiko hidup dan mati juga tinggi. Apa pun ibu-ibu yang hamil MCMA twin perlu lebih berjaga- jaga dan dapatkan khidmat nasihat doktor sepanjang kehamilan ok. ^_^

2) MCDA twin ( Kembar Seiras)
1 kantung
2 air ketuban
1 uri

Kalau anda ada baca entry sebelom ni, wani ada share. Pada 12minggu baru dapat tahu wani hamil kembar sebab pada usia kandungan 8minggu scan hanya nampak 1 kantung dan 1 jantung je sama seperti kandungan wani sebelom- sebelom ni. Sangat mengejutkan bila scan 12minggu, dua baby dalam satu kantung sedang main-main. Doktor kata masa 8minggu tu tak nampak sebab kecil lagi. Sorang tu tertutup kembar dia kot. Hehe. Kemudian scan lebih detail, nampak ada membrane pemisah. Bermakna mereka ruang air ketuban masing-masing. Mereka hanya share kantung dan uri sahaja. So sah la wani MCDA twin. Alhamdulillah. Insyaa Allah kembar seiras. Mak kena pakaikan nametag nanti kat korang biar tak tersalah.. haha..

3) DCDA twin ( Kembar Tak Seiras)
2 kantung
2 air ketuban
2 uri

DCDA twin ni syok sangat sebab peratusan agak tinggi untuk anda dapat baby sepasang. Lelaki dan perempuan. Untung sangat. Kebanyakan DCDA baby akan mempunyai berat yang hampir sama  sbb mereka tak berkongsi uri. So makan tak berebut orang cakap. Hehe.. tapi tak tentu juga kadang pemakanan ibu juga main peranan penting. Walaupon baby wani share uri tapi tiap kali scan saiz mereka hampir sama. Beza pon berapa gram je. Jadi doktor kata mereka sama saiz. Tarikh due mereka pon sama. Alhamdulillah baby shaklee mak sihat-sihat je  ^_^

Ada satu kes akak otai ni, dia beli shaklee dengan wani. So wani berkesempatan la tanya-tanya sedikit tentang kehamilan kembar beliau. Akak ni berumur 40 tahun semasa tahu dia hamil. Lebih mengejutkan beliau hamil kembar. Monangis jang atas katil scan katanya.. haha.. Dia kata dah tua- tua termengandung pula. Kembar pulak tu. Ini fakta ye, mereka yang hamil pada usia yang berumur lebih mudah nak dapat kembar. Jadi memang rezeki akak ni.

Dia kata kes dia rare la jugak sebab beza twin A dan B beza dua tiga minggu. Ringkasan doktor kata kat dia sebenarnya dia hamil 1baby je. Baby B terjadi lepas dua tiga minggu selepas terjadinya Baby A. Subur nau nau kan.. hehe. Jadi akak tu memang sentiasa buat check up sebab perbezaan saiz baby A dan B. Akak ni bersalin czer sebab dia kata dah tua mana larat nak teran. Hehe. Baby A berat 1.2kg gitu. Baby B 2.2kg. So beza mereka sekilo lebih kurang la. Dua- dua baby girl tapi muka tak sama. Sekarang kembar ni dah 3-4tahun. Sikakak memang nampak lebih besar dari adik dia. Alhamdulillah semua sihat-sihat.

Salah seorang sideline shaklee wani DCDA twin juga tapi sama saiz . Baby boy and girl. Sepasang. Comel je. Hehe.. Tak kisah la jantina janji semua selamat dan sihat. Ibu-ibu terutama ibu kembar jangan lupa makan vitamin ok. Zaman sekarang kita tak dapat la nak makan sihat 24jam macam dulu-dulu. Fast food pon dah jadi kebiasaan kita. Kan. Wani ada pergi kelas-kelas nutrisi. Kita perlu makan 5 jenis warna buah/ sayur untuk keperluan nutrisi dalam badan kita. Mampukah? Sebab itu la wani ambil vitamin shaklee sebagai supplement tambahan wani untuk cukupkan keperluan mak n babies. Sayur buah tetap makan seperti biasa tapi selalu memang tak cukup la 5 warna. Haha. Ok la. Panjang nauu dah mak sembang. Next entry kita cerita sikit pasal sikembar ok.. Kalau ada nak cari shaklee mai la roger-roger dengan mak. Whatsapp pon boleh.. Boleh borak-borak sambil guna emoticon. Haha..

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.