11 May 2016

DIARI KEHAMILAN : KANDUNGAN KEMBAR 26MINGGU


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar ibu-ibu di luar sana. Hari ni kandungan wani berusia 26minggu 4hari ikut last period.Terasa agak sarat seperti kandungan dah 8 bulan. Mungkin sebab sebelom ni single baby je. Bila bawak dua baby boleh tahan senak gak la. Haha. Sebab sorang kanan sorang kiri. Kalau lepas makan tu rasa perut full tank betul. Hihi. Elakkan makan terlalu kenyang. Percaya la anda akan lalui sesak nafas. Huhu. Makan sikit -sikit tapi kerap. Tapi apa yang best mengandung sikembar ni, wani tak pernah rasa lagi rasa lapar tahap keriok-keriok bunyi perut.. Biasa kalau lapar perut kita akan berbunyi dan rasa senak lapar. Tapi kali ni tidak. Mungkin sebab penuh dengan baby kot. Hehe. Kalau lapar signalnya tekak haus atau perut rasa ringan sedikit. So maknanya boleh makan.. Ini wani la, orang lain mungkin lain rasa.

Last scan pada bulan lepas, berat sikembar ni masing-masing hampir sama. Hampir 400gram seorang. Hari ni scan lagi. Berat memasing dah nak dekat 900gram. Ya ampunn kemain meriah berat. Esok checkup mesti angka tu berganjak tanpa prejudis. Hehe..

Banyak beza dari segi pergerakan. Sikembar ni sangat-sangat aktif. Ada masa mereka main sama-sama terutama waktu malam mak nak tido.Tapi yang wani perhatikan, baby belah kanan ni lebih aktif dari kiri. Nanti  belah kanan dah penat main dan diam,  baru belah kiri main. Tapi belah kiri ni diam-diam berisi.. haha.. Dia boleh main dan berpusing. Bila scan, kadang kepala kat atas. Kadang bawah. Kadang rasa dia macam melintang. Ya ampunnn. -_- Belah kanan ni aktif tapi dia stay je kepala kat bawah. Tak melilau macam member sorang tu.. haha. Dah nampak gelagat masing-masing.Alhamdulillah tadi scan dua-dua kepala kat bawah dah. Buat mak lagi tak sabar nak peluk korang berdua. ^_^ Tapi tunggu la lepas raya, bagi mak raya kejap pon jadik la.. hhehe

Mengah? Ye waktu macam ni sangat-sangat la mengah. Kalau dah 9bulan tak tau la macam mana nanti. Berat badan juga main peranan penting. Last checkup berat badan wani 71kg. Nangiss oii. Paling berat dari  kandungan anak-anak sebelom ni. Huhu. Nasib la kembar. Kalau satu je mau kena katuk pale dengan nurse. Haha. Sekarang ni kalau nak buat kerja rumah, kejap-kejap kena baring. Bila baring badan rasa relax sikit. Sebelom nak relax tu jangan lupa makan vitamin shaklee ok.^_^


Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan

No comments:

Post a Comment

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.