7 May 2016
DIARI KEHAMILAN : JANTINA SIKEMBAR
Selamat sejahtera. Assalammualaikum. Terima kasih sudi klik blog wani. Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk anda. Hari ni wani 26minggu 2hari. Pejam celik je masa. Rasanya mabuk mual dah hilang sepenuhnya. Cuma kalau salah makan ke memang ada terrrruwekkkk sikit la. Hehe. Wani start mabuk mual muntah ni start kandungan 4minggu sehingga kandungan 5bulan. Berat turun 4.5kg sepanjang mabuk mual tu. Itu adalah perkara biasa. Kehamilan wani sebelom-sebelom ni pon macam tu juga. Jadi bertabah la mak. Hehe
Dari hamil anak sulong sehingga no 3 ni, wani memang akan scan tiap-tiap bulan. Ada tanya tak bahaya ke scan tiap-tiap bulan. Jawapannya.. TIDAK merbahaya. Yang bahaya pada kandungan adalah x-ray. Wani dah pernah tanya pada doktor. Lagi pon dulu penah ada kes keguguran " baby tak membesar". Jadi untuk pastikan tumbesaran baby, wani akan scan setiap bulan. Siapa duduk area Puchong boleh la try scan dekat KLINIK DR.SITI & RAKAN-RAKAN puchong permai. Doktor peramah dan scan 2D murah. RM35 sahaja..
Sebenarnya wani dah tahu jantina si kembar ni ketika usia kandungan 16minggu. Hehe.. Tak kisah la dah berapa kali mengandung tapi tiap kali nak scan untuk tau jantina baby sentiasa buat kami laki bini excited. Hehe. Mula-mula scan doktor akan check degupan jantung sikembar, saiz kepala, kaki tangan dan uri. Doktor akan jelaskan satu persatu. Selepas semua dah check, kami akan tanya doktor adakah jantina sikembar ni dah nampak. Kemudian bermula la sesi menggodek. Sebelom datang klinik, wani dah siap togak air bergelen. Supaya lebih clear nampak baby.. Hehe
Baby A elok tengah terbuka bahagian celah peha. So memang clear nampak keLAKIan beliau. Haha. Baby B tak clear sangat. Tapi doktor kata mereka share uri so kembar seiras. Kebanyakan kembar seiras adalah sama jantina. So insyaa Allah baby B adalah lelaki juga. Alhamdulillah. Mereka semua membesar dengan sihat. Next scan masa 5bulan tu doktor comfirmkan lagi sekali dua - dua boy..
Anak sulong wani baby girl. Sangat susah nampak jantina. Dah nak terberanak baru tau gegirl. Anak kedua baby boy. Kandungan 16minggu dah clear nampak jantina. Sikembar ni pon 16minggu dah nampak. Baby boy agak mudah nak nampak bila scan. Apapon bergantung juga pada individu..Tak sama. Ok.. boleh target next baby girl pulak kasi kakak Laila geng masak-masak. Tapi lepas sikembar ni umur 4tahun la.. hahha.
Kalau nak tahu sikembar ni adalah 100% baby shaklee. Wani amalkan GLA COMPLEX dan B COMPLEX selepas anak kedua putus susu pada 2tahun 4bulan. Wani amalkan sebab memang merancang nak menambah lagi. Maklumla rindu pulak bau baby. Hehe.. Selepas 4-5bulan putus susu, lekat sikembar ni. Rezeki Allah tak cepat dan tak lambat. Semua tepat pada masanya. Alhamdulillah.. Bagi ibu-ibu yang nak mencuba vitamin shaklee untuk kesuburan ,kehamilan dan lain-lain boleh la whatsapp wani terus ok.^__^
Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.
~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani
Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525
Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~DISCLAIMER~
Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.
Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment