Biasa yang kita tahu kembar terbahagi kepada dua:
1)Kembar Seiras
2)Kembar Tak Seiras
Terdapat juga beberapa jenis kandungan kembar:
1)MCMA twin ( Kembar Seiras)
1 kantung
1 air ketuban
1 uri
Dalam banyak-banyak pembacaan wani, MCMA paling sedikit peratusan yang mengalaminya dan antara kes yang agak rare jugak la. Mereka akan jadi perhatian doktor tiap kali check up. Ibu yang hamil MCMA twin ni kebanyakan risau tentang kembar siam atau risiko ada bahagian tubuh sikembar yg melekat antara satu sama lain. Risiko hidup dan mati juga tinggi. Apa pun ibu-ibu yang hamil MCMA twin perlu lebih berjaga- jaga dan dapatkan khidmat nasihat doktor sepanjang kehamilan ok. ^_^
2) MCDA twin ( Kembar Seiras)
1 kantung
2 air ketuban
1 uri
Kalau anda ada baca entry sebelom ni, wani ada share. Pada 12minggu baru dapat tahu wani hamil kembar sebab pada usia kandungan 8minggu scan hanya nampak 1 kantung dan 1 jantung je sama seperti kandungan wani sebelom- sebelom ni. Sangat mengejutkan bila scan 12minggu, dua baby dalam satu kantung sedang main-main. Doktor kata masa 8minggu tu tak nampak sebab kecil lagi. Sorang tu tertutup kembar dia kot. Hehe. Kemudian scan lebih detail, nampak ada membrane pemisah. Bermakna mereka ruang air ketuban masing-masing. Mereka hanya share kantung dan uri sahaja. So sah la wani MCDA twin. Alhamdulillah. Insyaa Allah kembar seiras. Mak kena pakaikan nametag nanti kat korang biar tak tersalah.. haha..
3) DCDA twin ( Kembar Tak Seiras)
2 kantung
2 air ketuban
2 uri
DCDA twin ni syok sangat sebab peratusan agak tinggi untuk anda dapat baby sepasang. Lelaki dan perempuan. Untung sangat. Kebanyakan DCDA baby akan mempunyai berat yang hampir sama sbb mereka tak berkongsi uri. So makan tak berebut orang cakap. Hehe.. tapi tak tentu juga kadang pemakanan ibu juga main peranan penting. Walaupon baby wani share uri tapi tiap kali scan saiz mereka hampir sama. Beza pon berapa gram je. Jadi doktor kata mereka sama saiz. Tarikh due mereka pon sama. Alhamdulillah baby shaklee mak sihat-sihat je ^_^
Ada satu kes akak otai ni, dia beli shaklee dengan wani. So wani berkesempatan la tanya-tanya sedikit tentang kehamilan kembar beliau. Akak ni berumur 40 tahun semasa tahu dia hamil. Lebih mengejutkan beliau hamil kembar. Monangis jang atas katil scan katanya.. haha.. Dia kata dah tua- tua termengandung pula. Kembar pulak tu. Ini fakta ye, mereka yang hamil pada usia yang berumur lebih mudah nak dapat kembar. Jadi memang rezeki akak ni.
Dia kata kes dia rare la jugak sebab beza twin A dan B beza dua tiga minggu. Ringkasan doktor kata kat dia sebenarnya dia hamil 1baby je. Baby B terjadi lepas dua tiga minggu selepas terjadinya Baby A. Subur nau nau kan.. hehe. Jadi akak tu memang sentiasa buat check up sebab perbezaan saiz baby A dan B. Akak ni bersalin czer sebab dia kata dah tua mana larat nak teran. Hehe. Baby A berat 1.2kg gitu. Baby B 2.2kg. So beza mereka sekilo lebih kurang la. Dua- dua baby girl tapi muka tak sama. Sekarang kembar ni dah 3-4tahun. Sikakak memang nampak lebih besar dari adik dia. Alhamdulillah semua sihat-sihat.
Salah seorang sideline shaklee wani DCDA twin juga tapi sama saiz . Baby boy and girl. Sepasang. Comel je. Hehe.. Tak kisah la jantina janji semua selamat dan sihat. Ibu-ibu terutama ibu kembar jangan lupa makan vitamin ok. Zaman sekarang kita tak dapat la nak makan sihat 24jam macam dulu-dulu. Fast food pon dah jadi kebiasaan kita. Kan. Wani ada pergi kelas-kelas nutrisi. Kita perlu makan 5 jenis warna buah/ sayur untuk keperluan nutrisi dalam badan kita. Mampukah? Sebab itu la wani ambil vitamin shaklee sebagai supplement tambahan wani untuk cukupkan keperluan mak n babies. Sayur buah tetap makan seperti biasa tapi selalu memang tak cukup la 5 warna. Haha. Ok la. Panjang nauu dah mak sembang. Next entry kita cerita sikit pasal sikembar ok.. Kalau ada nak cari shaklee mai la roger-roger dengan mak. Whatsapp pon boleh.. Boleh borak-borak sambil guna emoticon. Haha..
Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.
~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani
Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525
Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan
No comments:
Post a Comment